Nuffnang Ads

Wednesday, April 2, 2014

Jangan Terlalu Percayakan Orang

Assalammualaikum & hai semua..

Aku dulu pernah percayakan seseorang itu sebagai kawan tapi akhirnya aku ditikam dari belakang. T_T Aku percaya dia, share susah senang dengan kita, pikir kita jauh dari family kena tolong each other. Lastly, dia kena kan aku pulak sampai budak rumah aku pandang aku senget je.. T_T. Sejak daripada itu, susah untuk aku percaya kepada orang terutama orang luar. Pada aku, biar kita ada simpan sedikit sangka buruk kepada orang tapi jangan pula kau lebih-lebih berprasangka buruk dengan orang. Itu TIDAK BAIK okey?? kihkihkih =D Aku hanya percaya kat orang hanya 90% sahaja. Aku takut nanti aku yang dapat susah atau kecewa nanti. Pengalaman yang lepas cukup mengajar aku tentang kepercayaan, persahabatan, kasih sayang dan beberapa perkara lagi. 

Jika kita berurusan dengan orang terutama yang berkaitan DUIT, lebih baik jika ada black and white sebagai bukti kita berurusan dengan dia. Bukan apa, ini adalah untuk mengelakkan kita daripada kena tipu. Bahaya jika ia berkaitan duit kerana orang boleh jadi buta hati, buta mata dan segala buta laa apabila berdepan dengan duit. Bukan sahaja orang luar, adik-beradik serta keluarga juga sanggup menipu malah berbunuh, bersantau kerana duit atau harta. Jadi, biarlah kita menyimpan sedikit curiga dengan orang walaupun kita nampak orang itu sangat baik orangnya. Tidak mustahil, dalam baik dia ada niat jahat yang mungkin kita tak tahu dan kita bukanlah mangsa dia yang pertama. Don't judge the book from it's cover. Remember, apa yang kita lihat belum tentu baik mahupun sebaliknya. 

So,jangan mudah percayakan orang serta berhati-hati dengan orang terutama orang baru kita kenali kerana yang lama kita kenal pon sanggup menikam kita dari belakang apatah lagi yang kita baru kenal. Kita tidak tahu hati budi dia lagi. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Aku tengok tak semua rambut hitam zaman laa nie, macam-macam color dah.. heheee =)

P/s: Simpan sedikit curiga untuk our safety. (Pada pandangan aku)

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


Muka comel mcm nie, de org nak tipu x? Hahaa.. perasan




No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^