Nuffnang Ads

Wednesday, December 11, 2013

REVIEW PRODUCT - Bedak Tanaka Myanmmar

Hi, Assalammualaikum..

Disebabkan aku tak boleh nak tido lagi, so aku nak buat review pasal bedak Tanaka sebabnya baru seminggu aku pakai bedak ni setiap malam tanpa skip dan aku pon baru je lepas tempek bedak Tanaka nie kat muka aku hehhee.. Sambil menaip nie, harum je bau bedak Tanaka nie. Rasanya sudah ramai yang buat review pasal bedak Tanaka especially bila Nora Danish jual semua seller nak jual bedak Tanaka Myanmar nie disebabkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.Yang aku pelik tue, ada seller yang jual sampai RM40-RM45. Bagi aku, sangat-sangat lah mahal. Pernah juga nak try, tapi masih ragu-ragu dengan keberkesanannya. Masa tue, jerawat aku sangat laa teruk disebabkan aku tersalah ambil supplement dan aku alergik dengan supplement tersebut. Tapi, takde laa teruk sangat bagi orang yang mukanya bermasalah mungkin biasa, tapi bagi aku sangat teruk sebab muka aku tak pernah naik jerawat sebanyak itu.. huhuu T_T.

Sehinggalah suatu hari tue, aku pergi ke rumah cousin aku di Puchong dan ibu aku menegur muka anak cousin aku nie. Muka dia dah kurang jerawatnya dan ibu aku tanya dia pakai apa. Bukan apa, muka adik aku pun jerawatnya teruk jugak laa..
Nampak tak yang timbul-timbul kat muka dia?
Jerawat dia besar-besar.. T_T
So, cousin aku pun cakap laa yang anak dia pakai bedak Tanaka Myanmar. Keesokan harinya, time my mom tengah masak tengahari, dia tanya aku bedak Tanaka tue yang mana? Aku pun cerita laa bedak tu camne siap mintak Incik Google tolong search kan gambar lagi nak tunjuk kat my mom.. Thanks Incik Google.. hehee =D. Pastu my mom suruh beli satu untuk bagi adik pakai. Aku beli dengan MIMO MOMI. Sis nie jual RM15 (110g) tak include postage. Aku amek bau lemon yang botolnya warna hijau tue.Baunya sangat wangi.

Rose - Pink
Jasmine - Putih
Lemon - Hijau
Original - Cream
Bedak Tanaka nie, diperbuat daripada sumber alam semulajadi iaitu kayu Tanaka (sandalwood tree) yang berkesan untuk:
    - Kecutkan jerawat
    - Haluskan kulit
    - Cerahkan kulit
    - Hilangkan jeragat
    - Lembutkan kulit 
    - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
    - Pelindung cahaya matahari
    - Selesaikan masalah kulit bukan sahaja kulit muka tapi boleh digunakan di badan juga
    - Boleh dijadikan bedak sejuk dan juga foundation

Cara nak pakai:
  • Untuk dijadikan foundation just sapukan bedak Tanaka rata-rata ke muka guna tangan ataupun span muka.
  • Untuk dijadikan bedak sejuk, just basahkan tangan atau campurkan bedak Tanaka dengan jari dan sapukan ke muka. Lepas 30 minit boleh lah cuci ataupun pakai sepanjang malam. Time pakai leh bercakap sebab ia bukan macam masker yang akan buat kulit muka kita berkedut.


Bedak Tanaka Myanmar nie semua jenis kulit boleh pakai samada kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Daripada pengalaman aku pakai bedak Tanaka nie, ia dapat mengecutkan jerawat aku. Sekarang nie, jerawat adik aku pun dah berkurang. Masa baru beli ada juga aku pakai, tapi tak tertib. Sebab masa tue mungkin nak period, muka aku tumbuh jerawat. So, aku stop. Bila aku tengok adik aku pakai and nampak perubahan pada muka dia, aku decide nak pakai non-stop. Nak pakai setiap malam dan nak tengok perubahan. Perubahan yang ketara aku nampak, kulit muka aku sudah kurang berminyak, jerawat juga cepat kecut. Tapi, untuk kecerahan muka, aku tak nampak pulak. Tambah-tambah adik aku tu, aku tengok sama je macam tue kulit dia. Takde pulak makin cerah. Hahaa =D. 

