♥ Assalammualaikum ♥
Hai korang!
Camne raya korang best x? Jom, nak story-story sikit pasal detox facial treatment. Raya ke-6 ritu aku dah try. Bagus tau, sebab kita tak tahu berapa banyak chemical yang de kat muka kita. Kebanyakan product yang kita guna mesti de chemical, merkuri laa pe laa kan? So, bila dah buat detox facial treatment baru laa aku tau muka aku sangat banyak chemical T_T
Yang aku bulat kan tue laa detox ye. Berwarna putih |
Korang nampak tak, yang de hitam-hitam tue laa bahan kimia yang de kat muka kita. Paling teruk, pipi kanan aku. |
Nampak tak kat tisu tu, selepas diaorang lap pipi kanan aku. Aku buat detox facial treatment untuk kulit muka berjerawat |
Masa aku tanya, owner product nie (Madam Juanne), pakai product dulu atau buat treatment dlu? Dia suggest aku buat treatment dulu, sebab boleh detox semua kimia yang de kat muka bagi memudahkan kulit muka menyerap product yang akan aku try nie.
Ibu aku pon join buat facial. Ibu buat detox treatment untuk anti-aging |
Pakai Mask |
Nampak tak perbezaannya? Ayah tak buat detox, sebab muka ayah terbakar. Nampak lebih segar mukanya & cerah. |
Set Remaja ni membantu untuk imbangi pH kulit wajah then automatik kulit muka kita akan nampak smooth dan takde bintik-bintik merah lagi. Aku try set Remaja supaya lepas nie aku sentiasa remaja. Kelass kan?!!! Hehee.. Satu lagi product pulak, set Penuaan sama jugak untuk imbangi pH kulit muka, buang kotoran & paling penting dalam set penuaan ini bantu mengaktifkan sel kulit untuk pudarkan parut. Ibu aku pulak try set penuaan.
Set Remaja / Teenage Set
1. Clear Mild Wash
- Mencuci/ membersihkan wajah sambil membantu melembapkan kulit wajah.
- Mencerah & memberi tona kulit yang lebih sekata
2. Clear Balancer
- Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama mengimbangi kadar pH kulit muka untuk mengurangkan keadaan kulit muka yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
- mengurangkan kesan cela di muka
3. Clear Repair Essence
- Gel yang dapat melembapkan kulit muka
- Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit muka
Langkah Pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu dengan menggunakan Clear Mild Wash. Bilas, keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka (dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu & hidung) sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear Balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit muka. Terakhir sekali, sapu clear Repair Essence dengan cara yang sama.
Set Penuaan / Anti-ageing Set
1. Absolute Cleansing Gel
- Gel pencuci yang memberi keseimbangan pH pada kulit muka
- Mengurangkan kotoran & kesan cela pada wajah
- kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian
2. Absolute Hydro Liquid
- Mengaktifkan sel kulit
- Berfungsi mengurangkan kesan parut
- Anti-oksida
- Anti-penuaan & memberi kesan lembap pada wajah
3. Absolute Hydro Serum
- Membantu membaiki tekstur kulit
- Melembut, melembap dan menyuburkan kulit
- Memastikan kulit wajah sihat dan cerah
4. Absolute Hydro Cream
- Melembap dan menyuburkan kulit
- Istimewa kerana formulasinya diekstrak daripada tumbuhan marine
- Menjadikan kulit lebih lembut & cerah
Langkah Pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu dengan Absolute Cleansing Gel. Bilas, keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian di muka (dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu & hidung) sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Sapu Absolute Hydro Serum diikuti Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.
p/s: Tunggu review dari aku sendiri pulak pakai set Remaja!!!
Kalau korang rasa nak cuba, boleh lah usha instagram.com/oriderm_malaysia
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo
No comments:
Post a Comment