Nuffnang Ads

Wednesday, April 16, 2014

AIR oh AIR

Assalammualaikum & hai semua..

Macam yang kita tahu, SYABAS tengah mencatu air kepada semua penduduk negeri Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya. Penatnya laa aku rasa. Dua hari ada air, dua hari akan datang takde air. Rumah aku dah kena catu nak dekat sebulan lebih dah. Bila ada air rasa seronok, bila takde air stress je rasa especially my mom laa. Huhuuu. Nak masak, cuci kain susah bila takde air.

Masa nie baru laa rasa macam menghargai air sungguh bila ada air dua hari je. Kalau tak selama ini, selamba je bazir-bazir air. Cuci kereta lagi laa suka membazir air. Nak sabun-sabun kereta air tak tutup. Aku punya kerja laa tu T_T. Sekarang baru laa, menyesal buat macam tue..
Gambar Hiasan
Kesian kat ibu, bila takde air. Asyik angkut air dari luar bawak masuk umah. Bukan sikit, berbaldi-baldi pulak tu. Nak tolong, kita kerja. Lepas balik kerja boleh laa tolong. Bila laa nak habis catuan air ni. hari tu, aku dengar jiran sebelah rumah aku kata, catuan air akan sambung sampai raya nanti. Biar toii??! Tak syok laa raya kalau macam nie. T_T. Time puasa nanti mana larat nak angkat air T_T. Mau jatuh tergolek. Time tak puasa pun, tergolek aku jatuh letih angkut air punya pasal.
Luka, jatuh sebab penat + ngantok T_T



Cepat laa habis catuan air.. Tak larat dah.. huhuu. Tapi kenapa rumah bos aku tak kena?? Tak adil betul laa SYABAS nie. Buat catuan biar laa semua kena tak kira rakyat biasa mahupun VVIP. Biar sama-sama rasa.. Tak puas hati & dengki bila rumah orang lain de je air T_T.

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Saturday, April 12, 2014

POWERBANK - Kehendak or Keperluan

Assalammualaikum dan hai semua.

Hari ini aku nak share pasal powerbank. Ada yang tak tau ke ape itu POWERBANK? Powerbank ini macam charger bergerak (portable). Korang boleh cas handphone korang kat mana-mana dan tak perlu cari suis untuk charge handphone korang.

Sebelum ini, macam tak ambil port sangat pasal powerbank ni. Ayah memang ada satu. Kalau cam battery habis dalam kereta nak cas, mintak je powerbank dengan ayah. Sebab masa tu, pakai BB Curve dan Nokia E5 je. So, tak kesah sebab kalau battery BB habis, de Nokia kalau untuk call or sebagai backup. Tapi, sejak aku tukar Lenovo A850 handphone murah je, macam memerlukan pulak. Mana tak ye, bergambar laa, Instagram, Facebook, WeChat bila keluar rumah. Dalam kereta je dah berapa gambar dah ambil, belum sampai destinasi yang dituju lagi. Hehee.. Tu semua mencepatkan baterry handphone aku habis. Tengah syok-syok WeChat, tetiba kua warning bagitau battery nak habis. Kalau kua dengan ayah takpe laa, minta je ayah powerbank, pinjam. Kalau kua dengan Mr.A? Mana pulak nak ada powerbank ye. So, aku decide untuk beli powerbank. Bukan apa, battery handphone aku nie cam berpakat pulak, bila nak habis dua-dua handphone aku battery dah merah. Tak ke sakit je hati aku.. T_T.

Dulu aku rasa powerbank ni macam kehendak, tengok orang beli kita pun nak beli jugak. Macam beli baju ikut fashion.  Tapi, bila dah terjadi kat aku battery dua-dua handphone kong terasa macam keperluan pulak. Aku suggest pada mereka yang suka berfacebook, Instagram, WeChat, suka ambil gambar macam aku, perlu ada satu powerbank especially untuk time kecemasan. Selalunya, time urgent laa battery handphone habis T_T.

Lama jugak laa aku survey harga powerbank ini. Ada yang jual murah dan ada jugak jual murah. Aku takut terbeli yang tak original. Bahaya, silap-silap handphone boleh meletup time tengah cas. Hangus pulak handphone aku T_T. Aku pulak mencari powerbank yang 10,000mah keatas. Boleh laa cas 2-3 kali. 