Selepas pakai bedak Tanaka Myanmar

So, rate yang aku leh bagi bedak Tanaka ni 4/5.

Sekian.






Terima kasih sudi baca my entry ^_^  xoxo

Tuesday, December 10, 2013

Telekung Magic NZR

Hai & Assalammualaikum..

Sebenarnya, dah lama dah nak review pasal telekung nie tapi takde masa laa nak taip. Huhuu, busy mengalahkan PM.. hehee..

Haritu, aku ada beli satu telekung nie dari senior aku jugak masa aku study kat Poli PD. Cuma dia amek kursus lain. Dia jual telekung. Material telekung ni, kain lycra (I think so..hahaa). So, kain dia jenis yang berat dan takde la terbang-terbang cam telekung kita yang biasa tue.Yang best nya, telekung yang aku beli ni boleh buat cam tudung bagi mereka yang bertudung labuh dan kain dia boleh buat cam skirt. Bila masuk waktu solat je, leh terus amek wuduk dan solat. Tak payah nak bawak beg telekung ke ape. Mudah kan??
Macam Heliza pakai ni
Cara-cara menggayakan Telekung Magic NZR
Pastu, telekung ni de banyak color tau.? Lebih kurang dalam 80 jenis warna. Semua cantik-cantik warnanya.. Rambang mata dibuatnya. Huhuuu T_T. Aku pernah gak survey telekung jenis lycra nie. Kebanyakan seller jual mahal iaitu RM100 keatas. Senior aku nie jual murah dari seller yang pernah aku survey. Masa aku beli hari tu, time promotion. Dia jual RM90 include postage. Aku pun grab laa. Lagipun telekung aku pun dah lusuh sangat. Dah lama, tak pernah berganti-ganti. So, aku beli laa. 

First aku pakai, memang selesa sebab tak panas. Masa tu, baru try lom bawak solat lagi. Bagi aku, telekung nie memang selesa dan aku tak perlu risau lagi kalau kain terlondeh ke atau telekung terbang-terbang bila kena angin kipas dan paling penting aku tak rasa panas time aku tengah solat even kain jenis lycra ni macam tebal pada aku.. huhuu T_T.

Aku ingat nak beli kat my mom. Tapi, takde duit lagi laa. Tunggu de duit lebih, aku belikan. Hehee.. Gaji tak besar mcm tu laa.. Ibu sabar sat naa, t along beli k??! Hehee.. 
Ini color yang aku pilih - Purple 
Color yang my mom nak - Ungu Ribena
Ada banyak lagi color. Kalau nak beli, boleh pegi kat FB Nurul Zahidah Rosji. Dengar-dengar sis Nurul Zahidah Rosji buat promotion lagi, RM90 free postage. Kalau beli banyak-banyak boleh dapat harga RM80/pc. Pe lagi?? Grab laa.. Ajak akak,adik, ibu sekali. Beli sekali je dapat lagi murah..

Sekian.


Nak jugak letak gambar sendiri.. hahaa




Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


Monday, December 9, 2013

REVIEW PRODUCT - Mascara Maybelline Rocket

Assalammualaikum.

Hari ni, aku nak share pasal mascara Maybelline Rocket. Dari mula keluar kat market lagi, aku nak beli tapi ada aje halangannya. Huhu.. T_T. So, dapat je gaji bulan lepas tanpa berfikir banyak aku beli juga. Hahaa.. Akhirnya, aku dapat!! Sebelum beli aku de jugak laa usha-usha review mascara ni. ramai yang kata best. So,bertambah-tambah excited laa aku nie kan.. hahaa..  =D


Aku memang suka mascara dari Maybelline. Pada aku, senang nak apply and dia cepat kering. Tak macam mascara-mascara lain yang pernah aku try. Ada yang lambat kering dan mencomotkan sekeliling mata.. Huhuu.. Tak suka toii. Akan terjadi bila nak cepat.. Habis comot sebab tak kering lagi  T_T .

