Nuffnang Ads

Thursday, October 31, 2013

Macam Tak Adil Pulak

Hi, ^_^

Sebenarnya, aku ni macam nak luahkan perasaan benarnya. Tapi tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab ini isu yang agak sensitif. Okey, aku start cerita. Tempat aku kerja nie kan kawasan perumahan (apartment), sepanjang orang duduk kat sini surau area sini tak pernah dimeriahkan. Ada orang datang solat semua, tapi cuma tak semeriahkan surau kat area rumah aku laa senang cerita. Suraunya kecik je. Perumahan ini dah berusia lebih kurang 12 tahun kalau tak silap aku. Area ni pulak, kebanyakan penduduknya adalah Cina. Tiba2 tahun ini, ada pulak yang nak memeriahkan surau ni dengan azan, kelas mengaji pada waktu malam. Yang boleh jadi kecohnya, diaorang nie a.k.a orang surau ni pergi pasang speaker kat surau ni tanpa minta kebenaran daripada pihak Ahli Jawatankuasa perumahan. So, terjadi la kekecohan sementara dan kami pihak Pengurusan terpaksa meminta pihak surau menurunkan kembali speaker tersebut & memberitahu agar mengikut prosedur jika nak letak speaker. Bila pihak surau dah bagi surat mengatakan nak letak speaker semua, pihak Pengurusan pun forward laa kepada Ahli Jawatankuasa. Keputusan yang diberi adalah Ahli Jawatankuasa sebulat suara tidak membenarkan memasang speaker di surau tersebut atas alasan mengganggu. Aku yang dalam meeting, terpikir "mengganggu apa kebende ye?". Pihak surau juga seperti aku, tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi oleh Ahli Jawatankuasa. Majoriti Ahli Jawatankuasa bukan Islam.Untuk memuaskan hati semua pihak, pihak Pengurusan mencadangkan agar satu kaji selidik dijalankan dan aku memang tahu keputusan kaji selidik itu adalah negative tapi apa yang aku boleh buat. Aku kena bersifat neutral, tidak boleh memilih mana-mana pihak even aku tak setuju sekali pon.

Okey, kaji selidik dijalankan selama 2 minggu. Yang aku rasa cam tak puas hati nya adalah, penduduk sanggup datang bertanyakan mengenai borang kaji selidik selepas pihak Pengurusan menampal notis di setiap blok. Kebanyakan yang bertanya itu adalah Cina sebab majoriti penduduk sini adalah Cina. Aku terpikir, masa AGM diadakan Ogos lalu, takde sorang pun yang datang submit borang yang pihak Pengurusan hantar kepada setiap penduduk di sini. Semua macam buat BODOH je!! Bila kes macam ni, tak payah hantar, mereka sendiri datang opis minta nak isi. Siap marah2 lagi, bila tak dapat isi form sebab dia tak layak.

Satu lagi yang bagi aku tak leh blaa adalah bila seorang owner apartment kat sini, call aku bertanyakan mengenai perkara ini. Siap mintak aku fax form tu, takot tak sempat kalau pihak kami pos. Ya Allah, macam tu sekali mereka yang bukan Islam tak nak bagi kita memeriahkan rumah Allah. Aku rasa macam sedih sangat, padahal aku duduk di negara yang agama rasminya adalah ISLAM. Masa nak AGM hari tu takde pulak telefon cakap, "saya mau fax borang yang u orang antar kasi I itu hari untuk AGM". Satu pun takde bagi, semua bagi time AGM. Hish!! Sakit je hati.. 

Kenapa orang kita (Melayu) tak nampak tu semua? Kenapa nak ikut telunjuk diaorang? Tak nampak ke perkara macam ni sebolehnya diaorang tak kasi? Contoh kat kampung opah aku. Tokong sebesar-besar alam!! Padahal perkampungan Melayu, macam mana orang Melayu leh bagi kebenaran untuk diarang buat tokong kat situ. Dah tu, tak tahu hormat langsung, waktu Maghrib ke Isyak ke, memekak2 dengan lagu diaorang tah pape tu. Tak pulak orang kita pertikaikan bising. Padahal memekak sampai berjam2 sampai ke Subuh. Baru nak azan tak sampai 10 minit, dah kata mengganggu.

Hish! Tak puas hati toii laa.. 

Tuesday, October 8, 2013

STEP 1 - Kursus Kahwin (Masjid At-Taqwa, TTDI)

♥ Assalammualaikum ..

Hi, lama betoi dah xupdate belog. Hihii, busy sgt2. Kononnya laa. Padahal, pemalas nak bukak. kihkihkih. Ok, last week aku g kursus kahwin. Nak kahwin kena pegi kursus dulu, baru la pasni leh kawen. Hahaa. Aku amek kursus kat TTDI je. Dekat sikit dengan rumah aku, lagi pon ramai yg kata kat sana best. Memang betul kata diaorang, memang BEST !! Xmengantok pon. Actually, aku nie bukannya boleh dengar ceramah2 nie, confirm tido laa aku cakap. Sepanjang aku kursus tue, memang best. Tipu la kalau aku kata xde rasa mengantok kan. Tapi, penceramah tue sangat bagos aku cakap ko.. Sebab nya aku cakap dia bagos? Sebab, kalau kitaorang cam dah x layan ceramah dia, dia pandai hidupkan suasana tue balik. Kira nya, dari ko nak terpejam mata nak tido, terus xjadi nak tido. Aku de jugak la search tenet2 sebelum aku daftar tu, feedback ramai kata kat sana best. Kebetulan kawan aku si Hanim tue pon dulu kursus sana. Dah kawen dah pon dia. Hehee..

Kalo nak daftar senang je. Leh g website diaorang KURSUS KAHWIN (klik). Korang leyh daftar secara online atau pon call je Kak Ana, nanti Kak Ana akan minta details korang. Senang kan? Kursus tu 2 hari je pon. Sabtu (2pm-7pm) & Ahad (8.30am-6.00pm). Makan & minum disediakan. Yuran baru RM80.00. Aku pegi ngan abg syg aku. Patot ye, aku pegi bulan lepas, tapi dia aasyik busy je memanjang sampai kne cancelled our kursus. BIla aku marah2 sebab aku terpaksa cancel kan our kursus, dia jawab "keje kuat sebab nak kumpul duit kawen". Sabar je laa aku dengar. Tapi toii laa tue.. Hihiii.

Sabtu aritu aku amek cuti, so boleh laa kitaorang g jejalan kejap sementara nak g kursus. Sebab kena sampai san, pukul 1 tengahari. Nak dijadikan cerita, aku ngan abg syg aku boleh xjumpa KFC kat TTDI tue. Geram betoii laa. Last ye, kitaorang lunch kat PizzaHut je. Hihii.. suka aku, bab mmg aku nak makan Pizza, abg syg sibuk nak KFC.

Okeyh laa, nak buat keje. Bubye, semoga jumpa di entry seterusnya =)

p/s: Gambar untuk comel kan entry hehe ^_^








Sekian, TQ for reading..

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^