Nuffnang Ads

Thursday, October 22, 2015

Jejalan & Makan - The Gorpis @Kopi.XOXO

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!

Korang mesti suka makan goreng pisang cheese kan. Aku nak suggest kan korang try goreng pisang cheese The Gorpis. Aku yang tak suka pisang goreng cheese pon jadi suka.. Sebab pisang goreng cheese The Gorpis memang THORBAEK aku habaq kat hang.. 1st time aku makan, rasa macam makan pisang goreng cicah coklat. Time tue husband aku order flavor coklat. Sedapnya rasa macam cicah goreng pisang dengan coklat plak..



The Gorpis nie ada empat cawangan tau.. Jangan main-main, siap de cawangan lagi.. hehe.. So, korang boleh laa cari The Gorpis yang berdekatan dengan korang. Diaorang nie ada bukak di Kota Damansara, Bangsar, Desa Sri Hartamas & Setapak. Meh aku share alamat/landmark stall diaorang kasi senang sikit korang nak cari :) 

!!! CHECK IT OUT !!!

BANGSAR @KOPI.XOXO
No.3, Jalan Riong, @rumoda.bangsar
dibelakang Petronas Jalan Maarof

HARTAMAS @theh.hartamas
Bersebelahan SHELL atau dibelakang Burger King

KOTA DAMANSARA
Stall di Persiaran Mahogani, bersebelahan Tune Hotel Sunsuria.
Landmark The Strand Encorp Mall/ Sunway Giza

SETAPAK
Stall diantara Columbia Asia Hosp atau NZ Curry House di Jalan Genting Klang

Korang try laa.. memang berbaloi. Dah masuk Jalan-jalan Cari Makan, TV3 tue dah pon.

Jalan-jalan Cari Makan di KOPI.XOXO
Aku kalau pergi kafe Kopi.XOXO, aku suka order EL PLATO. Ada lima flavor. Original cheese, chocolate, white chocolate, strawbery & blueberry. Aku paling suka chocolate & white chocolate. Ibu aku yang tak suka cheese tue pon suka makan goreng pisang cheese The Gorpis ni. Tak terasa sangat cheese tue katanya. Paling ibu suka gorpis white chocolate. 

EL PLATO
Kalau kat cafe KOPI.XOXO takde banyak sangat flavor. Flavor terhad. Tapi, hari tu aku pergi Kota Damansara, ada banyak flavor tapi El Plato takde sebab kat Kota Damansara take away saja. Kat Kota Damansara ada flavor Caramel, Butterscotch. Sedapnya 
Okey laa, lagi aku cerita pasal The Gorpis nie makin tak sabar pulak nak pegi makan. Kang habis basah pulak laptop aku dok meleleh air liuq aku nie haahaa.. Tak sabar ye nak g makan GORPIS :)

Sebelum aku terlupa, ini waktu operasi diaorang.

More information, korang boleh laa click bawah ni:
INSTAGRAMThe Gorpis


Toodles :)



Wednesday, October 21, 2015

REVIEW - CollyBerry Candy & CollyBerry Complexion (Miracle-Active Serum)

♥ Assalammualaikum 

Hai Korang!!


Korang pernah dengar Colly Berry Candy tak? El or Ungku Ismail Aziz pon consume tau. Almy Nadia pun consume jugak.. Patut laa handsome & cantik diaorang nie. Rupanya consume Colly Berry Candy. Ramai juga artis Malaysia yang consume Colly Berry Candy nie. Ramai juga blogger yang dh try CollyBerry Candy nie. Antaranya Namee Roslan, Yuyu Zulaikha, Ieda Mansor dll. Diaorg nie dh r cantik, consume plak CollyBerry Candy nie makin cun melecun r :)


Jom putih berseri dengan gula-gula milky strawberry ^_^ 

CollyBerry Candy ternyata & terbukti dapat menjaga kecantikan luar & dalam, kulit cerah berseri & putih kemerah-merahan seawal 7 hari.

Aku dah 3 botol dah consume Colly Berry Candy. Dah laa sedap, berkesan pulak tue.. Sekarang ditambah pula dengan ekstrak Sakura. Lagi meletup laaa.. Hehehe.. Bulan lepas, aku try Serum dia.. Nama serumnya CollyBerry Complexion (Miracle-Active Serum). Bagus untuk mereka yg mempunyai kulit yg sensitif. So far, aku pakai yang aku suka, parut cepat pudar.


