Nuffnang Ads

Tuesday, February 25, 2014

Kad Kahwin - DIY or Tempah???

Assalammualaikum dan hai semua..

Aku de jugak usha-usha kad kahwin untuk ditempah.. Nampak macam mahal. Bila pikir-pikir kan balik, kalau aku buat sendiri ok x?? Cari je laa A4 yang tebal sikit, wat yang simple je. Tak perlu kot nak kerawang-kerawang sangat sebabnya nanti akan ke tong sampah jugak kad tu, kan?? Setelah berbincang dengan Mr.A, kitaorang decide akan print kad sendiri. Dan yang pastinya, kad tue semua aku laa yang akan arrange sebab Mr. A nie kan busy memanjang. Aku pun dah start design beberapa untuk buat cover kad. Aku de laa tunjuk satu template kad nie aku jumpa kat Google, boleh pulak Mr. A nie cakap dia takmo pokok untuk cover kad, nak burung ke pe ke selain pokok. Demand pulak dia, aku mintak idea, dia kata nanti pikir. Nanti dia tu, sampai nak kahwin laa jawabnya nanti jugak. Tak pe laa, aku design laa cam yang dia nak, takmo pokok erk?? T tomey carikan rimau comey gitu untuk cover kad kita ye?? hahaha.

Orang kata kalau banyak yang kita buat sendiri baru kita dapat rasakan itu majlis perkahwinan kita. Yang penting, kena usaha lebih laa sebab nak saving bajet kan? Kalau nak senang, tempah je. Jimat tenaga tapi tak jimat duit laa.. Hikhikhik. Aku kena laa jimat duit, sebab memang bajet gila kan, gaji tak besar laa katakan.

Aku pernah la tunjuk cover kad yang aku buat tu dekat sorang kawan aku nie. Dia cakap tak cantik T_T sedih titew dengar. Sebelum ni, tunjuk design untuk button badge pun dia cakap yang sama. Betoii ke tak cantik?? T_T. Aku cerita laa kat adik aku & aku tunjuk jugak design yang sama aku tunjuk kat kawan aku tu. Adik aku kata cantik & ok. Simple je. Aku pun cerita laa pasal kawan aku tu and pe yang dia cakap bila aku tunjuk design nie. Adik aku cakap, macam dengki je. Hahaa. Tak leh blaa toii ayat yang kua dari mulut dia. Hampeh T_T

Bila dah pikir pasal kad, mesti nak pikir berapa pulak kita nak print kan?? Cukup laa kot kalo aku print seribu je kan? 500 untuk aku, 500 lagi untuk Mr. A. Tak cukup, aku print je laa lagi kan??

p/s: Nak kena pikir nie.. T_T

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
Baby Dania - sehari tak jumpa mesti rindu
^_^

Friday, February 21, 2014

DIY - Hand Bouquet

Assalammualaikum & hai semua..

Hari ini aku nak share sikit pasal hand bouquet. Aku selalu tengok kalau orang kahwin or bertunang mesti de bunga kat tangan. So, aku saja-saja laa nak buat. Aku buat guna kain felt je. Aku buat untuk suka-suka sahaja, takde laa cantik macam orang buat sewa or jual kan? Tapi cukup lah memuaskan hati aku.. ayat nak pujuk hati T_T

Bunga aku buat tu macam nie laa. My Majlis Merisik


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • kain felt
  • gunting
  • glue gun
  • dawai
  • floral tape
  • manik
Cara buat:
  • Kain felt tu, korang potong bulat. Potong sebanyak mungkin ikut berapa kuntum bunga yang korang nak.
  • Nanti, dah siap potong bulat, korang gunting plak kain felt yang bulat tapi cam gambar ni. 
Kain felt yang telah di potong bulat & digunting 
  • Kemudian, baru kita start gam kan kain felt tu supaya berbentuk bunga rose. Masa nak gam tue, letak kan dawai sekali sebab dawai tu akan jadi tangkai. Dawai tue agak-agak korang laa potong nanti k? Sebab aku pun tak ukur.
  • Buat semua sampai siap & korang gubahkan bunga rose felt tue. Dia akan jadi macam dalam gambar ni.
Bila dicantumkan semua
  • Lepas tue, korang boleh gam kan manik kat tengah-tengah bunga tu. Macam kat gambar nie. Sorry gambar tak berapa clear guna camera handphone kita takde flash.

