Hari ini aku nak share sikit pasal hand bouquet. Aku selalu tengok kalau orang kahwin or bertunang mesti de bunga kat tangan. So, aku saja-saja laa nak buat. Aku buat guna kain felt je. Aku buat untuk suka-suka sahaja, takde laa cantik macam orang buat sewa or jual kan? Tapi cukup lah memuaskan hati aku.. ayat nak pujuk hati T_T
Bunga aku buat tu macam nie laa. My Majlis Merisik |
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- kain felt
- gunting
- glue gun
- dawai
- floral tape
- manik
Cara buat:
- Kain felt tu, korang potong bulat. Potong sebanyak mungkin ikut berapa kuntum bunga yang korang nak.
- Nanti, dah siap potong bulat, korang gunting plak kain felt yang bulat tapi cam gambar ni.
Kain felt yang telah di potong bulat & digunting |
- Kemudian, baru kita start gam kan kain felt tu supaya berbentuk bunga rose. Masa nak gam tue, letak kan dawai sekali sebab dawai tu akan jadi tangkai. Dawai tue agak-agak korang laa potong nanti k? Sebab aku pun tak ukur.
- Buat semua sampai siap & korang gubahkan bunga rose felt tue. Dia akan jadi macam dalam gambar ni.
Bila dicantumkan semua |
- Lepas tue, korang boleh gam kan manik kat tengah-tengah bunga tu. Macam kat gambar nie.
Sorry gambar tak berapa clear guna camera handphone kita takde flash.
Bila dah diletakkan manik |
- Lepas tue korang boleh laa gam kan dawai a.k.a tangkai bunga korang ngan floral tape. Yang nie, aku takde amek gambar sebab 3 minggu lepas tue baru aku sambung sebab esoknya majlis merisik aku. Huhuu. T_T
- Aku punya HB kecik je.. Nak besar, kena banyak lagi bunga ye, ok??
P/s: Kalo tak paham boleh tengok video nie erk?? Hehehe
Selamat Mencuba ^_^
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
No comments:
Post a Comment