Nuffnang Ads

Tuesday, January 12, 2016

My 1st Anniversary

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!

Lama ye x menulis blog. Busy sangat, tiap kali nak menulis je, ada je keje. Sampai banyak story yang dah terlepas untuk share. Di kesempatan ini, nak share laa anniversary aku yang pertama bersama hubby tercinta.. Cewahh!!

Well, kitaorang nie memang suka pegi holiday. Kalau ada masa & duit terlebih tue dapat laa pegi. Almaklum lah kami nie kerja makan gaji. Kena laa kumpul duit untuk pergi holiday, simpanan semua. Enjoy enjoy jugak tapi saving jangan dilupakan untuk masa hadapan. 

So, untuk our anniversary kami just sambut di Melaka saja. Hotel pun biasa biasa je. Jangan mimpi laa nak tidur hotel mahal sebab kitaorang rasa cam rugi pulak sebab nya bercuti bukannya kitaorang nie nak memerap dalam bilik saja tapi merayap pusing-pusing melawat kawasan. Hahaha..

So, memang takde la nak amek hotel yang de pakej honeymoon. bagi kitaorang cam mahal, ye ar kami nie bukan ye orang senang. Janji selesa tido ok laa. Hahhaa.. 

Kitaorang gerak g Melaka selepas aku balik dari kerja. Sabtu aku kerja halfday. Lepas lunch, kitaorang terus gerak g Melaka. Perjalanan dari KL ke Melaka amek masa lebih kurang dalam 2jam 30minit. Disebabkan aku kenyang lepas lunch, aku pon bobok laa dalam kete sepanjang perjalanan kami ke Melaka. Hehehe. 

Sampai je Melaka, kami terus check in, mandi-mandi then terus gerak ke Pantai Klebang. Sebab aku nak sangat pegi kat tempat ye yang macam padang pasir tue. Saje jela nak berjalan selfie2 ngan hubby. Tak sangka plak, time kitaorang g tue, ada Konsert AJL kat Pantai Klebang. Patot laa jem teruk!!

Hotel Hallmark Leisure
Jom layan gambar. Entry bergambo. Hahaha

Padang pasir yang aku cakap tue..










Leh tahan jugak jauh laa nak sampai ke padang pasir nie.. Haha.. Dari jalanraya nak masuk ke sini. Dari carpark nak panjat bukit pasir.. Hahaha.. tapi memang best. Kalo shoot gambar kahwin ke pe ke memang thorbaik. Cantik sangat tempat ye. Walaupun cam padang jarak padang tekukur.

Lepas berjimba-jimba di padang pasir, perut terasa lapar. Pegi jejalan kat Melaka Parade pulak, sebab tekak terasa nak makan pizza. Dah mencekik pizza, kitaorang bergerak balik hotel. Tapi singgah dulu di Jonker Walk. 




Sempat jugak laa kitaorang cuci mata, tapi takde pe yang menarik untuk aku & hubby beli pon. Just jejalan bakar kalori je. Hahaha.. dah penat berjalan, terasa haus nak beli air. Husband aku ada ternampak orang minum air dalam buah tembikai yang comel. So, dia excited nak cari then kitaorang pon jumpa.
Sedap memang sedap sebab sejuk tapi banyak
biji tembikai. Aku minum sikit je sebab nak cari mineral water.
RM8 untuk sebiji nie.
Nak tengok camne auntie tue buat boleh tengok kat IG aku.. Link: Fresh Watermelon Juice. Dah penat berjalan, kitaorang pon balik ke bilik. Kitaorang g Jonker Walk jalan kaki je, sebab dekat ngan hotel kitaorang. Balik bilik, mandi, borak-borak jap then tidur laa pe lagi. Dah penat. Esok  nak sambung berjalan lagi.

Esok pagi, kitaorang breakfast di hotel je.. 


Lepas breakfast, naik bilik kemas-kemas beg baju semua then check-out. Balik KL ikut PD. Saja nak jejalan. Sempat laa aku nk beli belacan, cencaluk Kak Diana kirim sebelum balik KL. Tapi, sebelum tue, kitaorang pusing bandar Melaka. Rugi laa kalo pegi Melaka tak pusing-pusing. Sempat jugak laa kitaorang pergi Baba & Nyonya Heritage Museum. Tapi tiket masuk agak mahal laa, RM16/person. Dah tue, tak leh amek gambar plak kat dalam tue. Mungkin laa nk jaga rumah tu kot.. bersangka baik walaupun sakit hati. Hahaha. Sebab rumahnya sangat cantik & besar,. Bagi aku mcm seram pulak kalo aku kena tinggal rumah sebesar itu.. Hehehe... Jom layan gambar.. Kan aku cakap nie entry bergambar :)











Dok waze mana museum Baba & Nyonya :)

Kitaorang jalan kaki je, pergi cari museum Baba & Nyonya

Finally, jumpa !!
Kediaman milik Baba Chan Cheng Siew (1865-1919)
Sumber: Google
Gambar Baba Chan Cheng Siew & anak lelakinya
Gambar Mak Gemuk (Isteri Baba Cheng Siew)
& menantunya
Buku rujukan untuk bacaan korang. Tapi takleh bawak balik ye.
Jangan korang g bawak balik pulak!



Tak dapat pergi sini, tak cukup masa
Dah penat pusing rumah muzium peranakan Baba & Nyonya, kitaorang pon terus laa gerak balik. Singgah beli belacan, cencaluk semua.. Terus gerak ikut Port Dickson. Aku tidur sepanjang perjalanan disebabkan keletihan. Kitaorang singgah makan tengahari di Nasi Ayam Cowboy yang depan Marina Resort tu. 

sumber Google 


Sumber Google
Pada aku macam sudah kurang kick!! Tak macam masa aku study di Politeknik Port Dickson. Ini memang jadi tempat wajib aku & hubby lunch kalau dia datang hantar aku ke PD. Aku mulanya malas nak pergi sini, dah dia beriye-iye nak makan sini aku ikutkan je. Sebelum nie pon, kitaorang dah pernah makan, masa tu pada aku boleh lagi walaupon tak sesedap masa aku study dulu. Yang aku pergi baru nie, semua kena self-service. Aku ngan hubby terus cari tempat dan duduk, rupanya kena beratur untuk amek makanan. Pada aku makin lama macam makin worst pulak service dia. Lagi pun, aku tak nampak pulak tulisan yang kita kena layan diri atau aku yang tak perasan sebab orang ramai. Kitaorang ingat macam dulu lagi. Mungkin ini yang terakhir laa aku makan sini. Lepas makan, terus gerak balik KL ikut Lukut. Aku macam biasa, tidur sepanjang perjalanan. Hahaha, kesian hubby tinggal sorang.

Sekian, cerita aku hari ini :)

Toodles :)



Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^