Aku beli powerbank dengan Power Bank Malaysia Wholesale. Kena pulak macam yang aku cari. Powerbank yang aku beli dari Power Bank Malaysia Wholesale nie 15,000mah. Boleh cas dua handphone pada masa yang sama. So, grab je laa. Aku pun dah lama jugak survey powerbank yg diaorang nie jual. Feedback dari customer semua okey.

Aku beli dua, untuk Mr.A sekali sebab bulan nie birthday dia. Dia tu kan kuat main game kat handphone ye, memanjang battery handphone ye kong. Dengan adanya powerbank ni, senang sikit nak mesej tambah pulak kalau dia masuk site. Kalau battery dah kong time dia kerja especially time kat site, aku tak leh nak ber'BBM' or WeChat sebab dia takut battery habis, nanti orang nak contact dia tak dapat. Konon ye nak saving battery laa T_T. Aku harap pasni, dia tak yah risau lagi pasal battery handphone dia. So, nak bagi dia powerbank sebagai hadiah birthday dia.. hehe.  Sorry sayang, tomey awak nie gaji nya ciput, so takde duit nak beli hadiah memahal untuk awak..

Finally..
Ini Powerbank aku - gold color brand Pineng
(15,000mah)
Powerbank Pineng Brand - Silver & Gold


ORANG YANG WAJIB BELI POWERBANK
  • Orang yang selalu pergi melancong ke sana ke mari
  • Orang yang kerap menggunakan handphone untuk mengambil gambar dan mengedit gambar. Macam aku T_T. Dua aktiviti ni memang kebiasaannya memakan bateri yang sangat banyak.
  • Orang yang selalu gunakan Whatsapp, Instagram, Facebook, Wechat, Keek, Line, Viber ke whatever.
  • Orang yang selalu lupa charge telefon dan banyak pakai handphone.
  • Kaki game yang kerap bermain game apabila bosan macam Mr.A

So, kepada sesiapa nak beli or masih tercari-cari powerbank boleh laa beli dengan  Power Bank Malaysia Wholesale. Serius, puas hati. Mr.A pun tersengih je dapat powerbank dia. Dok cium-cium masa dapat.. Husband-to-be sape laa tue..T_T. Redha je la..

Model powerbank Pineng - Mr. A


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Friday, April 11, 2014

Yang Mana Satu Erk?

 Assalammualaikum and hai semua..

Sebagai anak, kekasih mana yang patut kita dahulukan? Our parents or our boyfriend/girlfriend?

Pada aku, lebih baik kita dahulukan our parents first baru orang lain. Bukan apa, apa-apa masalah kita akan pergi kepada parents kita jugak akhirnya. Biarpun seseorang lelaki/perempuan itu telah berkahwin, apabila berlaku sesuatu dalam relationship, kita akan minta nasihat our parents jugak akhir especially perempuan bila kena cerai dengan husband, last nya balik rumah parents jugak. Parents jugak yang kita akan cari. Lelaki mesti akan cakap, syurga isteri di telapak kaki suami. Iye, betol laa tue aku tak kata pulak salah tapi tak bermakna kami, orang perempuan dah kahwin kena abaikan our parents yang selama ini menjaga, mendidik kami. Korang yang lelaki kena laa paham. Macam tue juga lelaki. Syurga korang bawah telapak kaki ibu. Jangan sayang isteri, ibu korang abaikan. Korang bertanggungjawab menjaga parents, isteri serta anak-anak korang. Jadi, kena laa balance dan tanggungjawab korang lagi besar.

Bagi mereka yang dah kahwin terutama perempuan mungkin boleh utamakan suami anda baru parents tapi bagi yang bujang, yang baru couple macam mana pula? Hadiah birthday pakwe/makwe boleh belikan, mahal pulak tue branded gitue tapi bila birthday parents wish sahaja. Apa salahnya belikan laa parents kita hadiah jugak. Tak payah mahal-mahal pun takpe. Cukuplah sekadar buat simple surprise party, hadiah yang simple walaupun tak mahal, branded tapi parents kita suka. Pastinya parents kita happy. Takde laa nanti dia terkecik hati ngan kita, utk pakwe/makwe kita boeh belikan macam-macam tapi untuk mereka macam susah sangat. Padahal parents kita tak pernah pun berkira pun ngan kita. Dari kita kecik sampai laa kita berjaya, tue semua dorang yang tanggung, belanja kat kita. Kalau kira, tak mampu kita nak bayar. huhuuu T_T
My Mom's Birthday - 10.10.12 (gambar lama)
My Mom's Birthday - 10.10.12 (gambar lama)
Hadiah Birthday Mr.A (10.04.14) - hadiah murah je
Mr. A - hope u love it ^_^ (10.04.14)
p/s: Sayangi parents kita macamana diaorang sayang kita. Tanpa dorang, siapalah kita di muka Bumi ni. I  both ^_^

Next entry aku cerita pasal powerbank pulak, okey?