ANTARA KHASIAT COLLYBERRY CANDY WHITENING & GLOWING MARINE COLLAGEN with sakura extract

1. MARINE COLLAGEN
  • Mengekalkan keanjalan kulit 
  • Mengurangkan kedutan 
  • Menguatkan otot & sendi
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Menguatkan tulang, rambut serta kuku
2. VITAMIN C
  • Mencerahkan kulit
  • Melembutkan kulit
3. GRAPE SEED EXTRACT 
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat anti-oksidannya
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit & membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel saluran darah 
  • Memperbaiki kulit dari dalam
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan pembentukkan kolestrol
4. SAKURA EXTRACT
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan dan ani-peradangan hingga sangat baik dijadikan untuk perawatan kulit
  • Memiliki kandungan vitamin yang tinggi yang sangat baik untuk kulit
  • Terdapat kandungan jojoba oil yang dapat mengangkat sel kulit mati, sehingga mampu mengembalikan warna putih dan cerah pada kulit
  • Mmulihkan, melembapkan kulit serta mengatasi wajah kusam
5. RASBERRY EXTRACT
  • Membakar lemak
  • Memperlambatkan proses pencernaan sehingga kita akan merasa kenyang lebih lama
  • Menyembuhkan kerosakan hati
  • Menjaga tekanan gula dalam darah
  • menjadikan kulit kelihatan tegang
6. APPLE STEM CELL
  • Melambatkan proses penuaan
  • Bertindak mencantikkan kulit
  • Kandungan vitamin C yang tinggi menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Menjadikan kulit lebih lembut,tegang dan sihat dari dalam
7. HONEY (MADU)
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan
  • Membersih dan menambah darah
  • Membekalkan tenagayang diperlukan oleh badang dengan cepat
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
Lagi info CollyBerry Candy:
  • 30 biji tablet kunyah berperisa milky strawberry
  • Diambil sebelum sarapan atau sebelum tidur
  • 1 atau 2 biji sehari
  • Digalakkan minum air putih yang banyak sepanjang pemgambilan
  • Tiada kesan sampingan yang berbahaya
  • Sesuai untuk 12 tahun keatas, lelaki & perempuan, wanita mengandung, ibu yang menyusu bayi dan mereka yang ada alahan (marine collagen dari ikan laut yang sesuai untuk merka yang ada alahan)
  • Keberkesanan dapat dilihat seawal 7 hari


COLLYBERRY COMPLEXION (MIRACLE-ACTIVE SERUM)


Antara kebaikan penggunaa Miracle-Active Serum
  • Memutihkan kulit
  • Merawat tona kulit tidak sekata
  • Mengurangkan keradangan kulit
  • Menghilangkan jerawat pasir
  • Mencegah/memulih pertumbuhan jerawat besar
  • Melembut dan melembapkan kulit 
  • Mnghilangkan parut
  • Merawat kulit berminyak
Lagi INFO:
  • 15ml magical serum  untuk disapu pada muka atau kawasan yang bermasalah
  • Digunakan selepas cuci muka setiap hari atau sebelum tidur (kalau sebelum tidur, esok tu confirm eyebag hilang)
  • Tiada kesan sampinagn yang berbahaya
  • Sesuai untuk 12 tahun keatas, lelaki & perempuan
  • Keberkesanan dapat dilihat seawal 7 hari.

TESTIMONI







p/s: Korang jangan risau ye, CollyBerry berdaftar dengan KKM ye :)


PRICE

********************************************************

Sekarang ni, CollyBerry Candy tengah buat contest DUBSMASH challenge untuk mencari #collyberrytalent. Setiap pembelian CollyBerry Candy/ Collyberry Complexion Serum, korang akan dapat satu tiket ye. Kalau korang beli combo, korang akan dapat 2 tiket. Cuba laa, mana tau rezeki korang boleh menang. Hadiah agak menawan hati jugak :) SELAMAT MENCUBA!!



