Nuffnang Ads

Monday, June 2, 2014

RESEPI - Crunchy Popia Nestum

♥ Assalammualaikum 

Hai, hari ini saja nak share pasal popia Nestum. Aku dah lama tau, tapi tak pernah try pun. Bukan pe takut tak sedap. Hehe. Sampai laa suatu hari ayah beli time kitaorang makan dekat soto kat kampung makcik aku. Sedap. Ayah main beli untuk rasa, dia memang suka bab test-test nie. Anak dia nie je penakot nak test-test takut tak sedap, sakit perut laa pe laa T_T. Ayah aku kata sedap & tanya laa camane dia buat. Aku pun cakap laa senang je. Cam  buat kuih lidah jin, aku tak tau laa korang panggil ape. Aku panggil lidah jin. 


Nie laa. De yang panggil kuih tiram erk?
Aku buat Jumaat lepas, tapi dah licin dah pun Sabtu lepas. Huhu. Sekejap je kan habis sebab sedap, crunchy. Okey, nie aku share resepi nya. Resepi ni pun aku ambil kat internet tapi tak ingat link dah. Check it out!!!

RESEPI POPIA NESTUM
Bahan-bahan:
1 peket kulit popia (aku pakai KG Pastry packaging color kuning)
Nestum **
Horlicks**
Gula**
Sedikit garam** (optional)
Tepung gandum + air (sebagai gam)

p/s: blend semua bahan yang bertanda (**)

Cara Membuat:

1. Blend kan nestum + horlicks + gula + sedikit garam sehingga halus. Ketepikan.



2. Gulung kulit popia tue dengan straw/lidi satay/chopstik sekeping demi sekeping.
Jangan gulung terlalu rapat sangat, takut keras.
  
3. Pastu, hujung kulit popia tue gam kan dengan bancuhan tepung gandum.
4. Selepas dah siap semua kulit popia digulung, guntingkan.
Suka hati korang laa nak gunting serong ke biasa ke. Ada yang kata gunting serong,
nanti nestum tue lagi sekata. Orang laa yang kata., hehehe
5. Dah siap gunting semuanya, boleh lah goreng. Ingat nya,
goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng dalam 5 minit je sampai
or sampai garing keemasan.
6. Lepas dah goreng tue, boleh laa biar kan sejuk. Dah sejuk, baru boleh
salutkan popia yang digoreng tu dengan nestum. Jangan terus salutkan lepas goreng, nanti  nestum tercair pulak.
Dah siap salut, boleh lah masukkan ke dalam bekas untuk di simpan.
Taadaaa!! Aku dapat penuh 1 bekas nie, de balance masuk dalam
bekas yang kecik ckit. Dapat separuh. Berbaloi buat sendiri, senang je pun.

Kalau boleh, time gulung kulit popia tue ambik sedikit demi sedikit. Macam aku ambik dalam 20 keping, balance simpan dalam peti sejuk. Bukan ape, takut kulit popia mengeras bila kering kena kipas angin. T_T
Nasib ayah puji kata sedap. Tak penat je aku ngan ibu buat. Siap aku masuk opis lambat lagi. Hehehe.

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

2 comments:

  1. boleh cuba di rumahhhhhh nanti kan ^_^

    Penjelasan Minuman Air Bunga Yeos Kod E Bukan DNA Babi
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/penjelasan-minuman-air-bunga-yeos-kod-e.html

    Erma Fatima restu suami nikah satu lagi di Siam
    http://syokbah.com/erma-fatima-restu-suami-nikah/

    ReplyDelete
  2. Boleh2.. senang je pun.. 50 keping/1 peket kulit popia,tak sampai 2 jam dah settle semua ye.. cuba laa ^_^

    ReplyDelete

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^