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo







Fitnah, Kutuk Belakang - Ada Perbezaan Ke?

Assalammualaikum dan selamat malam semua..

Mungkin memang dah jadi lumrah kot manusia di dunia nie suka mengutuk atau membuat fitnah kat orang. Aku takde laa kata yang aku nie baik, tak pernah kutuk orang kadang kita mengutuk tanpa kita sedari. Memfitnah, rasa ye tak pernah lagi. Memfitnah tue, sama macam kita membunuh orang. Kutuk orang pernah laa heheh.. Baju dia color merah seluar dia color kuning. Dah cam Bangla dah aku tengok.. hehehe. Tue kutuk laa kan?? 

Aku sangat lah tak berpuas hati jika ada orang kutuk-kutuk belakang pasal aku. Memang laa kita tak dapat nak wat ape, tak kan nk g tembak pulak orang yang kutuk kita tu kan? Cuma, kalau rasa tak puas hati dengan someone tu, pergi je laa kutuk dia depan-depan.  Contohnya si A tidak puas hati dengan si B. Jadi si A telah pergi berjumpa dengan si B kutuk dia depan-depan.

A: Aku tak suka ko sebab hidung ko kembang, ko pendek, suka bajet lawa dan blaa blaa blaa.
B: =.="

Jangan la bila depan orang yang ko nak kutuk tu, bukan main baik lagi tapi bila belakang dia kau laa yang paling kaw-kaw kutuk dia. depan nampak baik, belakang.. Tuhan je yang tahu. Contohnya, Si A tak suka si B dan mengutuk si B di depan C.

A: Aku tak suka laa si B tu. Dah laa tak cantik, tapi perasan cantik. Macam laa semua lelaki suka kat dia je. Dah laa pendek, hidung kembang  pulak tue.
C: (Mendengar ataupun mungkin menambah).

Cuba kalau tak suka, cakap je tak suka. Tak perlu kutuk-kutuk atau cakap belakang. Kalau orang yang kita kutuk tu terdengar, apa perasaan dia? Mesti dia sedih, marah dan macam-macam perasaan yang tak dapat digambarkan melainkan orang yang melaluinya. Depan dia, kita baik je macam takde pape tapi bila belakang dia kita kutuk-kutuk dia. 

Memfitnah pula mengada-adakan cerita, sedangkan apa yang diceritanya adalah tidak benar dan dia sendiri tak tahu kebenarannya. Kita tak kenal seseorang tu jangan terlalu cepat melatah mengatakan orang itu ini. Don't judge the book from it's cover. Kau tak tahu orang itu nak kahwin atas dasar suka sama suka, tapi kau buat cerita kat orang lain mengatakan pasangannya mahukan harta dia semata-mata. Padahal, dia tak nak pon harta pasangannya dan pasangannya takde laa berharta macam Dato'. Hanya insan biasa yang dia terima seadanya, baik buruknya. Jadi, tak perlu kau buat cerita mengata/fitnah itu ini. Kau ada anak, anak kau nanti kita tak tahu lagi macam mana. Ye, kau didik anak kau bertudung tapi kau tak ajar anak kau supaya jangan mulut puaka macam kau. Jangan pandang orang yang tak bertudung nie jahat, terlalu jahil seperti tidak tahu agama langsung. Ya, memang aku tak bertudung, dan mungkin aku jahil dalam soal agama tapi aku tahu hukum memfitnah itu berdosa dan kau bercerita pula 'cerita' kau tue pada saudara-mara yang lain yang tak tahu-menahu hujung pangkal dan mula menghukum orang tersebut. Jadi kau yang bertudung itu sila laa renungkan perangai kau yang satu tu. Kalau pakai tudung tu, biar la manis dalam dan luaran juga. 

Fitnah ke kutuk ke, pada aku takde beza. Orang yang kena kutuk/ fitnah tue yang akan dihukum oleh orang yang tak bertanggungjawab itu T_T.


p/s: Apa yang berlaku disekeliling aku. Minta maaf andai ada yang terasa. Luahan hati sahaja.


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Wednesday, April 9, 2014

Tak Kesah Kan?

Assalammualaikum semua..


