Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Sebab Jerawat Tumbuh & Kenapa

♥ Assalammualaikum 


KENAPA JERAWAT TUMBUH DI ...DAHI, DAGU, HIDUNG atau PIPI?
1)Jerawat di bahagian Dagu
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

2)Jerawat di bahagian dahi
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .

3)Jerawat di bahagian hidung
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.

4)Jerawat di bahagian pipi 
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.

5)Jerawat di bahagian belakang badan dan depan
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sumber : zarenaheeney.blogspot.comIncik Google


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, October 28, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

♥ Assalammualaikum 


Hai korang. Aku rasa sekarang nie tengah fenomena jeruk mangga asam boi. Buka je Facebook ke Instagram ke ramai yg dok share pic jeruk mangga asam boi nie.. Bukan main, naik kecur ayaq liuq (air liur) aku tengok pic deme tu. Aku nie dah laa hantu asam2 nie.. Xyah tunggu ibu pregnant, aku yg tengok kat screen komputer tu rasa mcm nk masuk je dlm screen nak amek jeruk tu.. xtahan habaq kat korang semua.
Mangga muda
Nak di jadikan cerita, semalam aku telah pon membuat jeruk mangga asam boi nie sebab dah tak tahan tengok deme dok post pic jeruk nie.. hehee.. Boleh pulak Ahad aritu abg sayang aku nie boleh g kait semua mangga muda kat pokok. Ayah aku cakap lain, dia g paham yang lain. Ayah mintak dia petik buah mangga de sebiji tu dh buruk. Takut berjangkit dengan mangga yg lain. Datang abg sayang aku nie pegi cantas satu gugus mangga tu. Dapat laa 5biji mangga muda kesemuanya. Mangga nie, kalau tak tua, tak lalu nak makan sebab masam yang amat. Aku yg hantu asam nie pon tak mampu nak makan sebab terlalu masam. Nasib laa masa ibu ku kopek semalam macam isi nya dah kuning2 sikit walaupon muda. Tapi belum berlemak ag kata orang kampung aku. Kalau tengah berlemak tu laa yg sedap mencicah. Alaa, macam kuning2 cm tu isinya. Tapi bukan masak okey?? So, ibu pon simpan kan sebiji utk anak data dia nie dok sibuk nak try buat jeruk mangga asam boi. Aku pon beli asam boi dan buat. Nie, aku share resepi nya. Senang je..

Masukkan semua bahan 

Bahan-bahan yang korang perlu:
1. Mangga (potong ikut suka korang)
2. Cili api (potong & ikut korang nak pedas ke tak. Kalau nak pedas lebihkan laa cili)
3. Gula (agak2 je, aku bubuh dalam 3 sudu je)

Cara buat pulak, korang just campurkan semua bahan & gaul2 kasi sekata. Then, korang masukkan dalam tupperware, simpan dalam peti sejuk dalam 4- 5 jam camtu. Pastu, dah boleh makan.. Simple kan. Lepas tue dah boleh makan..

Bila dah siap gaul
Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^