LANGKAH DAN SYARAT PENYERTAAN
.
1) Penyertaan bermula 1 Sept 2015 sehingga 1 Mac 2016 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, lelaki dan perempuan berumur 12 tahun keatas. 
2) Anda perlu mempunyai akaun instagram yang tidak ‘private’ dan WAJIB ‘follow’ akaun instagram @zkcreative @collyberrycandy @collyberrycomplexion dan @collyberrycare [Nota: (tidak wajib) sila ‘turn on notifications’ untukmendapat update daripada kami]
3) Tiket penyertaan boleh didapati dalam mana-mana produk Collyberry™ (Collyberry Candy/Collyberry Complexion)
4) SATU TIKET penyertaan adalah SAH untuk SATU VIDEO dubsmash sahaja.
5) Video dubsmash anda hendaklah berdurasi 15 saat.
6) Bilangan peserta di dalam satu video dubsmash tidak dihadkan tetapi HANYA pemilik akaun instagram tersebut sahaja yang layak mendaftar sebagai peserta.
Nota: Hanya video pertama setiap tiket yang dimuat naik akan didaftarkan sebagai peserta. (Sekiranya video anda dikongsi oleh ‘follower’ yang lain atau anda mempunyai lebih daripada satu akaun)
7) Video dubsmash anda boleh berbentuk lakonan, tarian, peragaan, nyanyian, tiru gaya, lawak jenaka, mimik muka dan sebagainya serta hendaklah kreatif dan menarik supaya dapat menarik perhatian para juri.
8) Sebarang unsur perkauman, keagamaan, politik, penindasan atau lucah adalah tidak dibenarkan. Sekiranya berlaku, penyertaan tersebut akan terbatal.
9) Bagi setiap penyertaan (setiap video) WAJIB mempamerkan produk yang dibeli dan tiket penyertaan. Peserta yang gagal mempamerkan tiket dan produk akan dibatalkan penyertaannya.
10) Anda dibenarkan memuat naik video yg sama (1tiket) seberapa kerap yang anda suka. TETAPI, untuk setiap video yg berlainan, WAJIB mendapatkan tiket yang berlainan. (Rujuk No.3 & 4)
11) WAJIB letak hashtag #collyberrytalent#dubsmashchallenge
12) Pihak penganjur berhak menukar terma dan syarat pada bila- bila masa tanpa notis.
.
JOM MENANG TUNAI RM5000 DAN BERLAKON DALAM IKLAN KOMERSIAL COLLYBERRYCANDY DAN DRAMA TERBITAN ZK CREATIVE PRODUCTION SDN BHD. .


For more information, please click:
FACEBOOK: CollyBerry Candy
INSTAGRAM: @collyberrycandy
WHATSAPP: 011-1694 0226 (BELLA)

Toodles :)






Monday, October 19, 2015

Bad Habits! Yang susah nak tinggal

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!

Setelah lama menghilangkan diri ini, tetiba hari ni aku de idea nak cerita pasal bad habits. Disebabkan selalu kena bebel ngan ibu aku walaupun dah jadi bini orang, tetap kena bebel =.="

Korang de bad habits yang susah nak buang tak?! Aku rasa laa kan, setiap orang mesti ada bad habits yang kadang-kadang sampai orang sekeliling pon tak suka.. Toii tak?? Dan paling tak suka, bad habits sangat susah nak buang dari diri kita.. Walaupun kita sudah cuba.. 

Satu. Letak barang merata-rata. Ini sangat laa tak elok okey?! Aku tak tau laa kenapa & aku akan lupa kat mana barang tersebut aku letak. Contohnya, barang yang terdekat dengan ialah handphone & wallet. Aku memang suka letak merata kat dalam rumah. Bila nak guna mula laa kecoh satu rumah aku cari.. Nasib kat rumah orang tak buat perangai camtue. Wallet kan de duit & IC semua. Kalau hilang camane. Macam tue jugak handphone

Dua. Suka langgar barang. Aku sangat laa suka langgar barang contoh macam rak tv, meja, ampaian towel. Ibu aku cakap, kerja aku kasar macam jantan. Iye ke? Adik aku yang sememangnya jantan tue, elok je tak langgar rak tv yang bapak besar kat depan tu. Kenapa mesti aku yang terlanggar?? Kadang tue, sampai tak tau langgar apa, tau-tau dah lebam or sakit je kat tangan ke kaki ke.. Sendu pulak rasa. Walaupun, aku sudah try untuk berhati-hati tetap akan langgar jugak T_T

