Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Sebab Jerawat Tumbuh & Kenapa

♥ Assalammualaikum 


KENAPA JERAWAT TUMBUH DI ...DAHI, DAGU, HIDUNG atau PIPI?
1)Jerawat di bahagian Dagu
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

2)Jerawat di bahagian dahi
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .

3)Jerawat di bahagian hidung
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.

4)Jerawat di bahagian pipi 
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.

5)Jerawat di bahagian belakang badan dan depan
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sumber : zarenaheeney.blogspot.comIncik Google


Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, October 28, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

♥ Assalammualaikum 


Hai korang. Aku rasa sekarang nie tengah fenomena jeruk mangga asam boi. Buka je Facebook ke Instagram ke ramai yg dok share pic jeruk mangga asam boi nie.. Bukan main, naik kecur ayaq liuq (air liur) aku tengok pic deme tu. Aku nie dah laa hantu asam2 nie.. Xyah tunggu ibu pregnant, aku yg tengok kat screen komputer tu rasa mcm nk masuk je dlm screen nak amek jeruk tu.. xtahan habaq kat korang semua.
Mangga muda
Nak di jadikan cerita, semalam aku telah pon membuat jeruk mangga asam boi nie sebab dah tak tahan tengok deme dok post pic jeruk nie.. hehee.. Boleh pulak Ahad aritu abg sayang aku nie boleh g kait semua mangga muda kat pokok. Ayah aku cakap lain, dia g paham yang lain. Ayah mintak dia petik buah mangga de sebiji tu dh buruk. Takut berjangkit dengan mangga yg lain. Datang abg sayang aku nie pegi cantas satu gugus mangga tu. Dapat laa 5biji mangga muda kesemuanya. Mangga nie, kalau tak tua, tak lalu nak makan sebab masam yang amat. Aku yg hantu asam nie pon tak mampu nak makan sebab terlalu masam. Nasib laa masa ibu ku kopek semalam macam isi nya dah kuning2 sikit walaupon muda. Tapi belum berlemak ag kata orang kampung aku. Kalau tengah berlemak tu laa yg sedap mencicah. Alaa, macam kuning2 cm tu isinya. Tapi bukan masak okey?? So, ibu pon simpan kan sebiji utk anak data dia nie dok sibuk nak try buat jeruk mangga asam boi. Aku pon beli asam boi dan buat. Nie, aku share resepi nya. Senang je..

Masukkan semua bahan 

Bahan-bahan yang korang perlu:
1. Mangga (potong ikut suka korang)
2. Cili api (potong & ikut korang nak pedas ke tak. Kalau nak pedas lebihkan laa cili)
3. Gula (agak2 je, aku bubuh dalam 3 sudu je)

Cara buat pulak, korang just campurkan semua bahan & gaul2 kasi sekata. Then, korang masukkan dalam tupperware, simpan dalam peti sejuk dalam 4- 5 jam camtu. Pastu, dah boleh makan.. Simple kan. Lepas tue dah boleh makan..

Bila dah siap gaul
Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Thursday, September 18, 2014

STEP 2 - HIV Test

♥ Assalammualaikum 

Hai semua!!


Cuti 31 Ogos 2014 hari tu aku sambung sampai hari Selasa sebab Selasa aku nak pergi amek HIV test. Bukan apa, risau lepas nie kami akan sibuk. Yang paling sibuk mesti laa incik abang aku tu. Dah nak fly ke Sabah, Sarawak sana. So, kami decide nak amek hari Selasa tue. Tambahan pula, result boleh guna selama 6 bulan. Kami akan kahwin Januari tahun depan, so masih valid

Kami buat HIV test di Klinik Kesihatan Selayang Baru sebab boleh terus redah je. Tak yah nak kena walk-in appointment bagai macam kat KK Sg. Buloh ke KK Taman Ehsan ritu aku tepon. Kalau nak wat appointment nak kena amek cuti lagi, pastu nanti time nak amek HIV test cuti lagi. So, akan membazirkan cuti aku. 

Di KK Selayang Baru, hanya akan buat 20 orang je. Dia ada hari dia, Aku dah lupa. Selasa, Rabu & Khamis kot dari pukul 2pm until 4pm. Not sure hari pe. Tapi Selasa tue betoii.. Hehehe sebab aku pegi. 

