Nuffnang Ads

Saturday, July 19, 2014

Shopping Raya Again!!

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!! Ingat lagi tak hari tu aku de post pasal website shopping online yang murah gila tue.. Website tue aku tau daripada my favorite blog. So bila dah godek-godek, tergoda pulak untuk membeli. Bila barang sampai mesti laa suka kan? Barang tue, aku address kan ke office aku. Malas letak address rumah takut kacau ibu tido ke rehat ke..

Bila aku bawak balik barang and cerita kat my mom pasal website nie, my mom macam tergoda jugak dengar kemurahan barang-barang yang ditawarkan. Lepas berbuka, dua beranak nie masuk bilik amek tab dan mula laa mencuci mata di website www.nile.com.my and my mom memang khusyuk gila usha barang. Aku ingat ibu aku tue nak usha je, bab dia online shopping nie kureng sikit kalau anak dara dia nie ye laa. Meroyan tambah-tambah kalau murah-murah cam kat Nile. Haha.. 

My mom  takde laa beli banyak, dia beli mana yang dia berkenan je. Nanti jejalan leh shopping lagi. Check it out apa yang my mom beli di Nile.
Tak sabar !! Hehehe
Trendy Woman Flat Shoes (Black) - RM 27.50
Irregular Length Short-sleeved T-Shirt - RM 18.50
Lady Cute Earing (Pink) - RM 2.90
Service Nile nie memang bagus tau tak. Hari Rabu (malam) my mom order, Jumaat dah sampai barang. Nak COD pun boleh, terpulang pada masing-masing. Nilkasi free postage kalau korang beli minimum RM48. Cepat!! Promotion sampai Isnin nie je!!



p/s: Korang taknak ke shopping raya kat www.nile.com.my. Murah-murah tau barang dia, korang tengok laa pasti tergoda. My mom yang tak suka shopping online tue pon leh tergoda ni kan pulak korang-korang yang suka shopping online ^_^ 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Friday, July 18, 2014

Khasiat Kunyit Putih - Curcuma Mangga Cure (CMC)

♥ Assalammualaikum 

Hai, nak tanya nie.. Korang ada resdung tak? Dulu aku pon ada, sekarang alhamdulillah semakin pulih. Bagaimana kita nak tau kita nie ada resdung atau tak? Apa tanda-tandanya & korang tau tak resdung itu apa? Jom, aku nak bagitau macam mana resdung aku semakin pulih. ^_^



Resdung nie sangat berbahaya jika dah kronik boleh menyebabkan kanser. Korang ingat tak, dulu aku pernah review pasal CMC? Alaa, penawar resdung yang bagus tue? Sekarang, aku dah takde bersin-bersin lagi bila makan laksa or seafood. Bangun pagi pun, rumah dah tak bergegar dek bersin.. Hehee.. Happy sangat! Kalau korang nak tau, bahan utama CMC nie ialah kunyit putih tau. Pengasas product ialah Puan Faderra Nadea Ed Fattah

Curcuma Mangga Cure 
Korang tau tak apa itu kunyit putih? Korang jangan pulak membayangkan kunyit kat dapur umah tu pulak. Hehee. Kunyit kat dapur tue, lain okey? 


Ini lah Kunyit Putih macam pokok kunyit kat
belakang umah aku.. hehehe
Kalau korang nak tau, kunyit putih (Curcuma Mangga), merupakan anggota keluarga besar Curcuma & mengandungi zat kurkumin. Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi jahe & berwarna kuning muda (creambukan warna kuning kunyit di dapur ye. Jika dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini & bila telah diekstrak atau dijadikan bubuk, warnanya tetap kuning muda (cream). Kunyit putih jenis mangga (Curcuma Mangga) tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser.