Tiga. Masuk hypermarket/supermarket. Perkara wajib bila masuk hypermarket/supermarket ialah tawaf satu hypermarket/supermarket tu. Walaupun tujuan utama aku nak beli gula satu peket je. Selalu kena bebel dengan husband aku sebab aku suka tawaf satu hypermarket/supermarket. Aku rasa, kalau aku tak tawaf macam tak lengkap pulak pergi beli barang nanti.. Hahaha.

Empat. Suka membazir. Aku suka membazir dari segi shopping baju laa pe lagi. Aku de beli 2-3 dresses.. tapi tak pakai lagi. Hahaha.. Bila nak keluar akan bising kat husband cakap baju takde. padahal dalam almari dah penuh dah dengan baju. Perempuan, biasalah tue. Sebenarnya membazir sangat rasa. tapi mudah sangat tergoda kalau ada sales-sales nie. Please, jangan buat jualan murah.

Lima. Bantal busuk. Kemana pergi bercuti or balik kampung harus ada bantal busuk ok. So nie dikategorikan sebagai bad habit tak? Habit yang nie aku rasa paling susah sangat aku nak buang sebab memang dari kecik lagi ada bantal busuk. tapi, serius tau kalau takde bantal busuk aku susah nak tido. bagi laa bantal pe pon, aku rasa bantal busuk aku laa yang paling best. Nama je bantal busuk tapi tak busuk ok.. 

Untuk masa sekarang, nie je yang aku ingat. Nanti kalau aku ingat, aku tambah lagi. Korang pon cerita laa bad habit korang yang susah korang nak tinggalkan di ruang komen.


Toodles :) 

Tuesday, March 24, 2015

Model VS Me

♥ Assalammualaikum 

Hai korang.. Pernah tak korang rasa, "Eh, kenapa artis/model dalam tv/magazines ke mesti cantik-cantik?". Nape aku tak cantik?? Selalu tak pikir macam tue? Pastu kena pulak husband/pakwe korang puji model/artis dalam tv/magazine tu kata cantik.. Mesti cam menyirap je dengar diaorang puji-puji artis/model tue.. Then, kita sebagai perempuan mula akan pikir macam mana nak jadi cantik, macam mana macam mana... Aku pernah rasa tue hehehe.. 

Salah satu kenapa perempuan rasa macam tue, adalah kerana perempuan nie kurang keyakinan. Hari-hari tengok tv, majalah tengok artis/model. Semua aku akan nampak cantiknya, putihnya, flawlessnya kulit muka model/artis nie. Mula laa down sebab terasa diri ini sungguh huduh T_T. Padahal apa yang kita tengok dalam tv, magazine tu semua makeup trick je.. Takde laa pulak aku kata model/artis tue huduh, cumanya dah kena makeup & cahaya lampu, camera semua, tu yang nampak berseri-seri tue..

Apabila aku yang bukan celebrity ini berdiri di depan cermin, terasa sungguh huduh. Bibir & pipi pucat, rambut serabai, hidung kembang semangkuk, mata tak tertarik menarik, kening serabut,. Sebab apa, bukan nak g mana pon. Dok umah je terutama fulltime housewife. Nak kemas rumah laa, nk masak dan sebagainya. Kang pakai makeup semua habis cair je.. Mesti akan pikir macam tue punya. Haish, mesti akan jeles punya laa tengok artis/model dalam tv/majalah. 

Kalau korang pernah rasa macam tue, tipu laa kalau aku kata aku tak pernah rasa macam yang korang rasa. Tapi, sejak masuk belajar dah mula pandai bermain dengan makeup tools & YouTube, blog pon banyak membantu. Itu laa benefitnya bila kita guna teknologi dengan cara yang betoii hehehe.. 

Bibir pucat, boleh calit lipstick. Tak pun boleh apply lipbalm berwarna macam LipIce Sheer Color.

Mata pulak, boleh apply eyeliner, mascara, contact lens.

