Nuffnang Ads

Tuesday, November 3, 2015

REVIEW - Kapsul Mutiara Nona Sweet & Beauty

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang !!!


Hari ni, Nieza nak share satu produk yang berasaskan serbuk mutiara. Serbuk mutiara selalu digunakan di dalam produk kecantikan kerana kebaikan serbuk mutiara itu sendiri. Nieza pon consume, tapi baru sebulan dah nampak kesan. Sebelum ni Nieza ada consume supplement jugak, tapi kapsul mutiara ni kan consume setiap minggu jadi tiada masalah untuk Nieza nak consume. Memang nampak perubahannya. Makin berseri uolls.. hahaha perasan kejap. Meh nak cerita sikit pasal Kapsul Mutiara by Nona Sweet & Beauty ni..



Serbuk mutiara digunakan secara meluas dalam penyediaan perubatan tradisional Cina, kesihatan & pemakanan serta alatan kecantikan. Diaplikasikan secara luaran & diambil secara dalaman bagi mengekalkan kesihatan & kemudaan. Itulah rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas dengan menggunakan serbuk mutiara untuk kecantikan kulit & wajahnya. Rahsia formula serbuk mutiara telah diwarisi dari generasi ke generasi oleh doktor istana. 

ANTARA KEBAIKAN KAPSUL MUTIARA
(100% mutiara asli yg diimport dari Jepun)
  • Mudah diserap oleh tubuh badan
  • Sesuai dimakan oleh lelaki & wanita, kanak-kanak & bayi
  • Sesuai dimakan oleh ibu mengandung & menyusukan bayi
  • mengandungi kandungan kalsium yang baik untuk menguatkan tulang, meransang pertumbuhan tulang baru & meningkatkan kepadatan tulang
  • Menyingkirkan bahan toksin yang tak diperlukan oleh tubuh badan
  • Merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kulit kusam serta memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan liang roma
  • Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks
  • Menguatkan kuku kaki & tangan
CARA PENGAMBILAN
  • Makan sebelum tidur
  • Hanya perlu diambil 1biji seminggu sekali sahaja 
TESTIMONI

Ini lah owner Kapsul Mutiara by Nona Sweet & Beauty
Friendly orangnya, Sis Dina
Antara testimoni yang berjaya mengatasi masalah mereka :)








Selain Kapsul Mutiara, Nona Sweet & Beauty juga ada mengeluarkan Pearl Lotion UV, JUMANIES Pearl Plus untuk kesihatan dalaman, Pearl Active Serum serta yang terbaru Milky Pearl Scrub Extra Body Whitening. 

Bukan setakat muka je cerah okey, satu badan cerah
(takde laa nanti kua bunyik cam iklan D'Herbs - muka putih tangan hitam)
Kapsul Mutiara (5 biji) - RM65
Kapsul Mutiara (10 biji) - RM120
p/s: Ibu Nieza dah consume banyak dah. Nampak mata ibu kurang lebam :)

More information please contact:
FACEBOOK - Nona Sweet & Beauty

Toodles :)


Monday, November 2, 2015

Cinta Monyet hingga ke Jinjang Pelamin

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Korang mesti pernah bercinta monyet masa sekolah, time study di Uni dulu kan?? Orang tua-tua selalu kata cinta monyet nie tak ke mana.. Ye lah, cinta masa budak-budak. Tengok kengkawan couple, kita pon nak couple jugak laa.. (eh, aku ke tue..hahha). Standard laa zaman muda-mudi dulu. Nak merasa jugak laa berkasih sayang dengan orang yang bukan dari ahli keluarga kita.. Ceh, ayat kau macam tak cukup kasih sayang dari family laa plak.. HUHUHUU..