Kunyit Putih (Curcuma Mangga)
Di dalam buku Encyclopedia of Medical Plants dinyatakan, kurkumin mempunyai khasiat anti-oksidan dan anti-inflamasi. Bahkan khasiat anti-oksidannya lebih kuat daripada vitamin E, sedangkan khasiat anti-inflamasinya lebih kuat daripada hidrokortisonkimia/sintetis. Zat anti-oksidan pada kunyit berfungsi mencegah kerosakan asamdeoksiribonukleat (senyawa yang menyusun gen), kerana kerosakan gen adalah salah satu sebab terjadinya kanser. Sedangkan kurkumin bersama feruloyl dan 4-hydroxy-cinnamoyl adalah senyawa anti-inflamasi yang terdapat pada akar kunyit. Kesimpulannya, kedua kandungan kurkumin tersebut sangat berperanan dalam memerangi kanser, iaitu mencegah kerosakan gen sekaligus mencegah peradangan (inflamasi) kerana pada penyakit kanser selalu terjadi inflamasi.

Serbuk Kunyit Putih
Khasiat kunyit putih ini sangat bagus untuk merawat kanser & ianya bukan sahaja dikhususkan untuk merawat kanser tetapi kandungan khasiat kunyit putih itu sendiri dapat merawat penyakit lain seperti:
  • Membantu menyembuhkan masuk angin & sakit perut
  • Menghilangkan kulit lebam akibat luka
  • Menyembuhkan penyakit kanser
  • Membantu menyembuhkan penyakit tumor
  • Mencegah kerosakan sistem rahim, membantu mengurangi berat badan (sangat bagus bagi yang sedang diet)
  • Menyembuhkan asma & sesak nafas
  • Mampu menghentikan pendarahan, sebagai sumber antioksidan alami
  • Membantu merangsang produksi sel darah merah, menyegarkan kulit & menyihatkan badan secara alami
  • Mengurangkan resdung & bau mulut yang berpunca daripadanya
Ini la sedikit sebanyak info mengenai kunyit putih (Curcuma Mangga). For futher information, korang boleh pergi ke web cmc.my or Facebook CMC HQ & untuk pembelian product CMC jugak. Korang jugak boleh follow diaorang di Instagram @cmchq_official.

Korang boleh beli di CMC HQ
Cara Pengambilan CMC
Comel kan Duta CMC ^_^

Ramai yang telah berjaya kurangkan/hilangkan penyakit resdung dengan konsisten consume CMC. Korang yang de resdung, bila lagi?? Banyak Testimoni CMC (click)  yang telah berjaya antaranya adalah aku!! Hahaa, suka sangat bila dah tak bersin-bersin tiap kali bangun pagi. Nak pergi kerja or lakukan apa aktiviti pon lebih semangat. 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Thursday, July 17, 2014

Shopping Raya

♥ Assalammualaikum 

Hai, hari ini aku share pasal satu tempat shopping online yang murah. Segalanya dihujung jari sekarang nie. Macam aku kadang-kadang datang penyakit malas nak kua shopping lebih suka shopping online dan kadang-kadang aku rasa shopping online lagi murah daripada jual yang di luar. Pada pandangan aku. Tapi, asalkan shopping dua-dua aku suka. Hahaha. Tapi kena bijak memilih ye?

Aku suka shopping online dekat web yang jual murah-murah. Kalau mahal-mahal nie, window shopping je laa. Nak beli tu aku akan berpikir banyak kali. Ada satu web nie, memang harga barang-barangnya sangat murah-murah. Sampai tak sedar asyik ter'click' add to cart je. Hahaa. Kena pulak ada yang belanja kan? Mesti laa lagi suka hahha.. Korang tengok dan tabahkan diri korang agar tak tergoda dengan barang murah kat nile.com.my

Tahun nie, raya memang berjimat cermat sebab saving duit untuk kahwin tahun depan. Hahaa. Tapi beraya secara sederhana kan lebih baik, toii tak?? Aku dah tempah baju kurung & dah beli jugak blouse masa keluar hari tue.

