Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Sebab Jerawat Tumbuh & Kenapa

♥ Assalammualaikum 


KENAPA JERAWAT TUMBUH DI ...DAHI, DAGU, HIDUNG atau PIPI?
1)Jerawat di bahagian Dagu
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

2)Jerawat di bahagian dahi
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .

3)Jerawat di bahagian hidung
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.

4)Jerawat di bahagian pipi 
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.

5)Jerawat di bahagian belakang badan dan depan
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sumber : zarenaheeney.blogspot.comIncik Google


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^