Nuffnang Ads

Monday, May 19, 2014

Taman Tema Mimaland

♥ Assalammualaikum 

Lepas hantar adik aku ke ICAM semalam, boleh pulak Mr.A bukak cerita pasal Mimaland masa jalan tengah jam sebab hujan. Pandu slow-slow. Aku macam pernah dengar Mimaland nie, pastu aku tanya laa. Dia pun cerita. So, aku share sikit laa dalam entry kot2 de yang tak tahu macam aku nie pasal Mimaland yang femes dulu-dulu T_T..




Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Logo yg digunakan utk Mimaland ialah sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ seperti Filem Mekanik (1983). Selain itu Gila-gila remaja (1986), filem Tempo 88 (1987), filem Dendang Perantau (1979) dan filem Suara Kekasih (1986) juga membuat penggambarannya di situ. 

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.







Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland yang masih wujud hingga kini.

Pintu masuk ke Mimaland
Jalan masuk ke Mimaland
Van Company






Kisah di sebalik penutupan Mimaland


Mengikut sumber yg plg boleh dipercayai, mengikut peta Mimaland di kedua-dua hujung Mimaland, ada terdapat jungle treking dan camping site. Di bahagian atas, ada satu projek yg dijalankan oleh pihak ketiga. Sewaktu dalam tahun 90an, Mimaland mengalami 3 runtuhan yg mengakibatkan tragedi penutupan Mimaland.

Runtuhan pertama
Hasil dari projek peluasan kawasan hutan (dipercayai mereka menjalankan projek perumahan) dan cerita tentang projek perumahan itu terpaksa dirahsiakan bagi menjaga pihak tertentu. Projek itu telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh yg menimpa kawasan Mimaland. Menyebabkan dinding tasik pecah dan tanah serta pasir membanjiri tasik. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih.


Runtuhan kedua
Beberapa ketika selepas runtuhan pertama, projek itu masih tetap dijalankan. Pada waktu hujan lebat, sekali lagi Mimaland telah dilanda tanah runtuh daripada bhgn atas bukit. Ini dipercayai kawasan Mimaland menjadi ruang atau laluan air dan tanah yg runtuh dari projek berhampiran. Runtuhan ini telah menyebabkan banyak kawasan dilitupi pasir dan tanah. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih sekali lagi memandangkan kawasan itu plg teruk dilanda tanah runtuh.


Runtuhan ketiga
Runtuhan ini telah menyebabkan hampir keseluruhan kawasan Mimaland ditutup pasir. Mengikut sumber, sehinggakan roboh chalet2 dan gelongsor2 air dengan tanah, Dinding tasik mendap dan runtuh menyebabkan tasik menjadi coklat, hanya di bhgn depan shj yg tidak teruk dilanda tanah dan pasir. Runtuhan ini yg paling besar dan mengakibat pihak berkenaan terpaksa menutup Mimaland kerana selain berhadapan dengan risiko tanah runtuh, mereka terpaksa menanggung kos yg tinggi untuk membaikpulih kawasan rosak. Mimaland juga berhadapan dgn saman mahkamah dari pihak aktivis alam sekitar kerana dituduh mengakibatkan kemusnahan semulajadi.


Implikasi
Setelah kejadian itu berakhir ada barang2 seperti patung binatang pra sejarah telah dipindahkan. Manakala yg lain terpaksa dibiarkan sehingga ke hari ini. Banyak pekerja diberhentikan terutama mereka yg menjadi penduduk tetap kawasan sekitar. Penduduk sekitar juga hilang punca pendapatan dan pembangunan ekonomi yg terencat. Mimaland ditinggalkan begitu sahaja.

Info menarik Mimaland
  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dengan 4 ekor anjing pemburu.
  • Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
  • Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.


p/s: Aku tahu Sunway Lagoon je, tak tau pulak de yang lain sebelum Sunway Lagoon 

Sumber: Penpatah.blogspottheothersclan.blogspot.comIncik Google

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^