So, untuk kasut aku tak beli lagi. Saja laa pulak Isnin haritu usha-usha kasut. Sebenarnya, dah lama usha kasut nie, suka sangat. Bagitau kat bos nak kasut nie & minta dia belanja dalam nada gurauan. Sekali gurauan menjadi kenyataan. Hehee. TQ boss. Sayang bos! ^_^ Untuk my birthday next Monday, hadiah in advance katanya.

Hasil aku shopping di nile.com.my

Barang sampai ^_^ TQ abg GDex
Fish Head Design Beads Woman Heel : RM 27.50
Hairband : RM 1.30
Korang pun shopping laa kat nile.com.my, murah-murah tau.. Tengok barang-barang yang aku beli nie, murah-murah kan? Hehe, kasi korang terpengaruh sikit.. Hahaa.. Kalau korang shopping lebih daripada RM48 korang dapat free postage. Untuk COD pulak, RM78. Promotion raya nie sampai 21 Julai 2014 nie je aw?? Cepat laa shopping kat nile.com.my..



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Thursday, July 10, 2014

REVIEW - Secret Key Starting Treatment Essence

♥ Assalammualaikum 

Hari ini aku nak buat buat review pasal satu product skin care daripada Korea. Nama product nie Secret Key Starting Treatment Essence dan product nie sangat bagus dan best. Product nie lebih kurang macam SK-II dan ada yang kata sehebat SK-II. Aku tak tau laa sebab aku tak mampu nak beli SK-II. T_T

Kulit muka aku takde laa flawless tapi takde laa pulak jerawat kronik. Ikut keadaan, kadang-kadang banyak kadang-kadang sikit terutama kalau time nak period confirm de laa kat dahi ke hidung ke dagu ke sebijik besar. Stress aku!! T_T. Aku dah guna product nie tak sampai sebulan tapi dah dapat rasa perubahan kat kulit muka aku.

Jom, kita usha product.
Secret Key Starting Treatment Essence

Made in Korea - 155ml
Packaging SK Staring Treatment Essence
Secret Key Treatment Essence

Ingredients Secret Key Treatment Essence
Sumber: Incik Google
Using Tip

Secret Key Starting Treatment Essence
Testimoni - Sumber: Incik Google
Testimoni - Sumber: Incik Google

Review daripada aku, product nie sangat ohsem. Alhamdulillah, even muka tak flawless tapi masalah kulit berminyak aku dapat diatasi. Syukur sangat. Aku sangat rimas kalau muka aku berminyak sampai pergi kerja pakai bedak sahaja. No foundation! Sebab aku rasa bila aku pakai foundation muka aku lagi berminyak. Bila balik makan tengahari mesti cuci muka. Tapi sekarang dah okey, suka sangat. ^_^

Hari tue hantar adik aku balik ICAM, aku saja try pakai foundation & result sangat memuaskan hati sebab aku takde pulak rasa tak selesa macam sebelum nie. Rasa cam muka kena simbah dengan minyak. Dari tengahari sampai tengah malam, aku rasa selesa sangat dengan muka aku. So happy!! Product nie jugak berjaya kecutkan jerawat di dahi & dagu  aku time period haritu. Serius memang tak sangka jerawat akan kecut.

Masa nie jerawat tengah membiak dengan jayanya T_T
Jerawat dah kecut tapi aku tak sure lepas bape hari

Jerawat di dagu semakin kecut - gambar sebelum lupa amik
Nak pakai pon senang je. Selepas cuci muka, aku tuang kat face cotton pad pastu sapu kat seluruh muka and leher macam korang pakai toner tue. Aku pakai tiap kali lepas cuci muka (3kali sehari). Korang jugak boleh tuang kat tangan & terus sapu ke muka macam sapu air ke muka. Tapi aku x reti laa nak bajet wat macam tue. So, better guna kapas muka. Hehehe. Selesai, tepuk2 sikit muka. Rasa macam best pulak. Hehhee..

