Nuffnang Ads

Tuesday, March 24, 2015

Model VS Me

♥ Assalammualaikum 

Hai korang.. Pernah tak korang rasa, "Eh, kenapa artis/model dalam tv/magazines ke mesti cantik-cantik?". Nape aku tak cantik?? Selalu tak pikir macam tue? Pastu kena pulak husband/pakwe korang puji model/artis dalam tv/magazine tu kata cantik.. Mesti cam menyirap je dengar diaorang puji-puji artis/model tue.. Then, kita sebagai perempuan mula akan pikir macam mana nak jadi cantik, macam mana macam mana... Aku pernah rasa tue hehehe.. 

Salah satu kenapa perempuan rasa macam tue, adalah kerana perempuan nie kurang keyakinan. Hari-hari tengok tv, majalah tengok artis/model. Semua aku akan nampak cantiknya, putihnya, flawlessnya kulit muka model/artis nie. Mula laa down sebab terasa diri ini sungguh huduh T_T. Padahal apa yang kita tengok dalam tv, magazine tu semua makeup trick je.. Takde laa pulak aku kata model/artis tue huduh, cumanya dah kena makeup & cahaya lampu, camera semua, tu yang nampak berseri-seri tue..

Apabila aku yang bukan celebrity ini berdiri di depan cermin, terasa sungguh huduh. Bibir & pipi pucat, rambut serabai, hidung kembang semangkuk, mata tak tertarik menarik, kening serabut,. Sebab apa, bukan nak g mana pon. Dok umah je terutama fulltime housewife. Nak kemas rumah laa, nk masak dan sebagainya. Kang pakai makeup semua habis cair je.. Mesti akan pikir macam tue punya. Haish, mesti akan jeles punya laa tengok artis/model dalam tv/majalah. 

Kalau korang pernah rasa macam tue, tipu laa kalau aku kata aku tak pernah rasa macam yang korang rasa. Tapi, sejak masuk belajar dah mula pandai bermain dengan makeup tools & YouTube, blog pon banyak membantu. Itu laa benefitnya bila kita guna teknologi dengan cara yang betoii hehehe.. 

Bibir pucat, boleh calit lipstick. Tak pun boleh apply lipbalm berwarna macam LipIce Sheer Color.

Mata pulak, boleh apply eyeliner, mascara, contact lens.

Dark circle bawah mata boleh apply concealer untuk samarkan dark circle

Rambut mengerbang, boleh blow pakai hair dryer supaya nampak lebih volume or pakai straighter untuk nampak lurus ataupun curler untuk buat rambut kerinting yg vogue.

Kening serabut boleh bagi kemas, kalau jenis yang sikit boleh lukis kasi tebal.

Hidung penyek leh guna kaedah shading & highlight supaya hidung nampak mancung.

Pipi kusam, boleh apply blusher supaya nampak segar berseri.

Kalau nak tau, artis/model pon cam kita jugak kalau tak makeup.

Meh, kasi cuci mata sikit......






See??!!!! Betapa powernya kuasa makeup. Even kalau aku calit bedak compact, lipstick sikit kat bibir, apply mascara pon dah nampak cam sweet je.. 

Tapi kalau tak mekap?? Haa, macam Hantu Kak Limah laa jawabnya...


Actually, kita semua cantik & natural beauty. Ciptaan Allah semua cantik-cantik belaka. Nak tau, amek gambar pas bangun tido. Tue laa natural beauty, bukannya dah makeup baru nak kata natural beauty..

So, takde sebab untuk kita orang perempuan rasa diri kita huduh.. Cumanya, kita kadang kurang pendedahan dengan tips & tricks makeup saja....

Meh nak belanja muka dah mekap ngan mak andam ^_^



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^