Malam semalam, masa dating dengan pakwe halal aku boleh pulak kitaorang bersembang pasal kekawan sekolah yang dulu nye cinta monyet sekang sudah ada yang bertunang, yang dah kawen pon ade jugak.. Termasuk lah dengan aku. Aku dulu pon bercinta monyet jugak time sekolah dulu ngan pakwe halal aku tue.. Alhamdulillah, cinta monyet kitaorang dah menjadi cinta until Jannah.. InsyaAllah, amin. Kami selamat diijabkabulkan pada 09.01.2015 bersaksikan ahli keluarga & saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Satu je aku pegang masa aku bercinta monyet dulu, tak perlu laa serious sangat. Nama lagi cinta monyet. Kang kot kecundang di pertengahan jalan tak ke frust tertonggeng-tonggeng aku. So, aku beranggapan cinta monyet nie cam partners like best friend laaa. Yang aku akan share my problems, suka duka aku. Walaupun aku nie boleh dikatakan manja, anak ibu ayah sebab pape hal akan rujuk kepada mereka terlebih dahulu. But, at the sometimes we need someone yang sebaya kita untuk share our problems. Sebab kadang-kadang orang yang lebih tua daripada kita nie diaorang nya life membesar kan tak sama ngan kita. So, kekadang mereka tak faham even mereka yang makan garam lebih dari kita & lebih banyak pengalaman dari kita. Examples, my parents tak pernah futher study sampai ke peringkat Diploma. So, mereka tak tau mana mana kita nak survive time study dulu. Diaorang takde pengalaman tue, that's why we need partner to share our problems.

Tapi, alhamdulillah.. Cinta monyet aku sampai ke jinjang pelamin. Pakwe halal aku tue laa best friend forever aku, musuh aku, abang aku, sahabat aku masa susah senang & time aku gelak cam pontianak, time aku nangis sedu2. I love u, hubby.
Our Big Day 


So, cinta monyet nie tak laa bawak keburukan sangat kan? Sebab orang tua-tua kan suka cakap cinta itu buta. Pada aku, cinta tak pernah buta. Orang yang bercinta itu yang buta. Kekadang sampai sanggup buat yang bukan-bukan, sanggup gadaikan maruah diri & tinggal family

Aku takde laa pulak menggalakkan bebudak bawah umur untuk bercinta monyet. Seeloknya tumpukan perhatian kepada study sudah laa. Tapi kalau dah terlajak CINTA MONYET, nak wat camane kan? Teruskan je r.. Tapi jangan laa over sangat sayangnya sampai ketepikan family. Itu tidak BAGUS!! 

Ok laa, saja je nak share yang aku dulu pon bercinta monyet. Hehee, kiranya cinta monyet aku berjaya laa kan?? Hahaha.. 

Belanja satu lagi gambar

P/s: Kalau korang pon ada story cam aku, share laa jugak di ruangan komen.



Toodles :)



Thursday, October 22, 2015

Jejalan & Makan - The Gorpis @Kopi.XOXO

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!

Korang mesti suka makan goreng pisang cheese kan. Aku nak suggest kan korang try goreng pisang cheese The Gorpis. Aku yang tak suka pisang goreng cheese pon jadi suka.. Sebab pisang goreng cheese The Gorpis memang THORBAEK aku habaq kat hang.. 1st time aku makan, rasa macam makan pisang goreng cicah coklat. Time tue husband aku order flavor coklat. Sedapnya rasa macam cicah goreng pisang dengan coklat plak..



The Gorpis nie ada empat cawangan tau.. Jangan main-main, siap de cawangan lagi.. hehe.. So, korang boleh laa cari The Gorpis yang berdekatan dengan korang. Diaorang nie ada bukak di Kota Damansara, Bangsar, Desa Sri Hartamas & Setapak. Meh aku share alamat/landmark stall diaorang kasi senang sikit korang nak cari :) 

!!! CHECK IT OUT !!!

BANGSAR @KOPI.XOXO
No.3, Jalan Riong, @rumoda.bangsar
dibelakang Petronas Jalan Maarof

HARTAMAS @theh.hartamas
Bersebelahan SHELL atau dibelakang Burger King

KOTA DAMANSARA
Stall di Persiaran Mahogani, bersebelahan Tune Hotel Sunsuria.
Landmark The Strand Encorp Mall/ Sunway Giza

SETAPAK
Stall diantara Columbia Asia Hosp atau NZ Curry House di Jalan Genting Klang

Korang try laa.. memang berbaloi. Dah masuk Jalan-jalan Cari Makan, TV3 tue dah pon.

