Nak dijadikan cerita, masa kami semester empat waktu tue kami praktikal. Salah seorang kawan rapat aku nie accident. So, dia terpaksa extend. Masa kami semester lima,dia praktikal. Hubungan aku dengan mereka mula renggang semasa semester lima. Ada seorang kawan aku nie. Aku namakan dia sebagai I. Aku ngan I nie satu kelas, sama macam kawan-kawan rapat aku. Aku xberapa rapat la ngan I nie. Orang mungkin nampak kami rapat sebab dulu aku ngan dia tinggal di hostel dan blok kami dekat. Masa semester lima, dia tak ade rumah sewa sebab si I nie mintak hostel balik. Tapi, xdapat. So, aku pun tumpangkan dia kat rumah aku. Budak2 rumah aku pun xkesah sebab dia tengah cari rumah. Dari situ, si I nie mula rapat dengan kami. Lama-kelamaan, dia makin 'rampas' dua orang kawan aku nie dari aku. Mereka nie pun, just follow je apa yang si I nie cakap kan terutama ye yang si T (kwn rapat aku). Bila dah jadi macam tue, aku selalu sorang2. Roomate a.k.a kawan rapat aku pun mula menjauh dari aku. Kadang-kadang aku nangis sorang2 bila teringat time kitaorang gelak2 and gurau2. Tapi semua tue dah xde. Sampai kan roomate aku ada pakwe pon aku tak tahu. Selama nie, kami xpernah simpan rahsia antara satu sama lain. Sebab kami dah janji. Pernah sekali tue, diaorang kua berbuka ngan si I xbagi tahu aku. Sampai hati diaorang buat aku camni. Bila Allah tunjuk kan perangai si I tue yang sebenar ye, roomate aku dah xsuka dia. Roomate aku ngan dia memang xbaik dari dulu lagi. Sekarang aku hanya berdua ngan roomate aku sahaja. Yang dua orang lagi kawan rapat aku dah xrapat lagi. Kami dah jadi macam musuh. Mana tidaknya, sekarang si I duduk satu rumah ngan aku. tak tahu laa aku pe yang dia buat mulut pasal aku.
Pernah satu malam aku borak2 ngan roomate aku. Entah macam mana, hati aku tergerak nak bertanya kan kenapa sampai hati korang x bagitahu aku yg korang nak kua berbuka tahun lepas. Sekali roomate aku jawab "Diaorang xkasi bagitahu ko". Bila aku tanya, siapa yang suruh buat gtue, roomate aku cakap si I yang xkasi roomate aku bagitahu aku. Memang betul la kata pakwe aku. Yang si I tue 'racun' dalam pershabatan kami. Kalau dia xde, mesti kami xde jadi macam ini. Mesti kami rapat macam dulu2.. Tapi semua tue kenangan aku dengan diaorang.
p/s: Aku berharap sangat aku tidak akan jumpa korang lagi selepas kita tamat belajar. Aku xnak jumpa orang yang buat aku menangis...