Sebelum aku beli yang botol besar, aku beli botol kecik (trial). Comel je botol nya. Kalau terus beli botol besar, tak serasi dah membazir & rugi pulak. Bila aku dah pakai, rasa macam okey je sebab takde pulak tumbuh jerawat lepas pakai tue yang beli yang besar.

Secret Key Starting Treatment Essence
trial pack (10ml) - RM12 not inlude postage

Aku beli daripada MIMO MOMI. Sis nie baik plus comel pulak tue. Sis MIMO MOMI nie pon pakai Secret Key Starting Treatment Essence tau?? Cantik je kulit dia, geram!! Hehee..

Nie beli untuk adik aku!! Siap dapat free gift mask ag. TQ Sis ^_^
Secret Key Starting Treatment Essence
RM69 tak termasuk postage
Satu botol besar (155ml) boleh tahan 5-6 bulan bergantung kepada pemakaian. So, dapat laa berjimat kan?? Nak lagi best pakai sama dengan Secret Key Light Shine Brightening Ampoule. Lagi gempak!! Nanti, aku nak try pulak.

Empunya belog nak selfie ^_^
p/s: Untuk product review nie, ikhlas daripada aku sendiri & pengalaman aku menggunakan product serta tak dibayar oleh mana-mana pihak.

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, July 8, 2014

Iftar di Padang MPK, Pahang

♥ Assalammualaikum 

Hai, semua !!! Ahad lepas masa hantar adik aku ke ICAM, Pekan. Kitaorang satu family berbuka di Padang MPK, Pahang. Kat sana terdapat banyak bazaar. So, terpulang la samada korang nak beli kat bazaar dan berbuka di padang MPK ataupun korang tapau makanan daripada rumah.

Family aku tapau makanan daripada rumah. Ibu dah siap masak nasi & masukkan dalam bekas. Untuk lauk, ayah yang masak. Ayah masak daging masak kicap. Ramai jugak yang berbuka di sana. Rasa seronok pulak, sebab kita berbuka ramai-ramai. Padang MPK tue bersebelahan dengan masjid. So, mudah laa untuk kita dengar azan Maghrib ^_^.

Suasana di Padang MPK semasa menunggu
waktu berbuka - 6/7/2014

Aku takde amek banyak gambar pon, sebab rasa penat sangat perjalanan daripada Sri Damansara - Kuantan. Sebelum sampai ke padang MPK, kitaorang hantar barang adik aku di hostel ye dulu. Pekan, Pahang tu aku rasa macam jauh ke dalam sungguh. Jauh!! T_T. Ikutkan malas nak pergi, sebab ayah kata nak berbuka kat Padang MPK tue yang aku ikut jugak tu. Hehehe. Nasib seronok.

Lepas berbuka, aku dengan adik merayau-rayau kat bazaar sebab dia nak cari makanan untuk sahur nanti. Masa kitaorang dok pusing-pusing de abang nie panggil aku ingatkan nak ape, rupanya dia nak bagi bihun sup sebab jualan dia tak habis de sikit lagi so dia sedekah laa kat orang yang lalu kat depan gerai & kebetulan aku dengan adik yang lalu. Terima kasih abang!!! ^_^

Lastly, adik aku beli kebab ayam je sebab aku beli kebab ayam. Mula-mula kata nak murtabak pastu tak jadi pulak. Aku beli ayam goreng yang potong-potong tu, aku tak tau namanya tahu makan je. Haha.. 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Monday, July 7, 2014

REVIEW - K-Colly Sweet 17 Collagen

♥ Assalammualaikum 

Hai, semua!! Seperti yang sedia maklum sebelum nie, aku consume Dian'z Vitamin C & E. Nie aku saja pulak nak try K-Colly Sweet 17 yang semakin meletop-letop nie. Hasilnya, memang tak mengecewakan. No wonder laa Fatiya Latiff a.k.a Ariana Rose tue obses sangat dengan K-Colly nie. Hehe. Jom kita kenal-kenal dengan product K-Colly Sweet 17 Collagen nie. Kalau tak kenal, maka tak cinta laa kan.. Jom!!