Jalan-jalan Cari Makan di KOPI.XOXO
Aku kalau pergi kafe Kopi.XOXO, aku suka order EL PLATO. Ada lima flavor. Original cheese, chocolate, white chocolate, strawbery & blueberry. Aku paling suka chocolate & white chocolate. Ibu aku yang tak suka cheese tue pon suka makan goreng pisang cheese The Gorpis ni. Tak terasa sangat cheese tue katanya. Paling ibu suka gorpis white chocolate. 

EL PLATO
Kalau kat cafe KOPI.XOXO takde banyak sangat flavor. Flavor terhad. Tapi, hari tu aku pergi Kota Damansara, ada banyak flavor tapi El Plato takde sebab kat Kota Damansara take away saja. Kat Kota Damansara ada flavor Caramel, Butterscotch. Sedapnya 
Okey laa, lagi aku cerita pasal The Gorpis nie makin tak sabar pulak nak pegi makan. Kang habis basah pulak laptop aku dok meleleh air liuq aku nie haahaa.. Tak sabar ye nak g makan GORPIS :)

Sebelum aku terlupa, ini waktu operasi diaorang.

More information, korang boleh laa click bawah ni:
INSTAGRAMThe Gorpis


Toodles :)



Wednesday, October 21, 2015

REVIEW - CollyBerry Candy & CollyBerry Complexion (Miracle-Active Serum)

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!


Korang pernah dengar Colly Berry Candy tak? El or Ungku Ismail Aziz pon consume tau. Almy Nadia pun consume jugak.. Patut laa handsome & cantik diaorang nie. Rupanya consume Colly Berry Candy. Ramai juga artis Malaysia yang consume Colly Berry Candy nie. Ramai juga blogger yang dh try CollyBerry Candy nie. Antaranya Namee Roslan, Yuyu Zulaikha, Ieda Mansor dll. Diaorg nie dh r cantik, consume plak CollyBerry Candy nie makin cun melecun r :)


Jom putih berseri dengan gula-gula milky strawberry ^_^ 

CollyBerry Candy ternyata & terbukti dapat menjaga kecantikan luar & dalam, kulit cerah berseri & putih kemerah-merahan seawal 7 hari.

Aku dah 3 botol dah consume Colly Berry Candy. Dah laa sedap, berkesan pulak tue.. Sekarang ditambah pula dengan ekstrak Sakura. Lagi meletup laaa.. Hehehe.. Bulan lepas, aku try Serum dia.. Nama serumnya CollyBerry Complexion (Miracle-Active Serum). Bagus untuk mereka yg mempunyai kulit yg sensitif. So far, aku pakai yang aku suka, parut cepat pudar.


ANTARA KHASIAT COLLYBERRY CANDY WHITENING & GLOWING MARINE COLLAGEN with sakura extract

1. MARINE COLLAGEN
  • Mengekalkan keanjalan kulit 
  • Mengurangkan kedutan 
  • Menguatkan otot & sendi
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Menguatkan tulang, rambut serta kuku
2. VITAMIN C
  • Mencerahkan kulit
  • Melembutkan kulit
3. GRAPE SEED EXTRACT 
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat anti-oksidannya
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit & membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel saluran darah 
  • Memperbaiki kulit dari dalam
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan pembentukkan kolestrol
4. SAKURA EXTRACT
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan dan ani-peradangan hingga sangat baik dijadikan untuk perawatan kulit
  • Memiliki kandungan vitamin yang tinggi yang sangat baik untuk kulit
  • Terdapat kandungan jojoba oil yang dapat mengangkat sel kulit mati, sehingga mampu mengembalikan warna putih dan cerah pada kulit
  • Mmulihkan, melembapkan kulit serta mengatasi wajah kusam
5. RASBERRY EXTRACT
  • Membakar lemak
  • Memperlambatkan proses pencernaan sehingga kita akan merasa kenyang lebih lama
  • Menyembuhkan kerosakan hati
  • Menjaga tekanan gula dalam darah
  • menjadikan kulit kelihatan tegang
6. APPLE STEM CELL
  • Melambatkan proses penuaan
  • Bertindak mencantikkan kulit
  • Kandungan vitamin C yang tinggi menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Menjadikan kulit lebih lembut,tegang dan sihat dari dalam
7. HONEY (MADU)
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan
  • Membersih dan menambah darah
  • Membekalkan tenagayang diperlukan oleh badang dengan cepat
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
Lagi info CollyBerry Candy:
  • 30 biji tablet kunyah berperisa milky strawberry
  • Diambil sebelum sarapan atau sebelum tidur
  • 1 atau 2 biji sehari
  • Digalakkan minum air putih yang banyak sepanjang pemgambilan
  • Tiada kesan sampingan yang berbahaya
  • Sesuai untuk 12 tahun keatas, lelaki & perempuan, wanita mengandung, ibu yang menyusu bayi dan mereka yang ada alahan (marine collagen dari ikan laut yang sesuai untuk merka yang ada alahan)
  • Keberkesanan dapat dilihat seawal 7 hari


