Nuffnang Ads

Saturday, May 31, 2014

Interview MPM

♥ Assalammualaikum 

Hai semua. Khamis lepas, aku ada interview di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Aku harap-harap dapat lorh. Hehee. Ada dua sesi. Sesi pagi exam psikometrik. Kalau korang nak tau, exam psikometrik nie cam nak psiko our mind & our self je. Korang tak yah pikir banyak sebab pilihan jawapan yang disediakan "YA / TIDAK" sahaja. Masa yang diberikan selama satu jam dan mempunyai 310 soalan. Aku jawab dalam 30 minit je. Benda yang ditanya memang tak yah pikir, jawab dengan jujur je. Aku teringat dulu lecturer aku pernah cerita, masa dia ambil exam pe tah untuk jadi lecturer dia menipu time menjawab tue, jawab dengan tidak jujur. Dia failed & husband dia pass. Bila dia tanya, husband dia kata, jawab dengan jujur. Tak yah tipu. Sebab tue laa  kot yang menyebabkan aku jawab 30 minit je tue. Hehehe. 

Surat interview daripada MPM
Contoh soalan, "Saya tidak pernah menipu.        YA/TIDAK
Macam tue laa antara soalannya. korang je hitamkan je macam kita jawab soalan objektif exam kat sekolah. Tue, yang 30 minit je aku jawab tue. Hehehe.. Lepas habis exam, baru interview. Interview start 2pm. So, Mr.A kata sempat balik rumah makan. Kitaorang pun balik laa rumah makan. Lepas makan, rehat semua kitaorang bergerak balik ke Selayang untuk ke MPM. Masuk-masuk je kat tempat nak interview tue tengok dah de 4-5 orang dah. Aku ingat aku awal, rupanya ada yang lagi awal. 

Jom balik rumah.. Makan!!! 
Interview start pukul 3pm, sebab interviewer ye lambat sorang tu. Semua interviewer 3 orang, 2 lelaki & seorang perempuan. Start interview dengan calon driver dulu, baru kerani pulak. Dah laa untuk kerani aku first. Cuak toii. Nasib semuanya selesai dengan lancar. Tunggu keputusan je sekarang samada dapat atau tak. Mintak-mintak bior laa dapat.. Hehee.

Lepas settle semua, Mr.A ambil aku dan kitaorang pun terus ke Kg. Paya Jaras pergi pasar malam. Beli rangka ayam, laksa & balik. Balik rumah terus makan, nampak sangat dua-dua kebulur. Kihkihkih.

Muka pepagi nak g amek exam ^_^
Muka lega. Dah settle interview.
Jom g pasar yokk!! ^_^


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Monday, May 26, 2014

Review - NOVA 2 in 1 (Curl & Straight)

♥ Assalammualaikum 

Hari ini, rasa macam nak review pasal hair straighter & curler pulak ar. Baru je beli. Hehe. Mungkin dah ramai yang tau pasal benda nie, tapi saja aku nak review jugak dalam blog aku. Hehee. Sharing is caring, kan? Aku baru je beli pon. Tak sampai sebulan lagi guna tapi so far bagi aku okey takde masalah. Yang masalah ye, rambut aku nie degil cikit. Hahaa. Itu bukan masalah product tue masalah sendiri T_T

Motif utama beli sebab senang nak luruskan rambut depan aku je. Hahaa. Pemalas sikit nak blow. Time raya mana laa sempat nak blow rambut cecantik ngan nak wat kerja dapur lagi. Beli je nie senang lagipun 2in1 dah tue comey pulak.
Nak lurus ke nak curl ke, dah senang. Tau je laa time raya, kita baru nak buat rambut kita, ada pulak yang minta buat rambut dia pulak.. Kan dah ganggu tu. So, pakai nie kan senang. 

Okey, nie pulak gambar dari camera aku.

Packaging product
Details product
Straightener
Curler
Lock - for use straighter/curler
Button switch on/off (light - on) 
Straight - before & after
Curl - before & after
Straight & Curl 
Untuk product nie aku bagi 4/5. Bagus sangat, paling aku suka curler dia best. Hahaa. Make sure, korang protect hair korang dengan heat protection sebelum guna apa-apa straightener/curler ok? Ini untuk mengurangkan rambut kering & rosak. Aku pakai serum dari Loreal je. Tu je yang mampu T_T. Nova 2in1 nie comey je, sangat senang laa nak bawak kalau pergi travel ke balik kampung untuk raya nanti. Color dia pulak, girlish sangat, pink.

Kalau korang nak beli, boleh beli dengan Kosmetik Murah Giler Borong. Sis nie baik aw? Lagi pun item yang dia jual takde la mahal sangat. Semua mampu milik sangat-sangat. :)

Straight for my  hair bang & curler for
my hair ^_^ 




Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Monday, May 19, 2014

Taman Tema Mimaland

♥ Assalammualaikum 

Lepas hantar adik aku ke ICAM semalam, boleh pulak Mr.A bukak cerita pasal Mimaland masa jalan tengah jam sebab hujan. Pandu slow-slow. Aku macam pernah dengar Mimaland nie, pastu aku tanya laa. Dia pun cerita. So, aku share sikit laa dalam entry kot2 de yang tak tahu macam aku nie pasal Mimaland yang femes dulu-dulu T_T..




Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ seperti Filem Mekanik (1983). Selain itu Gila-gila remaja (1986), filem Tempo 88 (1987), filem Dendang Perantau (1979) dan filem Suara Kekasih (1986) juga membuat penggambarannya di situ. 

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.







Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland yang masih wujud hingga kini.

Pintu masuk ke Mimaland
Jalan masuk ke Mimaland
Van Company






Kisah di sebalik penutupan Mimaland


Mengikut sumber yg plg boleh dipercayai, mengikut peta Mimaland di kedua-dua hujung Mimaland, ada terdapat jungle treking dan camping site. Di bahagian atas, ada satu projek yg dijalankan oleh pihak ketiga. Sewaktu dalam tahun 90an, Mimaland mengalami 3 runtuhan yg mengakibatkan tragedi penutupan Mimaland.

Runtuhan pertama
Hasil dari projek peluasan kawasan hutan (dipercayai mereka menjalankan projek perumahan) dan cerita tentang projek perumahan itu terpaksa dirahsiakan bagi menjaga pihak tertentu. Projek itu telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh yg menimpa kawasan Mimaland. Menyebabkan dinding tasik pecah dan tanah serta pasir membanjiri tasik. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih.


Runtuhan kedua
Beberapa ketika selepas runtuhan pertama, projek itu masih tetap dijalankan. Pada waktu hujan lebat, sekali lagi Mimaland telah dilanda tanah runtuh daripada bhgn atas bukit. Ini dipercayai kawasan Mimaland menjadi ruang atau laluan air dan tanah yg runtuh dari projek berhampiran. Runtuhan ini telah menyebabkan banyak kawasan dilitupi pasir dan tanah. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih sekali lagi memandangkan kawasan itu plg teruk dilanda tanah runtuh.


Runtuhan ketiga
Runtuhan ini telah menyebabkan hampir keseluruhan kawasan Mimaland ditutup pasir. Mengikut sumber, sehinggakan roboh chalet2 dan gelongsor2 air dengan tanah, Dinding tasik mendap dan runtuh menyebabkan tasik menjadi coklat, hanya di bhgn depan shj yg tidak teruk dilanda tanah dan pasir. Runtuhan ini yg paling besar dan mengakibat pihak berkenaan terpaksa menutup Mimaland kerana selain berhadapan dengan risiko tanah runtuh, mereka terpaksa menanggung kos yg tinggi untuk membaikpulih kawasan rosak. Mimaland juga berhadapan dgn saman mahkamah dari pihak aktivis alam sekitar kerana dituduh mengakibatkan kemusnahan semulajadi.


Implikasi
Setelah kejadian itu berakhir ada barang2 seperti patung binatang pra sejarah telah dipindahkan. Manakala yg lain terpaksa dibiarkan sehingga ke hari ini. Banyak pekerja diberhentikan terutama mereka yg menjadi penduduk tetap kawasan sekitar. Penduduk sekitar juga hilang punca pendapatan dan pembangunan ekonomi yg terencat. Mimaland ditinggalkan begitu sahaja.

Info menarik Mimaland
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dengan 4 ekor anjing pemburu.
  • Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
  • Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.


p/s: Aku tahu Sunway Lagoon je, tak tau pulak de yang lain sebelum Sunway Lagoon 

Sumber: Penpatah.blogspottheothersclan.blogspot.comIncik Google

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Wednesday, May 14, 2014

Aku Suka ^_^

♥ Assalammualaikum 

Apa yang best ada blog nie ye? Itu laa aku pikir masa aku mula-mula buat blog nie. Aku buat pun saja suka-suka. Untuk share something aku lalui, ape yang aku try, pastu aku share la dengan orang. Tak pernah lagi laa nak cari income cam blogger lain. Sebab blog nie kebanyakannya cerita pasal personal aku and review product je. 

Satu perkara aku suka bila aku mula berblog nie, aku suka buka blog orang lain dan baca entry diaorang. Kalau blog dia menarik, aku akan terus baca sampailah entry lama-lama dia semua. Seronok sebenarnya, walaupun aku lebih suka membaca saja tanpa komen apa-apa di entry diaorang nie. Daripada itu, aku juga dapat ilmu pengetahuan daripada pengalaman/ cerita yang diaorang story dalam entry diaorang. Contohnya, resepi dll.

Hobi aku memang membaca, so bila dapat baca blog orang lain pun dah kira okey laa kan? Hahaha. Membaca dan dalam masa yang sama kita jugak dapat ilmu serta info semasa. Ahaks! Gosip la tu kalau info semasa. Ishk ishk ishk, tak juga laa. Info seperti apa yang berlaku di Malaysia or dunia kita. Aku juga boleh tambah koleksi resepi aku ^_^ Seronok sebenarnya kalau kita gunakan internet di jalan yang benar. Hahaha..

