Nuffnang Ads

Tuesday, February 11, 2014

LOVE - Majlis Merisik

Assalammualaikum & hai semua..

Lama tak update blog. Bukan apa, busy sikit dengan kerja. Untuk entry kali ini, aku nak share pasal majlis merisik aku dengan Mr. A. Majlis merisik kami buat secara kecil-kecilan sahaja iaitu antara family sahaja. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah. Pada 07.02.2014 (Jumaat) I'm officially booked by Mr. A. Hahaa. Lom dapat sepenuhnya lagi, cuma sudah book. So, kepada mereka yang nak try tue, sorry laa saya dah de yang booked... (bajet hot laa pulak!! T_T). So, kepada Mr. A, kamu tidak perlu risau lagi jika terdengar khabar angin mengatakan ada yang mahu masuk minang titew ok?? (ayat gedix) hahha.. #abaikan..

Majlis merisik kami berlangsung selepas solat Jumaat. Pihak lelaki sampai rumah aku dalam pukul 4 camtu. Sebab ada yang sesat sampai ke The Curve, Mutiara Damansara T_T.. Tue yang lambat sikit tu, sebab Mr. A kata semalamnya tu pukul 3 petang. Punya laa nervous.. Tapi, bila adik aku masuk bilik bawak camera, keje kitaorg dok bergambar je. Lupa yang de orang kat luar tu datang nak merisik aku.. Hahaa. Aku dengar-dengar jugak diaorang kat depan tue dok ketawa-ketawa pe tah aku pun taktau. Pastu, pakcik aku datang bilik aku, suruh aku keluar nak sarung cincin katanya. Aku pun, keluar dengan muka selamber je laa. Hihii. Tapi, bila sampai depan, tengok semua orang pandang, adoii.. Malu nya.. Siap suruh amek gambar semua. Rasa cam artis kejap.. Haha perasan. Lama gak laa sesi bergambar. Lepas sesi bergambar, baru makan-makan sambil borak-borak then pihak lelaki pun minta diri nak balik. Sebab nak g ziarah mama tiri Mr. A yang baru balik dari umrah. Mama dia tak dapat datang sekali sebab dia baru sampai. Tak pe laa.. Penat kan, biar rehat. Aku pun follow jugak pegi rumah mama Mr. A, tunjuk muka kan?? Jangan nanti kata sombong, tak nak kenal-kenal. Lepas tue, aku dan Mr. A bergerak pergi ke taman di Manjalara. Photoshoot kat sana. Photoshoot laa sangat. Saja laa gedix2 kan nk simpan sebagai kenangan kami. Yang jadi photographer tak berbayar kami adalah tak lain tak bukan haruslah adik aku kan?? hahaha.. Selepas selesai semuanya, kami pun balik sebab masing-masing dah lapar & Mr. A ngan adik aku sibuk sangat nak tengok Naruto deme tu.. Menyampah toii aku.. Aku tak layan mesti laa menyampah, ye dak?? Hikhikhik..

Juadah Minum Petang untuk pihak lelaki.
p/s: kek tu aku buat k?? hikhik ^_^

Makan Time ^_^

Sempat lagi bakal adik ipar aku nie wat peace, senyum
pandang camera. Nie mesti camhore cam aku jugak ni.. haha

Makan ^_^

Selepas penat bergambar, marilah kita menjamu selera

Rajin pakcik aku (baju merah) tolong isikan bihun goreng
dalam pinggan tetamu =)

Jemput-jemput makan =) hikhikhik

Makan sambil Berborak

Makan-makan Time

Nie semua cousins Mr. A

Semua ibu yang masak, aku buat kek je.. Hehehe.. Pemalas kan?


Ok laa, nie antara gambar-gambar yang diambil pada hari merisik tue. Tapi ramai yang kata aku bertunang bila aku upload pictures nie kat FB. Layan je laa...
Semasa menunggu ketibaan pihak lelaki
Tokma Mr. A nak sarungkan cincin
Smile =)
With pihak lelaki & my parents


Pinky


With My Brother

Berdebar-debar menunggu


Senyum tak perlu kata apa-apa

Me & Him

We & My Cousin (Ain)

Me & Tokma

Outdoor 1

Outdoor 2

Outdoor 3

Outdoor 4

Outdoor 5

Outdoor 6

Outdoor 7
Outdoor 8

Outdoor 9 - Ini semua poyo !! Hahaa
Sekian untuk entry kali ini.

Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


2 comments:

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^