Product K-Colly Sweet 17 kini makin dikenali sebagai supplement yang mampu memperbaiki dalaman dan kecantikan kulit luaran seseorang wanita. Penggunaan skincare yang bagus sahaja tidak mencukupi kerana tanpa kesihatan yang baik, ia akan merencatkan penampilan dan mengurangi keserian wajah individu terbabit. Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang, minum cukup air, elakkan masalah yang boleh menyebabkan tekanan/stress serta mendapatkan rehat/masa tidur yang berkualiti adalah asas untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.




ANTARA KEHEBATAN K-COLLY SWEET 17 COLLAGEN 1,000,000MG
  • Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari
  • Membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
  • Memulihkan kulit yg tidak anjal, kendur dan kering
  • Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata
  • Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
  • Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
  • Memberikan tenaga sebenar yg cergas sepanjang hari
  • Baik untuk ibu-ibu yg hamil atau menyusukan anak
  • Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
  • Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
  • Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
  • Memperbaiki struktur bahagian bibir yg kering dan merekah
  • Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
  • Mengurangkan kesan rekahan di bahagian tumit/telapak kaki
  • Mengecilkan pori2 kulit kesan drpd kerosakan kulit
  • Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
  • Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja
  • Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi
CARA PENGAMBILAN:
Just ambil 1-2 scoop sehari masukkan ke dalam mulut secara perlahan-lahan. Biar 3-5 saat, serbuk itu akan cair dengan enzim air liur dan lebih cepat meresap ke dalam salur darah berbanding dengan cara meminum dengan air. Makan sejam sebelum sarapan dan tidur. Mudah je kan??


Okey, sekarang testimoni daripada aku sendiri pulak ^_^
Dah nak dekat sebulan dah aku consume KColly. Memang dapat rasa keberkesanannya. Rasa pun sedap. Rasa macam buah anggur pun de, masam-masam manis sebab banyak stem cell & extract berry dalam product nie. Sebab tue rasa macam gula-gula. Sweet sangat!! ^_^. Bila bangun tido pagi-pagi pulak, kulit muka dah kurang berminyak, masa tue baru consume 4 hari. Cerah tue, aku tak perasan pulak, tapi parut jerawat dah semakin pudar. Itu sangat bagus. Lagipun, aku baru tukar product skincare. Sekarang aku pakai Secret Key Starting Treatment Essence. Product nie pon best jugak & from Korea. Kombinasi yang hebat bukan? Hehehe.. Nanti aku review pasal product Secret Key Starting Treatment Essence pulak ok? Kepada mereka yang allergi seafood macam aku, pun boleh consume this product. Takde masalah. 1 jar pulak leh tahan 2 bulan tapi bergantung pada penggunaan korang laa.. ^_^ Kan dapat berjimat tue, bila 1 jar boleh tahan 2 bulan.. My mom pon consume KColly. Kelaaasssss!! Hehehe ^_^


Kalau korang nak beli, boleh beli dengan Sis Dina untuk yang tinggal di area Bandar Sri Damansara/KL or Wan Nurbazilah Sabihah untuk area Kuala Terengganu. Pastikan korang semua beli yang original okey? Sekarang nie K-Colly dah buat packaging baru taw.. Comel sangat!!






Dari segi harga pulak, harga market online RM100-RM130 & harga pasaran luar pula, RM130-RM169. Mengikut daripada yang aku wat simple survey laa. ^_^

Selepas 4 hari consume K-Colly - no filter
Ini panduan untuk consume time bulan puasa ^_^
p/s: Untuk product review nie, ikhlas daripada aku sendiri & pengalaman aku menggunakan product serta tak dibayar oleh mana-mana pihak. 

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^