Aku rasa lelaki mesti malas nak melayan girlfriend/wife dia kalau asyik cakap/tanya benda yang sama tapi tak buat. Contoh macam diet. Hehehe. Aku laa tu yang selalu kena. Bila kena bebel mesti sentap laa. Hahaa,. Contohnya:

 Aku: Tomey (nama manja hehe) gemok x?
Mr.A: Hmm, dah tau gemok tue tak reti-reti nak diet ke? Makan main sedap tekak je. Bila nak kurus pun tak tau. Nanti tak muat baju pengantin.. blaa blaa blaa blaaa..membebel dengan panjang ye.
Aku: =.=" sentap
Mr.A: De pape lagi nak cakap ke?
Aku: Ye ar, kita gemok, tak cantik, huduh. T_T. majok taknak cakap dah dengan Mr.A
Mr.A: Tak kesah pun awk gemok, mar sayang jugak. Tapi, nanti awak laa yang dok tak puas hati nya.. 
Aku: Tapi awak tak kesah kan? Kata terima seadanya. =) senyum kambing

Macam tue laa, bila ditanya sentap. Tapi, nanti tanya lagi. Hahaha. Kau layan kan aje laa ye Mr.A oii. Hahahaa.

Disebabkan cuaca Malaysia sangat panas, aku rasa macam nak potong rambut tapi si Mr.A ni pulak tak kasi aku potong suruh aku simpan panjang. Dia tak tau ke yang aku dah rasa macam Hantu Kak Limah dah bila panas-panas nie. 
Tapi tak de laa panjang ginie T_T
Suka sangat laa aku nie berambut panjang, aku nie jenis cepat rimas kalau keadaan panas. Then, saja laa tanya dia time kitaorang ber'BBM.

Aku: Boleh tak nak potong pendek. Rimas laa..
Mr.A: Awak tu pernah ke tak rimas? Ayat perli T_T
Aku: Hmm,. Mar, tak kesah kan tomey nya rambut kerinting? (ubah topik)
Mr.A: Tak. Tapi Mar suka rambut awak masa Form5.
Aku: Rasanya dulu rambut lurus kowt, sebab masa sekolah rajin wat rebonding
Mr.A: Ntah laa. Tapi suka rambut awak macam tu.
Aku: Sekarang tak suka laa?? Mula start nak sentap T_T
Mr.A: Sekarang OK, cuma Mar suka rambut awak masa Form5 tue.
Pastu, aku tak reply dah. Sakit hati. Tapi, esok pagi dah OK balik cam takde pape je berlaku malam tadi. Macam tue laa kitaorang.

Perempuan nie sangat suka bertanya pada orang yang dia sayang. Contohnya:

Gurl: U tak kesah kan kalau I tak cantik macam girl yang lain? 
Boy: Tak kesah.

Soalan tue sebebarnya dia nak memastikan samada lelaki/boyfriend dia tu akan terima dia ke tak jika dia ada kekurangan. Kami perempuan nie, kalau dah beranak-pinak body mesti lari ye. Sebab tu, girlfriend/wife korang kan tanya "tak kesah kan?" kalau blaa blaa blaa.. 
Kekadang, lelaki nie bila nampak perempuan lagi cantik mesti nak cuci mata walaupun wife/girlfriend dah cukup cantik.

Nanti aku nak tanya Mr.A, "Awak tak kesah kan, kalau tomey suka tanya soalan yang sama kat awak tiap-tiap hari?" Hehehe.. Agak-agak apa dia jawab ye?? ^_^

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



Saturday, April 5, 2014

Sweet Blood a.k.a Darah Manis (Tunang)

Assalammualaikum and hai semua..

Sekadar gambar hiasan ^_^

Orang tua kata, bertunang nie dugaannya berat. Betul ke? Pada aku bertunang atau tidak sama je. Masalah tetap ada samada kau tengah bertunang ataupun couple, ye dak? Bila dalam masa bertunang, ada problem orang akan kata "biasalah tu, darah manis". Padahal, masing-masing taknak sama-sama menyelesaikan masalah dan asyik-asyik nak kata "biasalah darah manis"

Kalau takde problem, bukan nama nya kehidupan dan kita tak akan matang sebab kita takde masalah dan tidak pernah belajar untuk menyelesaikan masalah. Time bertunang nie laa kita kena belajar menyelesaikan masalah bersama-sama jangan pendam je disebabkan prinsip orang kita "biasalah darah manis" tue. Takut nanti dok pendam-pendam sekali meletup, haa, kan dah susah nanti. Huhuu T_T.

