Nuffnang Ads

Thursday, September 18, 2014

STEP 2 - HIV Test

♥ Assalammualaikum 

Hai semua!!


Cuti 31 Ogos 2014 hari tu aku sambung sampai hari Selasa sebab Selasa aku nak pergi amek HIV test. Bukan apa, risau lepas nie kami akan sibuk. Yang paling sibuk mesti laa incik abang aku tu. Dah nak fly ke Sabah, Sarawak sana. So, kami decide nak amek hari Selasa tue. Tambahan pula, result boleh guna selama 6 bulan. Kami akan kahwin Januari tahun depan, so masih valid

Kami buat HIV test di Klinik Kesihatan Selayang Baru sebab boleh terus redah je. Tak yah nak kena walk-in appointment bagai macam kat KK Sg. Buloh ke KK Taman Ehsan ritu aku tepon. Kalau nak wat appointment nak kena amek cuti lagi, pastu nanti time nak amek HIV test cuti lagi. So, akan membazirkan cuti aku. 

Di KK Selayang Baru, hanya akan buat 20 orang je. Dia ada hari dia, Aku dah lupa. Selasa, Rabu & Khamis kot dari pukul 2pm until 4pm. Not sure hari pe. Tapi Selasa tue betoii.. Hehehe sebab aku pegi. 

Aku pergi naik moto dengan incik abang sebab nak cepat sampai kan.. Kang takot tak dapat buat HIV test sebab kehabisan test kit. Membazir je cuti.. Sampai je, tanya kaunter nak HIV test katne. Rupanya kena queue. Bapak panjang pulak queue ye. Sampai giliran kitaorang cakap nak wat HIV test, dia kasi kitaorang borang untuk di isi. Pas isi terus datang kat kaunter tu balik untuk amek nombor pulak.. 
Benda nie laa yang aku kena isi sampai naik tension. Hahahaha

Ni candid picture dari incik abang time aku dok tension
isi form
Siap je isi borang, laju je kitaorang pegi kaunter tadi. Dia mintak IC kita. bagi nombor giliran. Tunggu laa sampai naik kebas punggung aku duduk.
No kami

Keadaan di depan kaunter. Lama ag nak tunggu time nie.
Dah laa tak cukup kerusi.
Bila nombor kitaorang naik, kitaorang pon pergi kat kaunter untuk buat bayaran sebanyak RM1 sorang &  akak tue kata kena pergi ke bilik no.8 tak silap aku.. Aku dengan incik abang pon terus pergi cari tapi tak jumpa. Lastly, tanya nurse kat tengah dia bgtau kitaorang kat mana. Dok tunggu lagi, sekali de nurse nie lalu tanya dah tulis nama? Kitaorang pon pelik, nak tulis nama pe. Rupanya de buku kat meja depan tu kena tulis nama di dalam buku yang disediakan. Buku tu khas untuk mereka yang buat HIV test (utk kahwin sahaja) & kena masukkan borang ke dalam bakul yang disediakan. Kemudian, baru nama kita akan dipanggil untuk buat saringan.

Borang nie laa yang kena letak dalam bakul tue.
Untuk HIV Test kejap je pon.. Lepas dia cucuk jari aku menggunakan alat dia akan amek darah tu masuk dalam test kit. Test kit nya lebih kurang macam pregnancy test kit, beza nya pregnancy test kit guna urine manakala HIV test kit guna darah. Lepas siap, nurse tu mintak aku panggilkan pasangan aku untuk masuk. Dia kata, lepas nie g kat kaunter tengah a.k.a tempat nurse yang kitaorang tanya bilik tu. Kat sana, kena timbang berat & ukur tinggi. Isi dalam form dlm picture atas nie. Lepas tue, nurse tu akan amek tekanan darah & amek ag darah kita sikit untuk check ada kencing manis atau tak. Dah siap tue, pergi ke bilik doctor pula tapi kena tunggu no laa tapi kejap je. Sebab de satu form tue doctor kena sahkan. Tu sahaja, pastu boleh laa balik!!!

Alhamdulillah, lepas sudah HIV test aku. Dah boleh kahwin dah bak kata incik abang aku. Sekarang tinggal nak pergi ke Pejabat Agama Selangor je. Tapi kena isi form secara online dulu ye.. Sape laa nak jadi saksi aku nie.. Pening-pening.. 

Nie aku attachkan senarai Klinik Kesihatan di Selangor. Sila call dulu sebelum korang terjah, takut ada yang kena buat appointment dulu.




Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, September 9, 2014

Review - Oriderm Malaysia

♥ Assalammualaikum 

Hai semua!!

Lamanya aku tak update blog aku nie. Sibuk sangat kat opis padahal main game je kejenya. Time cuti pulak asyik kua berjalan sampai takde masa nak on laptop padahal malas. Korang pernah dengar tak product Oriderm. Product nie berasaskan bahan semulajadi. Korang boleh baca di entry aku yang lepas pasal product skincare Oriderm nie. Aku pun salah seorang pengguna product skincare Oriderm & sangat ohsem!! Now, adik aku pon dah pakai skincare Oriderm selepas dia buat  detox treatment facial.

Muka adik aku pon dah meletop sekarang. Muka ibu aku lagi laa meletop-letop sekarang nie.. Suka sangat tengok muka ibu sebab kulit muka dia sekata je colornya..Lebam bawah mata dia pun dah berkurang & glowing je.. Makin muda siot kulit muka omak den sejak pakai skincare set anti-aging Oriderm nie. Wahh, sangat-sangat jeles nie T_T

Adik aku pakai mask - masa 1st detox treatment facial

Kiri - muka sebelum facial kali kedua
Kanan - Semasa dia buat facial kali kedua (dah kurang bahan kimia di muka)

Ni pulak ayah masa 1st buat detox treatment facial - banyak toii toxic kat muka ayah
mungkin sebab ayah banyak terdedah dengan aktiviti luar. Pergi keje pulak naik moto kena
asap moto, kereta, lori & segala pencemaran yang ada laa..
Nie namanya MR2 Black Gold Mask. Product baru Oriderm Malaysia
Nie laa rupanya bila pakai. Aku & adik jadi orang minyak ^_^
MR2 Black Gold Mask nie bagus tau sebab boleh mencerahkan kulit, melembapkan & menghaluskan texture kulit. Ia juga boleh mengeluarkan segala kekotoran yang tersumbat di dalam liang roma & mengurangkan cela-cela hitam pada wajah. Ia sangat segar apabila memakainya. "Charcoal bamboo" adalah salah satu bahan yang digunakan di dalam product ini juga bertindak sebagai bahan yang boleh memutihkan dan mengecilkan pori-pori di wajah. Kita juga boleh melihat & merasai perubahan pada kulit selepas menggunakannya.

Selain itu, Oriderm Malaysia juga telah mempunyai serum teenager set yang baru iaitu serum tea tree oil. Adik aku pakai set yang baru nie laa sebab muka dia banyak jerawat.

Gambar atas (green): Sesuai utk kulit sensitif & berminyak.
Gambar bawah (light green): Serum tea tree oil & sesuai utk muka yang berjerawat
Kalau korang lebih lanjut pasal product skincare Oriderm Malaysia boleh usha di Intagram diaorang Oriderm Malaysia or contact Madam Juanne (016-422 4439). She is very nice person , aku suka sangat!! Masa first jumpa pon dah rasa macam lama kenal pulak. Hehehe.

Kami satu family di Oriderm Malaysia ^_^



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^