COLLYBERRY COMPLEXION (MIRACLE-ACTIVE SERUM)


Antara kebaikan penggunaa Miracle-Active Serum
  • Memutihkan kulit
  • Merawat tona kulit tidak sekata
  • Mengurangkan keradangan kulit
  • Menghilangkan jerawat pasir
  • Mencegah/memulih pertumbuhan jerawat besar
  • Melembut dan melembapkan kulit 
  • Mnghilangkan parut
  • Merawat kulit berminyak
Lagi INFO:
  • 15ml magical serum  untuk disapu pada muka atau kawasan yang bermasalah
  • Digunakan selepas cuci muka setiap hari atau sebelum tidur (kalau sebelum tidur, esok tu confirm eyebag hilang)
  • Tiada kesan sampinagn yang berbahaya
  • Sesuai untuk 12 tahun keatas, lelaki & perempuan
  • Keberkesanan dapat dilihat seawal 7 hari.

TESTIMONI







p/s: Korang jangan risau ye, CollyBerry berdaftar dengan KKM ye :)


PRICE

********************************************************

Sekarang ni, CollyBerry Candy tengah buat contest DUBSMASH challenge untuk mencari #collyberrytalent. Setiap pembelian CollyBerry Candy/ Collyberry Complexion Serum, korang akan dapat satu tiket ye. Kalau korang beli combo, korang akan dapat 2 tiket. Cuba laa, mana tau rezeki korang boleh menang. Hadiah agak menawan hati jugak :) SELAMAT MENCUBA!!



LANGKAH DAN SYARAT PENYERTAAN
.
1) Penyertaan bermula 1 Sept 2015 sehingga 1 Mac 2016 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, lelaki dan perempuan berumur 12 tahun keatas. 
2) Anda perlu mempunyai akaun instagram yang tidak ‘private’ dan WAJIB ‘follow’ akaun instagram @zkcreative @collyberrycandy @collyberrycomplexion dan @collyberrycare [Nota: (tidak wajib) sila ‘turn on notifications’ untukmendapat update daripada kami]
3) Tiket penyertaan boleh didapati dalam mana-mana produk Collyberry™ (Collyberry Candy/Collyberry Complexion)
4) SATU TIKET penyertaan adalah SAH untuk SATU VIDEO dubsmash sahaja.
5) Video dubsmash anda hendaklah berdurasi 15 saat.
6) Bilangan peserta di dalam satu video dubsmash tidak dihadkan tetapi HANYA pemilik akaun instagram tersebut sahaja yang layak mendaftar sebagai peserta.
Nota: Hanya video pertama setiap tiket yang dimuat naik akan didaftarkan sebagai peserta. (Sekiranya video anda dikongsi oleh ‘follower’ yang lain atau anda mempunyai lebih daripada satu akaun)
7) Video dubsmash anda boleh berbentuk lakonan, tarian, peragaan, nyanyian, tiru gaya, lawak jenaka, mimik muka dan sebagainya serta hendaklah kreatif dan menarik supaya dapat menarik perhatian para juri.
8) Sebarang unsur perkauman, keagamaan, politik, penindasan atau lucah adalah tidak dibenarkan. Sekiranya berlaku, penyertaan tersebut akan terbatal.
9) Bagi setiap penyertaan (setiap video) WAJIB mempamerkan produk yang dibeli dan tiket penyertaan. Peserta yang gagal mempamerkan tiket dan produk akan dibatalkan penyertaannya.
10) Anda dibenarkan memuat naik video yg sama (1tiket) seberapa kerap yang anda suka. TETAPI, untuk setiap video yg berlainan, WAJIB mendapatkan tiket yang berlainan. (Rujuk No.3 & 4)
11) WAJIB letak hashtag #collyberrytalent#dubsmashchallenge
12) Pihak penganjur berhak menukar terma dan syarat pada bila- bila masa tanpa notis.
.
JOM MENANG TUNAI RM5000 DAN BERLAKON DALAM IKLAN KOMERSIAL COLLYBERRYCANDY DAN DRAMA TERBITAN ZK CREATIVE PRODUCTION SDN BHD. .