Aku pergi naik moto dengan incik abang sebab nak cepat sampai kan.. Kang takot tak dapat buat HIV test sebab kehabisan test kit. Membazir je cuti.. Sampai je, tanya kaunter nak HIV test katne. Rupanya kena queue. Bapak panjang pulak queue ye. Sampai giliran kitaorang cakap nak wat HIV test, dia kasi kitaorang borang untuk di isi. Pas isi terus datang kat kaunter tu balik untuk amek nombor pulak.. 
Benda nie laa yang aku kena isi sampai naik tension. Hahahaha

Ni candid picture dari incik abang time aku dok tension
isi form
Siap je isi borang, laju je kitaorang pegi kaunter tadi. Dia mintak IC kita. bagi nombor giliran. Tunggu laa sampai naik kebas punggung aku duduk.
No kami

Keadaan di depan kaunter. Lama ag nak tunggu time nie.
Dah laa tak cukup kerusi.
Bila nombor kitaorang naik, kitaorang pon pergi kat kaunter untuk buat bayaran sebanyak RM1 sorang &  akak tue kata kena pergi ke bilik no.8 tak silap aku.. Aku dengan incik abang pon terus pergi cari tapi tak jumpa. Lastly, tanya nurse kat tengah dia bgtau kitaorang kat mana. Dok tunggu lagi, sekali de nurse nie lalu tanya dah tulis nama? Kitaorang pon pelik, nak tulis nama pe. Rupanya de buku kat meja depan tu kena tulis nama di dalam buku yang disediakan. Buku tu khas untuk mereka yang buat HIV test (utk kahwin sahaja) & kena masukkan borang ke dalam bakul yang disediakan. Kemudian, baru nama kita akan dipanggil untuk buat saringan.

Borang nie laa yang kena letak dalam bakul tue.
Untuk HIV Test kejap je pon.. Lepas dia cucuk jari aku menggunakan alat dia akan amek darah tu masuk dalam test kit. Test kit nya lebih kurang macam pregnancy test kit, beza nya pregnancy test kit guna urine manakala HIV test kit guna darah. Lepas siap, nurse tu mintak aku panggilkan pasangan aku untuk masuk. Dia kata, lepas nie g kat kaunter tengah a.k.a tempat nurse yang kitaorang tanya bilik tu. Kat sana, kena timbang berat & ukur tinggi. Isi dalam form dlm picture atas nie. Lepas tue, nurse tu akan amek tekanan darah & amek ag darah kita sikit untuk check ada kencing manis atau tak. Dah siap tue, pergi ke bilik doctor pula tapi kena tunggu no laa tapi kejap je. Sebab de satu form tue doctor kena sahkan. Tu sahaja, pastu boleh laa balik!!!

Alhamdulillah, lepas sudah HIV test aku. Dah boleh kahwin dah bak kata incik abang aku. Sekarang tinggal nak pergi ke Pejabat Agama Selangor je. Tapi kena isi form secara online dulu ye.. Sape laa nak jadi saksi aku nie.. Pening-pening.. 

Nie aku attachkan senarai Klinik Kesihatan di Selangor. Sila call dulu sebelum korang terjah, takut ada yang kena buat appointment dulu.




Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Tuesday, September 9, 2014

Review - Oriderm Malaysia

♥ Assalammualaikum 

Hai semua!!

Lamanya aku tak update blog aku nie. Sibuk sangat kat opis padahal main game je kejenya. Time cuti pulak asyik kua berjalan sampai takde masa nak on laptop padahal malas. Korang pernah dengar tak product Oriderm. Product nie berasaskan bahan semulajadi. Korang boleh baca di entry aku yang lepas pasal product skincare Oriderm nie. Aku pun salah seorang pengguna product skincare Oriderm & sangat ohsem!! Now, adik aku pon dah pakai skincare Oriderm selepas dia buat  detox treatment facial.

Muka adik aku pon dah meletop sekarang. Muka ibu aku lagi laa meletop-letop sekarang nie.. Suka sangat tengok muka ibu sebab kulit muka dia sekata je colornya..Lebam bawah mata dia pun dah berkurang & glowing je.. Makin muda siot kulit muka omak den sejak pakai skincare set anti-aging Oriderm nie. Wahh, sangat-sangat jeles nie T_T

Adik aku pakai mask - masa 1st detox treatment facial

Kiri - muka sebelum facial kali kedua
Kanan - Semasa dia buat facial kali kedua (dah kurang bahan kimia di muka)