Dark circle bawah mata boleh apply concealer untuk samarkan dark circle

Rambut mengerbang, boleh blow pakai hair dryer supaya nampak lebih volume or pakai straighter untuk nampak lurus ataupun curler untuk buat rambut kerinting yg vogue.

Kening serabut boleh bagi kemas, kalau jenis yang sikit boleh lukis kasi tebal.

Hidung penyek leh guna kaedah shading & highlight supaya hidung nampak mancung.

Pipi kusam, boleh apply blusher supaya nampak segar berseri.

Kalau nak tau, artis/model pon cam kita jugak kalau tak makeup.

Meh, kasi cuci mata sikit......






See??!!!! Betapa powernya kuasa makeup. Even kalau aku calit bedak compact, lipstick sikit kat bibir, apply mascara pon dah nampak cam sweet je.. 

Tapi kalau tak mekap?? Haa, macam Hantu Kak Limah laa jawabnya...


Actually, kita semua cantik & natural beauty. Ciptaan Allah semua cantik-cantik belaka. Nak tau, amek gambar pas bangun tido. Tue laa natural beauty, bukannya dah makeup baru nak kata natural beauty..

So, takde sebab untuk kita orang perempuan rasa diri kita huduh.. Cumanya, kita kadang kurang pendedahan dengan tips & tricks makeup saja....

Meh nak belanja muka dah mekap ngan mak andam ^_^



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Monday, March 23, 2015

Online Shopping

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!!


Korang suka tak dengan online shopping? Aku tau mesti ramai yang suka kan?? Dan ramai jugak yang tak berapa percaya dengan online shopping nie. Mungkin sebab takut kena tipu atau kita takut benda yang kita beli tue nanti tak sama dengan barang yang kita tengok semasa nak buat pembelian. Mesti akan rasa macam tu punya laa, kan? Especially, yang first time shopping secara online. Pada aku, setiap jual beli mesti ada risiko nye, toi tak? Kalau kita beli kat mall pon kadang terkena jugak. Pilih punya pilih baju, lastly ada jugak tercomot or terkoyak nya. Sebesar kuman je pon.  T_T

Aku suka online shopping even kadang aku tak beli pon tapi just window shopping. Bila sales nanti aku beli laa. Hehehe. Seronok sebenarnya online shopping nie sebabnya aku boleh tengok pelbagai barang dalam satu masa. Kan ke jimat masa aku. Hehehe. Lagi pun, sekarang memang dah jadi trend pon beli secara online dengan keadaan rakyat Malaysia yang sibuk dengan kerja serta susah nak dapat kan parking apabila time weekend kalo pergi Mall. T_T

Trend shopping online melalui Facebook, Instagram memang banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ada juga web-web shopping online. Tapi, aku lebih selesa shopping di Facebook & Instagram sebab aku boleh chat terus dengan seller untuk tanya kan mengenai product/ servis dia. Kalau kat web pon boleh tanya, tapi leceh sikit. Ada yang ikut office hour & ada juga kita kena email untuk bertanya. Macam ambil masa pulak T_T

Jom kita lihat kebaikan & keburukan online shopping ^_^

KEBAIKAN ONLINE SHOPPING

1. Menjimatkan masa
Macam yang aku cakap tadi, jimat masa tak yah nak hadap traffic jame, nak cari parking lagi. Kalau de sales, tak payah aku nak Q pepanjang nak bayar. Click2 je dah masuk bakul a.k.a trolley.

2. Lebih relax & tenang
Mana tak relax nya, suka hati korang laa nak hadap laptop/pc or handphone berjam-jam pon. Takde sape yang akan marah. Nak belek barang tue berapa lama pon takde orang kesah.

3. Harga lebih murah & berbaloi
Sepanjang aku shopping online nie, harga yang aku tengok lebih murah berbanding di pasaran luar. Mungkin di luar sebab dia kira tapak sewa, bil utiliti semua. Kalau beli online nie, just bayar untuk caj penghantaran saja. Kalau beli banyak-banyak, dapat pulak seller yang baik dia kasi free postage.

4. Baru bangun tido pon boleh
Kalau shopping online, tak yah nak bersiap-siap cam nak g mall. Pakai baju tido, bedak sejuk tebal kat muka pon boleh shopping. Sebab shopping online kebanyakannya 24 jam.