Bila dah diletakkan manik
  • Lepas tue korang boleh laa gam kan dawai a.k.a tangkai bunga korang ngan floral tape. Yang nie, aku takde amek gambar sebab 3 minggu lepas tue baru aku sambung sebab esoknya majlis merisik aku. Huhuu. T_T
  • Aku punya HB kecik je.. Nak besar, kena banyak lagi bunga ye, ok??
P/s: Kalo tak paham boleh tengok video nie erk?? Hehehe

Selamat Mencuba ^_^

Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
Comey yang penyibuk - Nak jadi Meow jiwang gigit rose
bagi awekz (gambar tak clear)


Monday, February 17, 2014

Review - Inai Color Homemade


Assalammualaikum & hai semua..

Hari ini aku nak review pasal inai color homemade. Dah lama dah aku usha inai nie kat Instagram. Hehe rasa macam nak try. Nak-nak pulak yang color pink tu kan?? Menawan hati aku toii laa. Hahahaa.

So hari tu, aku decide jugak nak beli. Hehe. Aku amek tiga color terus tapi pack kecik. RM10/pc tak include postage. So, aku pun dengan lahap nya grab sampai tiga. HAHAHAA!! Sebenarnya aku tak tahu nak ambil color pe, dah rambang mata. Aku nak pink, kang ibu aku kata tak cantik pulak. So, aku pun belasah tiga sekali iaitu pink, merah & maroon.
Sumber : Incik Google
Sape-sape yang nak beli leh contact Qissyrosesshoppe.  Excited gila laa kan bila barang dah sampai. Tak sabar nak pakai. Abang PosLaju hantar petang, malam tu jugak aku try pakai. Hikhikhik.. Gelojoh betoii.
Ini lah hasilnya... ^_^
Sebelum - Baru tempek

Selepas - 3x aku tempek aw, baru dapat color pekat macam ni
Muka cam baru bangun tido T_T



Sekian untuk kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
^_^


Friday, February 14, 2014

REVIEW PRODUCT - IN2IT Moisture Intense Lipstick

Assalammualaikum and hi.. =)

Aku nak share pasal lipstick daripada IN2IT. Aku beli kat Watson kat area rumah aku je. Dah lama aku aim lipstick ni sebab aku suka sangat-sangat dengan color dia. Buat aku tertarik toii laa.. So, target aku bulan ni, tak kira ape pn yang terjadi, nak jugak. Finally, I got it. Color dia memang memuaskan hati aku. Cantik sangat dan terang. Yang paling aku suka, tahan lama.

Ni antara color yang ade. Aku tak tau laa de ke tak kat Malaysia bab aku amek dari web dia. 
Aku amek color Pink Alarm (MI 7). Kalau tak silap aku tue laa kod color dia hehe. Tak ingat la kod dia, ingat color je. Aku ingat nak beli satu lagi color cam yang model nie pakai. Merah makngah gitu. Haha.

Aku pakai color Pink Alarm untuk Majlis Merisik

Mungkin bila kena flash color dia nampak lain sikit
Sekian untuk kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, February 11, 2014

LOVE - Majlis Merisik

Assalammualaikum & hai semua..

