Nuffnang Ads

Wednesday, May 7, 2014

Dulu Lain, Sekarang Lain

♥ Assalammualaikum 

Dulu, kalau korang nak tau aku paling tak suka pink color! I hate pink!! Aku pun tak tau kenapa.. Kalau time sekolah, time study poli dulu. Kebanyakan kawan perempuan aku semua suka pink. Ada sorang kawan aku nie budak Terengganu suka sangat dengan pink. Kebanyakan baju dia pegi kelas semua pink. Tak kira light pink ke dark pink ke, semua dia ada. Aku? Hmm, tah ada ke tak aku pon tak ingat time aku study dulu. Kahkahkah *gelak setan*

Gambar masa study ^_^

Aku & pink color 
Pink tak? Hehe 
Ye ar, time aku di bangku sekolah & time aku study aku nie takde laa macam girl sangat. Perwatakan aku macam boyish sikit, mana nak pakai skirt ke pape yang girl suka pakai. Pada aku time tu, seluar, T-shirt or kemeja yang paling best. Senang nak berjalan, nak berlari. But, since aku study kat poli aku mula try pakai wedges. Sebab pegi kelas kena pakai baju kurung mana leh pakai seluar. Tak kan aku nak pegi kelas pakai baju kurung dengan kasut Converse. Memang laa de yang buat tapi cam tak cantik pulak pada aku. Mula-mula pakai flat, pastu belajar-belajar pakai wedges. Aku suka pakai wedges berbanding heels. Bila pakai wedges, aku rasa yakin. Itu penting. Aku pakai bukan setakat pergi ke kelas je, bila aku keluar dengan Mr.A pon aku pakai wedges. Dia pon kata aku nampak cantik pakai wedges, nampak laa macam girl sikit. Tak tahu laa puji or perli aku yang pendek nie T_T.

Wedges kesayangan tapi dah rosak T_T
Seluar Jeans + Kemeja = ♥ COMFORTABLE 
Tapi, sejak aku bekerja nie rasa cam suka pulak something yang color pink. Hahaa. Suka yang de bunga-bunga. Contoh cam baju corak bunga-bunga. Dulu, mana suka! T_T. Aku start suka pakai lipstick, color pink gitu. Dulu, mana nak pakai lipstick. Aku pakai lipbalm or lipcolor (LipIce) tue je.

Benda wajib tempek kat muka kalau malas sangat nak apply
mascara or eyeliner ^_^
Tambah-tambah nak kahwin nie, tetiba laa suka yang color girl2, bunga2 bagai. Haha. Dulu mana laa aku suka. Sekarang suka pulak. Kalau dulu nak simple habis. Keluar pon tempek bedak je, tue bedak baby Johnson tue. Sekarang, nak compact powder, eyeliner, mascara, lipstick bagai. Dulu, mana kesah semua tue. Sekarang, tue laa yang kena tempek dulu baru keluar. Hihihii. Tapi, even pakai semua tue penampilan tetap simple dan aku rasa seluar jugak paling best & comfortable. Hahaha.

Tue je laa aku nak merepek hari ini. Hehehe.. 

p/s: Tapi, purple color tetap no.1 di hati aku..mihmih


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^