5. Testimoni produk
Kalau beli online, kita boleh baca testimoni-testimoni sesuatu produk. Contoh, keberkesanannya seperti product kecantikan. Kita boleh membuat keputusan sebelum beli.

6. Hadiah/ Voucher/Point
Siapa kata pergi ke kedai je dapat hadiah/voucher/point semua.. Beli secara online pon dapat laa. Sesetengah seller ada menawarkan promosi seperti itu.

7. Mudah dapat product yang sukar di dapati di pasaran luar
Sesetengah produk susah untuk kita dapat di pasaran luar sana & terdapat juga yang tiruan.

8. Shopping secara privacy
Beli secara online nie tak sape kenal kita & orang tak tau pon yang barang kita beli tu di mana. Especially, kalau seseorang itu seorang yang dikenali umum. Kalau pergi mall, confirm kena serbu ngan peminat punya.

9. Faktor keselamatan
Sekarang kan banyak kes ragut, penyeluk saku dll. Kalau beli secara online, kita tak yah keluar rumah pon. Click2 & buat payment. Pastu tunggu laa abang posmen hantar barang kita. ^_^

10. Boleh tawar-menawar
Kebanyakan beli secara online ni kita boleh tawar-menawar kalau beli banyak. Kalau pergi mall, mana boleh tawar-menawar.

KEBURUKAN ONLINE SHOPPING

1. Risiko kena tipu
Disebabkan kita tak kenal seller, risiko untuk kena tipu sangatlah tinggi. Kalau boleh, sebelum membuat pembelian secara online, survey terlebih dahulu feedback customer-customer seller tersebut.

2. Tak boleh sentuh / Rasa
Kita tak leh nak pegang material produk yang kita nak beli. Contohnya, baju/seluar. Kita juga tak boleh rasa kalau ingin membeli produk seperti makanan.

3. Kabur dengan kualiti product/ warna
Kita tengok dalam web/Facebook/Instagram nampak macam product tue berkualiti tapi terbalik pula bila barang tersebut sampai ke kita. Macam tu jugak dengan color. Tengok dalam picture lain tapi bila sampai kat kita warna lain dari gambar. Mungkin sebab pencahayaan time amek gambar.

4. Barang lewat sampai
Kemungkinan barang akan sampai lewat mungkin disebabkan pihak pengeposan de masalah macam lori rosak ke, hujan terlalu lebat dll.

5. Kos Penghantaran
Aku pernah terjumpa satu seller nie, beli baju 3-4 helai dia akan caj lebih mahal berbanding 1-2 helai. Paham, makin berat parcel makin mahal caj yang dikenakan. Tapi nie baju, tak berat sangat. Lain laa kalau seluar.

6. Tidak pasti saiz
Ini kalau beli baju/seluar secara online. Susah nak agak saiz. andai kata kita badan size L. Sekali beli baju size L, tapi tak muat. Sebab cutting baju tersebut kecil. Dah rugi, tak leh pakai kena pass kat orang lain T_T

TIPS-TIPS ONLINE SHOPPING

1. Mesti yakin & berani menanggung risiko

2. Minta no. telefon, alamat seller. Kalau boleh mintak sekali no. IC.. hahaha

3. Survey feedback customer seller. Kalau feedback positif, boleh teruskan niat korang nak membeli. Kalau sebaliknya, baik tak payah!!

4.Lepas buat payments, pastikan minta no tracking daripada seller untuk simpanan kita.

Okeylah!! Hopefully ini dapat membantu korang-korang yang tak berapa yakin nak beli melalui online. So far, aku beli online takde masalah lagi laa.. Cuma kadang parcel lambat pos sebab stock takde.. Tapi takpe :)

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo


Friday, February 13, 2015

DIY - My Wedding Card

♥ Assalammualaikum 

Hai, korang!! Hari ini aku nak share pasal kad kahwin. Tetiba mood rajin menaip datang..Hehehe.
Pada yang nak kahwin mesti sibuk2 pikir untuk tempah kad kahwin korang kat mana, nak design baju sanding macam mana, nak tema apa & macam-macam lagi. 