One more thing, tak semestinya bertunang kita perlu buat majlis, bertukar-tukar dulang. Aku pernah terbaca dulu kat internet, seseorang perempuan itu boleh menjadi tunangan orang secara spontan apabila kedua-dua belah pihak setuju dengan perhubungan dan merestuinya. Ini pun dah kira bertunang. Tak perlu la kau nak hantaran berdulang-dulang, mini pelamin bagai. Cukup sekadar pertukaran cincin sebagai simbol pertunangan. Macam aku..hehehehe

Even tak buat majlis pertunangan pon, syaitan tetap tahu. Syaitan ni kan jahat tak suka orang yang nak mendirikan masjid. So, dia akan kacau/hasut kita. Orang kita pulak, bila jadi sesuatu dugaan/masalah mula laa kata "biasalah darah manis". Kalau macam tue, kita kena berbisik laa time datang nak pinang anak dara orang hahahah. LOL. Kami datang nie nak merisik bunga di taman rumah nie, dah ada yang petik ke belum? (dalam nada berbisik T_T). Supaya syaitan tak tahu yang kita datang nak pinang anak dara orang, nk mendirikan masjid.

Dugaan, masalah tetap ada, jangan kata laa takde masalah dalam hidup ini. Orang gila pun ada masalah tau tak. Sebab terlalu memikirkan masalah dia laa dia jadi gila tu,. Hehee. Problem besar atau kecik, kalau kita focus dan sama-sama settlekan, pada aku takde masalah. Yang penting dalam perhubungan, kena prihatin each other. Kalau tunang kita ada problem, kita cuba bantu dia. Kalau kita tak dapat membantu, biarkan dia bercerita agar beban yang dia tanggung ringan sedikit. Even kita dah berkahwin pun, syaitan tetap akan try untuk runtuhkan. Jahatkan??! Jangan kata bertunang je dugaan berat sebab kan statement "biasalah darah manis".

Masa couple pun ada problem, bertunang pun ada problem, dan tentunya masa dah kahwin nanti pun kita akan ada problem jugak.

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo







Wednesday, April 2, 2014

Jangan Terlalu Percayakan Orang

Assalammualaikum & hai semua..

Aku dulu pernah percayakan seseorang itu sebagai kawan tapi akhirnya aku ditikam dari belakang. T_T Aku percaya dia, share susah senang dengan kita, pikir kita jauh dari family kena tolong each other. Lastly, dia kena kan aku pulak sampai budak rumah aku pandang aku senget je.. T_T. Sejak daripada itu, susah untuk aku percaya kepada orang terutama orang luar. Pada aku, biar kita ada simpan sedikit sangka buruk kepada orang tapi jangan pula kau lebih-lebih berprasangka buruk dengan orang. Itu TIDAK BAIK okey?? kihkihkih =D Aku hanya percaya kat orang hanya 90% sahaja. Aku takut nanti aku yang dapat susah atau kecewa nanti. Pengalaman yang lepas cukup mengajar aku tentang kepercayaan, persahabatan, kasih sayang dan beberapa perkara lagi. 

Jika kita berurusan dengan orang terutama yang berkaitan DUIT, lebih baik jika ada black and white sebagai bukti kita berurusan dengan dia. Bukan apa, ini adalah untuk mengelakkan kita daripada kena tipu. Bahaya jika ia berkaitan duit kerana orang boleh jadi buta hati, buta mata dan segala buta laa apabila berdepan dengan duit. Bukan sahaja orang luar, adik-beradik serta keluarga juga sanggup menipu malah berbunuh, bersantau kerana duit atau harta. Jadi, biarlah kita menyimpan sedikit curiga dengan orang walaupun kita nampak orang itu sangat baik orangnya. Tidak mustahil, dalam baik dia ada niat jahat yang mungkin kita tak tahu dan kita bukanlah mangsa dia yang pertama. Don't judge the book from it's cover. Remember, apa yang kita lihat belum tentu baik mahupun sebaliknya. 

So,jangan mudah percayakan orang serta berhati-hati dengan orang terutama orang baru kita kenali kerana yang lama kita kenal pon sanggup menikam kita dari belakang apatah lagi yang kita baru kenal. Kita tidak tahu hati budi dia lagi. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Aku tengok tak semua rambut hitam zaman laa nie, macam-macam color dah.. heheee =)

P/s: Simpan sedikit curiga untuk our safety. (Pada pandangan aku)

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


Muka comel mcm nie, de org nak tipu x? Hahaa.. perasan




Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^