Aku beli dekat Watson berdekatan rumah aku. Haruslah beli kat Watson sebab aku nie loyal customer Watson.. hehee. Masa aku beli tue, ada offer. Hmm apa lagi dengan excited & bongkak ye.. Aku terus grab tanpa melihat abg syg yang pandang aku cam pelik je. De haku kesah?! Janji aku dapat.. Hahaa.. Teruk nya laa bakal bini dia.. Hahaa, nasib laa.

Bila dah puas memborong barang kat Watson, baru teringat nak balik.. Hahaa. Excited sangat tak sabar nak tunggu esoknya nak try pkai time g keje nanti.

Bila aku try je, first kua dari mulut aku "Wow!".. Sebabnya: 1. Senang nak apply & cepat kering. 2. Aku rasa bulu mata jadi panjang dan lentik walaupun baru sekali apply. Wah, bertambah suka laa aku. My mom pun cakap benda yang sama.. Kantoii pakai mascara aku without told me. Takpe, kami memang camtue. Dah pakai baru bagitau.. Hahaa =D.
Nampak tak perbezaannya? Ke aku sorang je yang terperasan
nampak perbezaannya T_T 
Mascara Maybelline Rocket ni jugak senang nak cuci. So tak payah laa nak kena berjam-jam duk bersihkan cam sesetengah mascara. Dah cuci pakai makeup remover pon still de sia-sia nya.


Rate aku leh bagi 5/5 sebab memang best.

^_^



















Terima kasih sebab sudi baca my entry ^_^ xoxo


Saturday, November 16, 2013

Pengantin Al-Quran

Assalammualaikum.. 

Alhamdulillah, semalam seorang kawan sewaktu di sekolah telah selamat diijabkabulkan. Bila pulak giliran aku ye?? Hehee.. Beliau diijabkabulkan secara live dalam rancangan Halaqah TV9 yang bertajuk "Pengantin Al-Quran". Kalau korang nak tengok, pada yang tak tengok malam tadi, boleh la pegi kat TONTON untuk tengok. Ya Allah, aku pulak yang rasa berdebar masa beliau nak diijabkabulkan malam tadi.. Hehee.. Tak tahu laa nanti camane berdebar-debar nya aku sewaktu abg syg nak lafazkan akad. Mihmihmih..

Okey, so far.. Daripada penerangan ustaz2 dalam rancangan Halaqah tu terangkan mengenai "Pengantin Al-Quran", yang aku faham secara overall adalah pasangan yang menjadikan al-Quran sebagai rujukan, peneman, nota dan yang seangkatan dengannya dalam menjalani kehidupan dalam rumahtangga. Ini yang aku faham laa. Aku nie, kalau bab faham memang slow sikit. Mungkin ada yang lebih faham dengan mendalam jika ada yang tengok rancangan ini daripada aku yang slow ni.. Hehee.. T_T

Okey laa.. Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Shahriman Ng dan pasangan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan memperolehi anak-anak yang soleh & solehah.. Amin~ InsyaAllah.. ^_^