Lama tak update blog. Bukan apa, busy sikit dengan kerja. Untuk entry kali ini, aku nak share pasal majlis merisik aku dengan Mr. A. Majlis merisik kami buat secara kecil-kecilan sahaja iaitu antara family sahaja. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah. Pada 07.02.2014 (Jumaat) I'm officially booked by Mr. A. Hahaa. Lom dapat sepenuhnya lagi, cuma sudah book. So, kepada mereka yang nak try tue, sorry laa saya dah de yang booked... (bajet hot laa pulak!! T_T). So, kepada Mr. A, kamu tidak perlu risau lagi jika terdengar khabar angin mengatakan ada yang mahu masuk minang titew ok?? (ayat gedix) hahha.. #abaikan..

Majlis merisik kami berlangsung selepas solat Jumaat. Pihak lelaki sampai rumah aku dalam pukul 4 camtu. Sebab ada yang sesat sampai ke The Curve, Mutiara Damansara T_T.. Tue yang lambat sikit tu, sebab Mr. A kata semalamnya tu pukul 3 petang. Punya laa nervous.. Tapi, bila adik aku masuk bilik bawak camera, keje kitaorg dok bergambar je. Lupa yang de orang kat luar tu datang nak merisik aku.. Hahaa. Aku dengar-dengar jugak diaorang kat depan tue dok ketawa-ketawa pe tah aku pun taktau. Pastu, pakcik aku datang bilik aku, suruh aku keluar nak sarung cincin katanya. Aku pun, keluar dengan muka selamber je laa. Hihii. Tapi, bila sampai depan, tengok semua orang pandang, adoii.. Malu nya.. Siap suruh amek gambar semua. Rasa cam artis kejap.. Haha perasan. Lama gak laa sesi bergambar. Lepas sesi bergambar, baru makan-makan sambil borak-borak then pihak lelaki pun minta diri nak balik. Sebab nak g ziarah mama tiri Mr. A yang baru balik dari umrah. Mama dia tak dapat datang sekali sebab dia baru sampai. Tak pe laa.. Penat kan, biar rehat. Aku pun follow jugak pegi rumah mama Mr. A, tunjuk muka kan?? Jangan nanti kata sombong, tak nak kenal-kenal. Lepas tue, aku dan Mr. A bergerak pergi ke taman di Manjalara. Photoshoot kat sana. Photoshoot laa sangat. Saja laa gedix2 kan nk simpan sebagai kenangan kami. Yang jadi photographer tak berbayar kami adalah tak lain tak bukan haruslah adik aku kan?? hahaha.. Selepas selesai semuanya, kami pun balik sebab masing-masing dah lapar & Mr. A ngan adik aku sibuk sangat nak tengok Naruto deme tu.. Menyampah toii aku.. Aku tak layan mesti laa menyampah, ye dak?? Hikhikhik..

Juadah Minum Petang untuk pihak lelaki.
p/s: kek tu aku buat k?? hikhik ^_^

Makan Time ^_^

Sempat lagi bakal adik ipar aku nie wat peace, senyum
pandang camera. Nie mesti camhore cam aku jugak ni.. haha

Makan ^_^

Selepas penat bergambar, marilah kita menjamu selera

Rajin pakcik aku (baju merah) tolong isikan bihun goreng
dalam pinggan tetamu =)

Jemput-jemput makan =) hikhikhik

Makan sambil Berborak

Makan-makan Time

Nie semua cousins Mr. A

Semua ibu yang masak, aku buat kek je.. Hehehe.. Pemalas kan?


Ok laa, nie antara gambar-gambar yang diambil pada hari merisik tue. Tapi ramai yang kata aku bertunang bila aku upload pictures nie kat FB. Layan je laa...
Semasa menunggu ketibaan pihak lelaki
Tokma Mr. A nak sarungkan cincin
Smile =)
With pihak lelaki & my parents


Pinky


With My Brother

Berdebar-debar menunggu


Senyum tak perlu kata apa-apa

Me & Him

We & My Cousin (Ain)

Me & Tokma

Outdoor 1

Outdoor 2

Outdoor 3

Outdoor 4

Outdoor 5

Outdoor 6

Outdoor 7
Outdoor 8

Outdoor 9 - Ini semua poyo !! Hahaa
Sekian untuk entry kali ini.

Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^