For more information, please click:
FACEBOOK: CollyBerry Candy
INSTAGRAM: @collyberrycandy
WHATSAPP: 011-1694 0226 (BELLA)

Toodles :)






Monday, October 19, 2015

Bad Habits! Yang susah nak tinggal

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Setelah lama menghilangkan diri ini, tetiba hari ni aku de idea nak cerita pasal bad habits. Disebabkan selalu kena bebel ngan ibu aku walaupun dah jadi bini orang, tetap kena bebel =.="

Korang de bad habits yang susah nak buang tak?! Aku rasa laa kan, setiap orang mesti ada bad habits yang kadang-kadang sampai orang sekeliling pon tak suka.. Toii tak?? Dan paling tak suka, bad habits sangat susah nak buang dari diri kita.. Walaupun kita sudah cuba.. 

Satu. Letak barang merata-rata. Ini sangat laa tak elok okey?! Aku tak tau laa kenapa & aku akan lupa kat mana barang tersebut aku letak. Contohnya, barang yang terdekat dengan ialah handphone & wallet. Aku memang suka letak merata kat dalam rumah. Bila nak guna mula laa kecoh satu rumah aku cari.. Nasib kat rumah orang tak buat perangai camtue. Wallet kan de duit & IC semua. Kalau hilang camane. Macam tue jugak handphone

Dua. Suka langgar barang. Aku sangat laa suka langgar barang contoh macam rak tv, meja, ampaian towel. Ibu aku cakap, kerja aku kasar macam jantan. Iye ke? Adik aku yang sememangnya jantan tue, elok je tak langgar rak tv yang bapak besar kat depan tu. Kenapa mesti aku yang terlanggar?? Kadang tue, sampai tak tau langgar apa, tau-tau dah lebam or sakit je kat tangan ke kaki ke.. Sendu pulak rasa. Walaupun, aku sudah try untuk berhati-hati tetap akan langgar jugak T_T

Tiga. Masuk hypermarket/supermarket. Perkara wajib bila masuk hypermarket/supermarket ialah tawaf satu hypermarket/supermarket tu. Walaupun tujuan utama aku nak beli gula satu peket je. Selalu kena bebel dengan husband aku sebab aku suka tawaf satu hypermarket/supermarket. Aku rasa, kalau aku tak tawaf macam tak lengkap pulak pergi beli barang nanti.. Hahaha.

Empat. Suka membazir. Aku suka membazir dari segi shopping baju laa pe lagi. Aku de beli 2-3 dresses.. tapi tak pakai lagi. Hahaha.. Bila nak keluar akan bising kat husband cakap baju takde. padahal dalam almari dah penuh dah dengan baju. Perempuan, biasalah tue. Sebenarnya membazir sangat rasa. tapi mudah sangat tergoda kalau ada sales-sales nie. Please, jangan buat jualan murah.

Lima. Bantal busuk. Kemana pergi bercuti or balik kampung harus ada bantal busuk ok. So nie dikategorikan sebagai bad habit tak? Habit yang nie aku rasa paling susah sangat aku nak buang sebab memang dari kecik lagi ada bantal busuk. tapi, serius tau kalau takde bantal busuk aku susah nak tido. bagi laa bantal pe pon, aku rasa bantal busuk aku laa yang paling best. Nama je bantal busuk tapi tak busuk ok.. 