p/s: Aku pulak yang rasa tak sabar nak kahwin.. mihmihmih

Gambar Hiasan

Thursday, October 31, 2013

Macam Tak Adil Pulak

Hi, ^_^

Sebenarnya, aku ni macam nak luahkan perasaan benarnya. Tapi tak tahu nak cerita pada siapa. Sebab ini isu yang agak sensitif. Okey, aku start cerita. Tempat aku kerja nie kan kawasan perumahan (apartment), sepanjang orang duduk kat sini surau area sini tak pernah dimeriahkan. Ada orang datang solat semua, tapi cuma tak semeriahkan surau kat area rumah aku laa senang cerita. Suraunya kecik je. Perumahan ini dah berusia lebih kurang 12 tahun kalau tak silap aku. Area ni pulak, kebanyakan penduduknya adalah Cina. Tiba2 tahun ini, ada pulak yang nak memeriahkan surau ni dengan azan, kelas mengaji pada waktu malam. Yang boleh jadi kecohnya, diaorang nie a.k.a orang surau ni pergi pasang speaker kat surau ni tanpa minta kebenaran daripada pihak Ahli Jawatankuasa perumahan. So, terjadi la kekecohan sementara dan kami pihak Pengurusan terpaksa meminta pihak surau menurunkan kembali speaker tersebut & memberitahu agar mengikut prosedur jika nak letak speaker. Bila pihak surau dah bagi surat mengatakan nak letak speaker semua, pihak Pengurusan pun forward laa kepada Ahli Jawatankuasa. Keputusan yang diberi adalah Ahli Jawatankuasa sebulat suara tidak membenarkan memasang speaker di surau tersebut atas alasan mengganggu. Aku yang dalam meeting, terpikir "mengganggu apa kebende ye?". Pihak surau juga seperti aku, tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi oleh Ahli Jawatankuasa. Majoriti Ahli Jawatankuasa bukan Islam.Untuk memuaskan hati semua pihak, pihak Pengurusan mencadangkan agar satu kaji selidik dijalankan dan aku memang tahu keputusan kaji selidik itu adalah negative tapi apa yang aku boleh buat. Aku kena bersifat neutral, tidak boleh memilih mana-mana pihak even aku tak setuju sekali pon.

Okey, kaji selidik dijalankan selama 2 minggu. Yang aku rasa cam tak puas hati nya adalah, penduduk sanggup datang bertanyakan mengenai borang kaji selidik selepas pihak Pengurusan menampal notis di setiap blok. Kebanyakan yang bertanya itu adalah Cina sebab majoriti penduduk sini adalah Cina. Aku terpikir, masa AGM diadakan Ogos lalu, takde sorang pun yang datang submit borang yang pihak Pengurusan hantar kepada setiap penduduk di sini. Semua macam buat BODOH je!! Bila kes macam ni, tak payah hantar, mereka sendiri datang opis minta nak isi. Siap marah2 lagi, bila tak dapat isi form sebab dia tak layak.

Satu lagi yang bagi aku tak leh blaa adalah bila seorang owner apartment kat sini, call aku bertanyakan mengenai perkara ini. Siap mintak aku fax form tu, takot tak sempat kalau pihak kami pos. Ya Allah, macam tu sekali mereka yang bukan Islam tak nak bagi kita memeriahkan rumah Allah. Aku rasa macam sedih sangat, padahal aku duduk di negara yang agama rasminya adalah ISLAM. Masa nak AGM hari tu takde pulak telefon cakap, "saya mau fax borang yang u orang antar kasi I itu hari untuk AGM". Satu pun takde bagi, semua bagi time AGM. Hish!! Sakit je hati.. 

Kenapa orang kita (Melayu) tak nampak tu semua? Kenapa nak ikut telunjuk diaorang? Tak nampak ke perkara macam ni sebolehnya diaorang tak kasi? Contoh kat kampung opah aku. Tokong sebesar-besar alam!! Padahal perkampungan Melayu, macam mana orang Melayu leh bagi kebenaran untuk diarang buat tokong kat situ. Dah tu, tak tahu hormat langsung, waktu Maghrib ke Isyak ke, memekak2 dengan lagu diaorang tah pape tu. Tak pulak orang kita pertikaikan bising. Padahal memekak sampai berjam2 sampai ke Subuh. Baru nak azan tak sampai 10 minit, dah kata mengganggu.

Hish! Tak puas hati toii laa.. 

Tuesday, October 8, 2013

STEP 1 - Kursus Kahwin (Masjid At-Taqwa, TTDI)

♥ Assalammualaikum ..