Antara blog yang aku selalu follow:



Namee Roslan.
Blog sis Namee nie best sangat simple dan santai.
Anak dia, Adam comel sangat ^_^
Yuyu Zulaikha.
Comel sangat blog & penulisannya macam
empunya blog jugak
Cik Epal.
Sis nie pon comey. Suka sangat dia. 
Seronok sebenarnya berbelog nie. Tapi kena minat menulis laa. Aku memang suka menulis benda-benda merapu nie. Kalau dulu marah, aku ada satu buku untuk aku conteng dan luahkan segalanya dalam buku tu. Hahaha. Buku tu pon dah ke mana tah hilangnya. Dah kena buang kot. Kalau jumpa baca balik, mesti kelakar. Minat kena ada, baru boleh tulis entry yang menarik. Tapi belog aku tak menarik mana pun,. Tapi okey laa. Aku suka!! ^_^

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo







Monday, May 12, 2014

Happy Mother's Day

♥ Assalammualaikum 

Happy Mother's Day kepada semua ibu, mama & semua ibu di dunia ni. Tanpa mereka siapa kita di dunia nie.. I love my mom ketat-ketat. Hehehe

Macam tahun-tahun lepas, Mother's Day kitaorang celebrate simple-simple je. Tahun nie celebrate sekali ngan Haikal Gemok a.k.a adik angkat aku. Sebab dalam bulan May, kitaorang celebrate sekali laa. Birthday dia Rabu lepas (7th May), time bekerja semua orang busy. SO, decide celebrate semalam sekli dengan Mother's Day. This year, ibu sambut dengan mama. Last year ibu sambut dengan chik aku kat Bukit Naga, Shah Alam. 

Simple je. Jom layan gambar pulak. ^_^
Buttercream Coffee Caje for Mother's Day & Blueberry Cake for
Haikal's Birthday


My Ibu & Mama
Birthday Boy a.k.a Haikal & Me ^_^

Birthday Boy, Ibu & Mama

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



Wednesday, May 7, 2014

Dulu Lain, Sekarang Lain

♥ Assalammualaikum 

Dulu, kalau korang nak tau aku paling tak suka pink color! I hate pink!! Aku pun tak tau kenapa.. Kalau time sekolah, time study poli dulu. Kebanyakan kawan perempuan aku semua suka pink. Ada sorang kawan aku nie budak Terengganu suka sangat dengan pink. Kebanyakan baju dia pegi kelas semua pink. Tak kira light pink ke dark pink ke, semua dia ada. Aku? Hmm, tah ada ke tak aku pon tak ingat time aku study dulu. Kahkahkah *gelak setan*

Gambar masa study ^_^

Aku & pink color 
Pink tak? Hehe 
Ye ar, time aku di bangku sekolah & time aku study aku nie takde laa macam girl sangat. Perwatakan aku macam boyish sikit, mana nak pakai skirt ke pape yang girl suka pakai. Pada aku time tu, seluar, T-shirt or kemeja yang paling best. Senang nak berjalan, nak berlari. But, since aku study kat poli aku mula try pakai wedges. Sebab pegi kelas kena pakai baju kurung mana leh pakai seluar. Tak kan aku nak pegi kelas pakai baju kurung dengan kasut Converse. Memang laa de yang buat tapi cam tak cantik pulak pada aku. Mula-mula pakai flat, pastu belajar-belajar pakai wedges. Aku suka pakai wedges berbanding heels. Bila pakai wedges, aku rasa yakin. Itu penting. Aku pakai bukan setakat pergi ke kelas je, bila aku keluar dengan Mr.A pon aku pakai wedges. Dia pon kata aku nampak cantik pakai wedges, nampak laa macam girl sikit. Tak tahu laa puji or perli aku yang pendek nie T_T.

Wedges kesayangan tapi dah rosak T_T
Seluar Jeans + Kemeja = ♥ COMFORTABLE 
Tapi, sejak aku bekerja nie rasa cam suka pulak something yang color pink. Hahaa. Suka yang de bunga-bunga. Contoh cam baju corak bunga-bunga. Dulu, mana suka! T_T. Aku start suka pakai lipstick, color pink gitu. Dulu, mana nak pakai lipstick. Aku pakai lipbalm or lipcolor (LipIce) tue je.

Benda wajib tempek kat muka kalau malas sangat nak apply
mascara or eyeliner ^_^
Tambah-tambah nak kahwin nie, tetiba laa suka yang color girl2, bunga2 bagai. Haha. Dulu mana laa aku suka. Sekarang suka pulak. Kalau dulu nak simple habis. Keluar pon tempek bedak je, tue bedak baby Johnson tue. Sekarang, nak compact powder, eyeliner, mascara, lipstick bagai. Dulu, mana kesah semua tue. Sekarang, tue laa yang kena tempek dulu baru keluar. Hihihii. Tapi, even pakai semua tue penampilan tetap simple dan aku rasa seluar jugak paling best & comfortable. Hahaha.

Tue je laa aku nak merepek hari ini. Hehehe.. 

p/s: Tapi, purple color tetap no.1 di hati aku..mihmih


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^