Untuk masa sekarang, nie je yang aku ingat. Nanti kalau aku ingat, aku tambah lagi. Korang pon cerita laa bad habit korang yang susah korang nak tinggalkan di ruang komen.


Toodles :) 

Tuesday, March 24, 2015

Model VS Me

♥ Assalammualaikum 

Hai korang.. Pernah tak korang rasa, "Eh, kenapa artis/model dalam tv/magazines ke mesti cantik-cantik?". Nape aku tak cantik?? Selalu tak pikir macam tue? Pastu kena pulak husband/pakwe korang puji model/artis dalam tv/magazine tu kata cantik.. Mesti cam menyirap je dengar diaorang puji-puji artis/model tue.. Then, kita sebagai perempuan mula akan pikir macam mana nak jadi cantik, macam mana macam mana... Aku pernah rasa tue hehehe.. 

Salah satu kenapa perempuan rasa macam tue, adalah kerana perempuan nie kurang keyakinan. Hari-hari tengok tv, majalah tengok artis/model. Semua aku akan nampak cantiknya, putihnya, flawlessnya kulit muka model/artis nie. Mula laa down sebab terasa diri ini sungguh huduh T_T. Padahal apa yang kita tengok dalam tv, magazine tu semua makeup trick je.. Takde laa pulak aku kata model/artis tue huduh, cumanya dah kena makeup & cahaya lampu, camera semua, tu yang nampak berseri-seri tue..

Apabila aku yang bukan celebrity ini berdiri di depan cermin, terasa sungguh huduh. Bibir & pipi pucat, rambut serabai, hidung kembang semangkuk, mata tak tertarik menarik, kening serabut,. Sebab apa, bukan nak g mana pon. Dok umah je terutama fulltime housewife. Nak kemas rumah laa, nk masak dan sebagainya. Kang pakai makeup semua habis cair je.. Mesti akan pikir macam tue punya. Haish, mesti akan jeles punya laa tengok artis/model dalam tv/majalah. 

Kalau korang pernah rasa macam tue, tipu laa kalau aku kata aku tak pernah rasa macam yang korang rasa. Tapi, sejak masuk belajar dah mula pandai bermain dengan makeup tools & YouTube, blog pon banyak membantu. Itu laa benefitnya bila kita guna teknologi dengan cara yang betoii hehehe.. 

Bibir pucat, boleh calit lipstick. Tak pun boleh apply lipbalm berwarna macam LipIce Sheer Color.

Mata pulak, boleh apply eyeliner, mascara, contact lens.

Dark circle bawah mata boleh apply concealer untuk samarkan dark circle

Rambut mengerbang, boleh blow pakai hair dryer supaya nampak lebih volume or pakai straighter untuk nampak lurus ataupun curler untuk buat rambut kerinting yg vogue.

Kening serabut boleh bagi kemas, kalau jenis yang sikit boleh lukis kasi tebal.

Hidung penyek leh guna kaedah shading & highlight supaya hidung nampak mancung.

Pipi kusam, boleh apply blusher supaya nampak segar berseri.

Kalau nak tau, artis/model pon cam kita jugak kalau tak makeup.

Meh, kasi cuci mata sikit......






See??!!!! Betapa powernya kuasa makeup. Even kalau aku calit bedak compact, lipstick sikit kat bibir, apply mascara pon dah nampak cam sweet je.. 

Tapi kalau tak mekap?? Haa, macam Hantu Kak Limah laa jawabnya...


Actually, kita semua cantik & natural beauty. Ciptaan Allah semua cantik-cantik belaka. Nak tau, amek gambar pas bangun tido. Tue laa natural beauty, bukannya dah makeup baru nak kata natural beauty..

So, takde sebab untuk kita orang perempuan rasa diri kita huduh.. Cumanya, kita kadang kurang pendedahan dengan tips & tricks makeup saja....

Meh nak belanja muka dah mekap ngan mak andam ^_^



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^