Nuffnang Ads

Monday, March 23, 2015

Online Shopping

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!


Korang suka tak dengan online shopping? Aku tau mesti ramai yang suka kan?? Dan ramai jugak yang tak berapa percaya dengan online shopping nie. Mungkin sebab takut kena tipu atau kita takut benda yang kita beli tue nanti tak sama dengan barang yang kita tengok semasa nak buat pembelian. Mesti akan rasa macam tu punya laa, kan? Especially, yang first time shopping secara online. Pada aku, setiap jual beli mesti ada risiko nye, toi tak? Kalau kita beli kat mall pon kadang terkena jugak. Pilih punya pilih baju, lastly ada jugak tercomot or terkoyak nya. Sebesar kuman je pon.  T_T

Aku suka online shopping even kadang aku tak beli pon tapi just window shopping. Bila sales nanti aku beli laa. Hehehe. Seronok sebenarnya online shopping nie sebabnya aku boleh tengok pelbagai barang dalam satu masa. Kan ke jimat masa aku. Hehehe. Lagi pun, sekarang memang dah jadi trend pon beli secara online dengan keadaan rakyat Malaysia yang sibuk dengan kerja serta susah nak dapat kan parking apabila time weekend kalo pergi Mall. T_T

Trend shopping online melalui Facebook, Instagram memang banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ada juga web-web shopping online. Tapi, aku lebih selesa shopping di Facebook & Instagram sebab aku boleh chat terus dengan seller untuk tanya kan mengenai product/ servis dia. Kalau kat web pon boleh tanya, tapi leceh sikit. Ada yang ikut office hour & ada juga kita kena email untuk bertanya. Macam ambil masa pulak T_T

Jom kita lihat kebaikan & keburukan online shopping ^_^

KEBAIKAN ONLINE SHOPPING

1. Menjimatkan masa
Macam yang aku cakap tadi, jimat masa tak yah nak hadap traffic jame, nak cari parking lagi. Kalau de sales, tak payah aku nak Q pepanjang nak bayar. Click2 je dah masuk bakul a.k.a trolley.

2. Lebih relax & tenang
Mana tak relax nya, suka hati korang laa nak hadap laptop/pc or handphone berjam-jam pon. Takde sape yang akan marah. Nak belek barang tue berapa lama pon takde orang kesah.

3. Harga lebih murah & berbaloi
Sepanjang aku shopping online nie, harga yang aku tengok lebih murah berbanding di pasaran luar. Mungkin di luar sebab dia kira tapak sewa, bil utiliti semua. Kalau beli online nie, just bayar untuk caj penghantaran saja. Kalau beli banyak-banyak, dapat pulak seller yang baik dia kasi free postage.

4. Baru bangun tido pon boleh
Kalau shopping online, tak yah nak bersiap-siap cam nak g mall. Pakai baju tido, bedak sejuk tebal kat muka pon boleh shopping. Sebab shopping online kebanyakannya 24 jam.

5. Testimoni produk
Kalau beli online, kita boleh baca testimoni-testimoni sesuatu produk. Contoh, keberkesanannya seperti product kecantikan. Kita boleh membuat keputusan sebelum beli.

6. Hadiah/ Voucher/Point
Siapa kata pergi ke kedai je dapat hadiah/voucher/point semua.. Beli secara online pon dapat laa. Sesetengah seller ada menawarkan promosi seperti itu.

7. Mudah dapat product yang sukar di dapati di pasaran luar
Sesetengah produk susah untuk kita dapat di pasaran luar sana & terdapat juga yang tiruan.

8. Shopping secara privacy
Beli secara online nie tak sape kenal kita & orang tak tau pon yang barang kita beli tu di mana. Especially, kalau seseorang itu seorang yang dikenali umum. Kalau pergi mall, confirm kena serbu ngan peminat punya.

9. Faktor keselamatan
Sekarang kan banyak kes ragut, penyeluk saku dll. Kalau beli secara online, kita tak yah keluar rumah pon. Click2 & buat payment. Pastu tunggu laa abang posmen hantar barang kita. ^_^

10. Boleh tawar-menawar
Kebanyakan beli secara online ni kita boleh tawar-menawar kalau beli banyak. Kalau pergi mall, mana boleh tawar-menawar.

KEBURUKAN ONLINE SHOPPING

1. Risiko kena tipu
Disebabkan kita tak kenal seller, risiko untuk kena tipu sangatlah tinggi. Kalau boleh, sebelum membuat pembelian secara online, survey terlebih dahulu feedback customer-customer seller tersebut.

2. Tak boleh sentuh / Rasa
Kita tak leh nak pegang material produk yang kita nak beli. Contohnya, baju/seluar. Kita juga tak boleh rasa kalau ingin membeli produk seperti makanan.

3. Kabur dengan kualiti product/ warna
Kita tengok dalam web/Facebook/Instagram nampak macam product tue berkualiti tapi terbalik pula bila barang tersebut sampai ke kita. Macam tu jugak dengan color. Tengok dalam picture lain tapi bila sampai kat kita warna lain dari gambar. Mungkin sebab pencahayaan time amek gambar.

4. Barang lewat sampai
Kemungkinan barang akan sampai lewat mungkin disebabkan pihak pengeposan de masalah macam lori rosak ke, hujan terlalu lebat dll.

5. Kos Penghantaran
Aku pernah terjumpa satu seller nie, beli baju 3-4 helai dia akan caj lebih mahal berbanding 1-2 helai. Paham, makin berat parcel makin mahal caj yang dikenakan. Tapi nie baju, tak berat sangat. Lain laa kalau seluar.

6. Tidak pasti saiz
Ini kalau beli baju/seluar secara online. Susah nak agak saiz. andai kata kita badan size L. Sekali beli baju size L, tapi tak muat. Sebab cutting baju tersebut kecil. Dah rugi, tak leh pakai kena pass kat orang lain T_T

TIPS-TIPS ONLINE SHOPPING

1. Mesti yakin & berani menanggung risiko

2. Minta no. telefon, alamat seller. Kalau boleh mintak sekali no. IC.. hahaha

3. Survey feedback customer seller. Kalau feedback positif, boleh teruskan niat korang nak membeli. Kalau sebaliknya, baik tak payah!!

4.Lepas buat payments, pastikan minta no tracking daripada seller untuk simpanan kita.

Okeylah!! Hopefully ini dapat membantu korang-korang yang tak berapa yakin nak beli melalui online. So far, aku beli online takde masalah lagi laa.. Cuma kadang parcel lambat pos sebab stock takde.. Tapi takpe :)

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


2 comments:

  1. Selalu beli online. Sebab senang dan mudah. Klik2 je nanti parcel terus sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoii tue sis..xyah susah nak hadap jame, carik parking semua kan..

      Delete

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^