Hi, lama betoi dah xupdate belog. Hihii, busy sgt2. Kononnya laa. Padahal, pemalas nak bukak. kihkihkih. Ok, last week aku g kursus kahwin. Nak kahwin kena pegi kursus dulu, baru la pasni leh kawen. Hahaa. Aku amek kursus kat TTDI je. Dekat sikit dengan rumah aku, lagi pon ramai yg kata kat sana best. Memang betul kata diaorang, memang BEST !! Xmengantok pon. Actually, aku nie bukannya boleh dengar ceramah2 nie, confirm tido laa aku cakap. Sepanjang aku kursus tue, memang best. Tipu la kalau aku kata xde rasa mengantok kan. Tapi, penceramah tue sangat bagos aku cakap ko.. Sebab nya aku cakap dia bagos? Sebab, kalau kitaorang cam dah x layan ceramah dia, dia pandai hidupkan suasana tue balik. Kira nya, dari ko nak terpejam mata nak tido, terus xjadi nak tido. Aku de jugak la search tenet2 sebelum aku daftar tu, feedback ramai kata kat sana best. Kebetulan kawan aku si Hanim tue pon dulu kursus sana. Dah kawen dah pon dia. Hehee..

Kalo nak daftar senang je. Leh g website diaorang KURSUS KAHWIN (klik). Korang leyh daftar secara online atau pon call je Kak Ana, nanti Kak Ana akan minta details korang. Senang kan? Kursus tu 2 hari je pon. Sabtu (2pm-7pm) & Ahad (8.30am-6.00pm). Makan & minum disediakan. Yuran baru RM80.00. Aku pegi ngan abg syg aku. Patot ye, aku pegi bulan lepas, tapi dia aasyik busy je memanjang sampai kne cancelled our kursus. BIla aku marah2 sebab aku terpaksa cancel kan our kursus, dia jawab "keje kuat sebab nak kumpul duit kawen". Sabar je laa aku dengar. Tapi toii laa tue.. Hihiii.

Sabtu aritu aku amek cuti, so boleh laa kitaorang g jejalan kejap sementara nak g kursus. Sebab kena sampai san, pukul 1 tengahari. Nak dijadikan cerita, aku ngan abg syg aku boleh xjumpa KFC kat TTDI tue. Geram betoii laa. Last ye, kitaorang lunch kat PizzaHut je. Hihii.. suka aku, bab mmg aku nak makan Pizza, abg syg sibuk nak KFC.

Okeyh laa, nak buat keje. Bubye, semoga jumpa di entry seterusnya =)

p/s: Gambar untuk comel kan entry hehe ^_^








Sekian, TQ for reading..

Sunday, March 24, 2013

Finally !!

Assalamualaikum and Hi everyone..

Hari ni aku nak share mengenai Hari Jubah aku. Haha.. Finally !! I'm a graduate.. Syukur Alhamdulillah.. Segala pengorbanan, penat lelah selama 3 tahun membuahkan hasil yang amat membanggakan even aku tak dapat pingat 'Anugerah Ketua Jabatan' & 'Anugerah Pengarah'. Huhuuu.. Mana nak dapat nya, kalau malas nak involve dalam pape event.. hahha.. Memang malas pun, tido je tau time study dulu. Aku konvo di Politeknik Port Dickson. Konvokesyen yang ke-22. Sama dengan umur aku laa.. hahha.

Masa raptai ni =)
Untuk Jabatan Perdagangan, konvokesyen nya berlangsung pada 21 March 2013 (Khamis). So, pagi Rabu aku dah gerak dari KL ke PD disebabkan pukul 2 petang nanti aku ada raptai. Hehe, masa dalam kereta sangat excited untuk ke PD. Baru setahun tinggalkan PD tue, rindu nya kat pantai tue Tuhan je yang tahu.. Haha,.suka sangat pantai. Pada hari Khamis, pagi2 lagi dah bangun sebab 7.30 pagi aku sudah kena berada di poli dan dijangkakan akan berakhir pada pukul 11.30pagi macam tu. Okeyh, jom cuci mata... =)

Keluar hotel untuk ke poli
On the way ke poli
Masa beratur untuk masuk ke dalam dewan.
Bersama ex-roomates
Berpeluh-peluh menunggu nak masuk dewan. Lama sangat..
Haish !
Student Jabatan Perdagangan 2012
Sempat lagi pandang camera & senyum even tengah serabut panas.. hehe
Saya dah berada dalam dewan ..
Nervous..
Tunggu giliran nak amek gambar
My parents
My Family
Ini semua untuk mereka =) 
With HIM <3 always love you
Sekian.. TQ for reading =)


















Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^