Assalammualaikum dan selamat malam semua..
Mungkin memang dah jadi lumrah kot manusia di dunia nie suka mengutuk atau membuat fitnah kat orang. Aku takde laa kata yang aku nie baik, tak pernah kutuk orang kadang kita mengutuk tanpa kita sedari. Memfitnah, rasa ye tak pernah lagi. Memfitnah tue, sama macam kita membunuh orang. Kutuk orang pernah laa heheh.. Baju dia color merah seluar dia color kuning. Dah cam Bangla dah aku tengok.. hehehe. Tue kutuk laa kan??
Aku sangat lah tak berpuas hati jika ada orang kutuk-kutuk belakang pasal aku. Memang laa kita tak dapat nak wat ape, tak kan nk g tembak pulak orang yang kutuk kita tu kan? Cuma, kalau rasa tak puas hati dengan someone tu, pergi je laa kutuk dia depan-depan. Contohnya si A tidak puas hati dengan si B. Jadi si A telah pergi berjumpa dengan si B kutuk dia depan-depan.
A: Aku tak suka ko sebab hidung ko kembang, ko pendek, suka bajet lawa dan blaa blaa blaa.
B: =.="
Jangan la bila depan orang yang ko nak kutuk tu, bukan main baik lagi tapi bila belakang dia kau laa yang paling kaw-kaw kutuk dia. depan nampak baik, belakang.. Tuhan je yang tahu. Contohnya, Si A tak suka si B dan mengutuk si B di depan C.
A: Aku tak suka laa si B tu. Dah laa tak cantik, tapi perasan cantik. Macam laa semua lelaki suka kat dia je. Dah laa pendek, hidung kembang pulak tue.
C: (Mendengar ataupun mungkin menambah).
Cuba kalau tak suka, cakap je tak suka. Tak perlu kutuk-kutuk atau cakap belakang. Kalau orang yang kita kutuk tu terdengar, apa perasaan dia? Mesti dia sedih, marah dan macam-macam perasaan yang tak dapat digambarkan melainkan orang yang melaluinya. Depan dia, kita baik je macam takde pape tapi bila belakang dia kita kutuk-kutuk dia.
Memfitnah pula mengada-adakan cerita, sedangkan apa yang diceritanya adalah tidak benar dan dia sendiri tak tahu kebenarannya. Kita tak kenal seseorang tu jangan terlalu cepat melatah mengatakan orang itu ini. Don't judge the book from it's cover. Kau tak tahu orang itu nak kahwin atas dasar suka sama suka, tapi kau buat cerita kat orang lain mengatakan pasangannya mahukan harta dia semata-mata. Padahal, dia tak nak pon harta pasangannya dan pasangannya takde laa berharta macam Dato'. Hanya insan biasa yang dia terima seadanya, baik buruknya. Jadi, tak perlu kau buat cerita mengata/fitnah itu ini. Kau ada anak, anak kau nanti kita tak tahu lagi macam mana. Ye, kau didik anak kau bertudung tapi kau tak ajar anak kau supaya jangan mulut puaka macam kau. Jangan pandang orang yang tak bertudung nie jahat, terlalu jahil seperti tidak tahu agama langsung. Ya, memang aku tak bertudung, dan mungkin aku jahil dalam soal agama tapi aku tahu hukum memfitnah itu berdosa dan kau bercerita pula 'cerita' kau tue pada saudara-mara yang lain yang tak tahu-menahu hujung pangkal dan mula menghukum orang tersebut. Jadi kau yang bertudung itu sila laa renungkan perangai kau yang satu tu. Kalau pakai tudung tu, biar la manis dalam dan luaran juga.
Fitnah ke kutuk ke, pada aku takde beza. Orang yang kena kutuk/ fitnah tue yang akan dihukum oleh orang yang tak bertanggungjawab itu T_T.
p/s: Apa yang berlaku disekeliling aku. Minta maaf andai ada yang terasa. Luahan hati sahaja.
Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
No comments:
Post a Comment