Disebabkan aku nie banyak sangat masa lapang itu pun kalau x layan drama Korea.. So, dapat lah aku reka aku nye kad kawen. Guna Photoscape je pon pastu guna Microsoft Word. Disebabkan skill yang biasa-biasa, maka kad kawen aku pun simple sahaja. Untuk kad kahwin, aku DIY je. Hahaha. Saving sikit lagipun, bukannya orang nak simpan pon kad kahwin aku tu, last ye ke tong sampah jugak perginya. So, jom aku share kad kahwin aku hehehe. Antara isi-isi penting yang perlu ada dalam kad kahwin - muka depan(cover), pelan lokasi dan maklumat majlis. Tu saja kan. Huhuuu.

So untuk design kad aku guna software Photoscape sepenuhnya. Budak tak pandai guna software Photoshop, pandai pakai Photoscape je. Untuk cover kad aku, memang simple. Hehehe. Peta pon aku guna Photoscape jugak tapi aku amek map kat Google pastu edit guna Photoscape. Bila dah siap cover, peta boleh laa save. Pastu tu masuk dalam Microsoft Word pulak. Yang nie leceh sebab kena adjust bagi center. Kena print, pastu setting balik kalau x menepati citarasa yang korang nak, I means center laa..



Banyak kali jugak laa print nak tengok okey ke tidak. Lastly, alhamdulillah almost perfect. Aku print atas recycled paper saiz A4. Satu paper, dapat laa dua kad. Potong guna paper cutter, aku beli. Saiz kad aku comel-comel je. Recycled paper nie aku tersilap beli, sebab aku ingat 125gm tu dh tebal rupanya nipis je.. Huhuu. Tapi, takpe laa. Jadi surat jemputan pon boleh.. Ahakz!!.




Dah siap setting cover kad, nak siapkan isi dalam kad pulak. Yang nie, aku jumpa kat google masa aku search untuk cari bahan-bahan nak buat kad kawen DIY nie.. But, aku edit laa sebab aku guna recycled paper, sebab tu tulisan semua hitam. Kad untuk Mr. A pun aku yang buat. Dia lagi laa sempoi, macam mana rupa kad tu pon dia tak kesah. Janji dapat beri kat orang & orang paham.

Ini laa bila dah print atas recycled paper
Sampul pon, aku main cop-cop je.. Tempah je cop tu..
Kad kawen aku bila dah masuk sampul yg telah di cop kan ^_^

p/s: Good Luck kepada Bride-To-Be yang nak buat DIY kad

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Monday, February 2, 2015

Review - MN Waterproof Eyeliner Pencil


♥ Assalammualaikum 

Hai, blog!! Bersawang blog aku dah lama tak update.. Maklum laa, busy ngan kenduri kawen. Alhamdulillah, 9 Januari 2015 dengan sekali lafaz selamat sudah jadi bini orang.. Hihiii.. Next entry, cerita pasal kawen plak.. Nie nak story pasal eyeliner pencil yang best. Eyeliner nie waterproof tau.. Orang yang jenis berpeluh cam aku nie sesuai laa sangat sebab ia tak mudah comot..



Packaging Eyeliner Pencil

MN Waterproof Eyeliner Pencil

MN Waterproof Eyeliner Pencil

MN Waterproof Eyeliner Pencil



MN Waterproof Eyeliner Pencil

MN Waterproof Eyeliner Pencil

MN Waterproof Eyeliner Pencil nie ade dua kod. Kod 1 (hitam) & kod 2 (coklat). Kalau dah kena air, then gosok-gosok pon susah nak hilang. Cara nak cuci MN Waterproof Eyeliner Pencil nie kena pakai makeup remover. 
Belanja selfie satu pakai MN Waterproof Eyeliner Pencil

Kalo tak leh tengok, boleh klik --> http://instagram.com/p/yl6jAsQXOE/?modal=true

Korang boleh beli di Dina Shopina.. Selain daripada MN Waterproof Eyeliner Pencil nie, Dina Shopina ada jugak jual macam-macam produk slimming, kecantikan & barang mekap yang lain. Harga pon murah-murah... Singgah laa, pasti berpuas hati.. 

MN Kissproof ^_^

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^