Nuffnang Ads

Tuesday, November 3, 2015

REVIEW - Kapsul Mutiara Nona Sweet & Beauty

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang !!!


Hari ni, Nieza nak share satu produk yang berasaskan serbuk mutiara. Serbuk mutiara selalu digunakan di dalam produk kecantikan kerana kebaikan serbuk mutiara itu sendiri. Nieza pon consume, tapi baru sebulan dah nampak kesan. Sebelum ni Nieza ada consume supplement jugak, tapi kapsul mutiara ni kan consume setiap minggu jadi tiada masalah untuk Nieza nak consume. Memang nampak perubahannya. Makin berseri uolls.. hahaha perasan kejap. Meh nak cerita sikit pasal Kapsul Mutiara by Nona Sweet & Beauty ni..



Serbuk mutiara digunakan secara meluas dalam penyediaan perubatan tradisional Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan. Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan. Itulah rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas dengan menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit & wajahnya. Rahsia formula serbuk mutiara telah diwarisi dari generasi ke generasi oleh doktor istana. 

ANTARA KEBAIKAN KAPSUL MUTIARA
(100% mutiara asli yg diimport dari Jepun)
  • Mudah diserap oleh tubuh badan
  • Sesuai dimakan oleh lelaki & wanita, kanak-kanak & bayi
  • Sesuai dimakan oleh ibu mengandung & menyusukan bayi
  • mengandungi kandungan kalsium yang baik untuk menguatkan tulang, meransang pertumbuhan tulang baru & meningkatkan kepadatan tulang
  • Menyingkirkan bahan toksin yang tak diperlukan oleh tubuh badan
  • Merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kulit kusam serta memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan liang roma
  • Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks
  • Menguatkan kuku kaki & tangan
CARA PENGAMBILAN
  • Makan sebelum tidur
  • Hanya perlu diambil 1biji seminggu sekali sahaja 
TESTIMONI

Ini lah owner Kapsul Mutiara by Nona Sweet & Beauty
Friendly orangnya, Sis Dina
Antara testimoni yang berjaya mengatasi masalah mereka :)








Selain Kapsul Mutiara, Nona Sweet & Beauty juga ada mengeluarkan Pearl Lotion UV, JUMANIES Pearl Plus untuk kesihatan dalaman, Pearl Active Serum serta yang terbaru Milky Pearl Scrub Extra Body Whitening. 

Bukan setakat muka je cerah okey, satu badan cerah
(takde laa nanti kua bunyik cam iklan D'Herbs - muka putih tangan hitam)
Kapsul Mutiara (5 biji) - RM65
Kapsul Mutiara (10 biji) - RM120
p/s: Ibu Nieza dah consume banyak dah. Nampak mata ibu kurang lebam :)

More information please contact:
FACEBOOK - Nona Sweet & Beauty

Toodles :)


Monday, November 2, 2015

Cinta Monyet hingga ke Jinjang Pelamin

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Korang mesti pernah bercinta monyet masa sekolah, time study di Uni dulu kan?? Orang tua-tua selalu kata cinta monyet nie tak ke mana.. Ye lah, cinta masa budak-budak. Tengok kengkawan couple, kita pon nak couple jugak laa.. (eh, aku ke tue..hahha). Standard laa zaman muda-mudi dulu. Nak merasa jugak laa berkasih sayang dengan orang yang bukan dari ahli keluarga kita.. Ceh, ayat kau macam tak cukup kasih sayang dari family laa plak.. HUHUHUU..

Malam semalam, masa dating dengan pakwe halal aku boleh pulak kitaorang bersembang pasal kekawan sekolah yang dulu nye cinta monyet sekang sudah ada yang bertunang, yang dah kawen pon ade jugak.. Termasuk lah dengan aku. Aku dulu pon bercinta monyet jugak time sekolah dulu ngan pakwe halal aku tue.. Alhamdulillah, cinta monyet kitaorang dah menjadi cinta until Jannah.. InsyaAllah, amin. Kami selamat diijabkabulkan pada 09.01.2015 bersaksikan ahli keluarga & saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Satu je aku pegang masa aku bercinta monyet dulu, tak perlu laa serious sangat. Nama lagi cinta monyet. Kang kot kecundang di pertengahan jalan tak ke frust tertonggeng-tonggeng aku. So, aku beranggapan cinta monyet nie cam partners like best friend laaa. Yang aku akan share my problems, suka duka aku. Walaupun aku nie boleh dikatakan manja, anak ibu ayah sebab pape hal akan rujuk kepada mereka terlebih dahulu. But, at the sometimes we need someone yang sebaya kita untuk share our problems. Sebab kadang-kadang orang yang lebih tua daripada kita nie diaorang nya life membesar kan tak sama ngan kita. So, kekadang mereka tak faham even mereka yang makan garam lebih dari kita & lebih banyak pengalaman dari kita. Examples, my parents tak pernah futher study sampai ke peringkat Diploma. So, mereka tak tau mana mana kita nak survive time study dulu. Diaorang takde pengalaman tue, that's why we need partner to share our problems.

Tapi, alhamdulillah.. Cinta monyet aku sampai ke jinjang pelamin. Pakwe halal aku tue laa best friend forever aku, musuh aku, abang aku, sahabat aku masa susah senang & time aku gelak cam pontianak, time aku nangis sedu2. I love u, hubby.
Our Big Day 


So, cinta monyet nie tak laa bawak keburukan sangat kan? Sebab orang tua-tua kan suka cakap cinta itu buta. Pada aku, cinta tak pernah buta. Orang yang bercinta itu yang buta. Kekadang sampai sanggup buat yang bukan-bukan, sanggup gadaikan maruah diri & tinggal family

Aku takde laa pulak menggalakkan bebudak bawah umur untuk bercinta monyet. Seeloknya tumpukan perhatian kepada study sudah laa. Tapi kalau dah terlajak CINTA MONYET, nak wat camane kan? Teruskan je r.. Tapi jangan laa over sangat sayangnya sampai ketepikan family. Itu tidak BAGUS!! 

Ok laa, saja je nak share yang aku dulu pon bercinta monyet. Hehee, kiranya cinta monyet aku berjaya laa kan?? Hahaha.. 

Belanja satu lagi gambar

P/s: Kalau korang pon ada story cam aku, share laa jugak di ruangan komen.



Toodles :)



Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^