Ni pulak ayah masa 1st buat detox treatment facial - banyak toii toxic kat muka ayah
mungkin sebab ayah banyak terdedah dengan aktiviti luar. Pergi keje pulak naik moto kena
asap moto, kereta, lori & segala pencemaran yang ada laa..
Nie namanya MR2 Black Gold Mask. Product baru Oriderm Malaysia
Nie laa rupanya bila pakai. Aku & adik jadi orang minyak ^_^
MR2 Black Gold Mask nie bagus tau sebab boleh mencerahkan kulit, melembapkan & menghaluskan texture kulit. Ia juga boleh mengeluarkan segala kekotoran yang tersumbat di dalam liang roma & mengurangkan cela-cela hitam pada wajah. Ia sangat segar apabila memakainya. "Charcoal bamboo" adalah salah satu bahan yang digunakan di dalam product ini juga bertindak sebagai bahan yang boleh memutihkan dan mengecilkan pori-pori di wajah. Kita juga boleh melihat & merasai perubahan pada kulit selepas menggunakannya.

Selain itu, Oriderm Malaysia juga telah mempunyai serum teenager set yang baru iaitu serum tea tree oil. Adik aku pakai set yang baru nie laa sebab muka dia banyak jerawat.

Gambar atas (green): Sesuai utk kulit sensitif & berminyak.
Gambar bawah (light green): Serum tea tree oil & sesuai utk muka yang berjerawat
Kalau korang lebih lanjut pasal product skincare Oriderm Malaysia boleh usha di Intagram diaorang Oriderm Malaysia or contact Madam Juanne (016-422 4439). She is very nice person , aku suka sangat!! Masa first jumpa pon dah rasa macam lama kenal pulak. Hehehe.

Kami satu family di Oriderm Malaysia ^_^



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo



Tuesday, August 12, 2014

Hadiah Saguhati daripada PIXY Malaysia

♥ Assalammualaikum 

Hai korang! Hari tu, aku de join satu contest "Balik Kampung Bersama PIXY". Senang je contest nie, just korang kena snap pic bersama barang PIXY. Ini pic yang aku hantar, memang nie je yang aku guna sentiasa. Takde, susah laa... 

Balik kampung bersama PIXY
Bila aku join contest nie, Pixy Malaysia bagi aku sample penanggal mekap & PIXY Radiant Finish.

Sample 
Hadiah utama yang akan diberi kepada pemenang adalah FUJI INSTAX MINI 8 & hamper produk PIXY bernilai RM70. Aku just dapat hadiah sagu hati je.. Okey laa tue daripada takde.. Hehehe..

Nie laa hadiah sagu hati yang aku terima daripada PIXY.
Thank you ^_^
 Aku memang suka Gentle & Moist Cleasing Lotion Pixy nie. Best tak rasa muka berminyak macam penanggal mekap aku yang sebelum nie. Dah tue mudah pulak tu tanggal mekap especially bahagian mata kan aku pakai eyeliner, mascara. Takde pulak aku nak kena tonyoh/ sental beriya-iya macam penanggal mekap sebelum nie.

Kalau korang nak beli, boleh beli di Watson or Guradian. Aku selalu beli kat Watson hehehe ^_^
For futher info, korang boleh klik Facebook Pixy Malaysia

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Saturday, August 9, 2014

Oriderm Ohsem!!

♥ Assalammualaikum 

Hai korang!

Camne raya korang best x? Jom, nak story-story sikit pasal detox facial treatment. Raya ke-6 ritu aku dah try. Bagus tau, sebab kita tak tahu berapa banyak chemical yang de kat muka kita. Kebanyakan product yang kita guna mesti de chemical, merkuri laa pe laa kan? So, bila dah buat detox facial treatment baru laa aku tau muka aku sangat banyak chemical T_T

Yang aku bulat kan tue laa detox ye.
Berwarna putih

Korang nampak tak, yang de hitam-hitam tue laa bahan kimia yang de kat muka kita.
Paling teruk, pipi kanan aku.

Nampak tak kat tisu tu, selepas diaorang lap pipi kanan aku.
Aku buat detox facial treatment untuk kulit muka berjerawat
Masa aku tanya, owner product nie (Madam Juanne), pakai product dulu atau buat treatment dlu? Dia suggest aku buat treatment dulu, sebab boleh detox semua kimia yang de kat muka bagi memudahkan kulit muka menyerap product yang akan aku try nie.
Ibu aku pon join buat facial. Ibu buat detox treatment
untuk anti-aging

Pakai Mask 

Ayah pun buat facial jugak. Masker nie sejuk sangat.
Muka ayah panas sebab terlalu banyak berjemur mungkin sebab banyak aktiviti luar &
faktor kerja ayah sebagai driver yang banyak terdedah dengan matahari (sunburn),
sebab tue diaorang suggest utk guna masker ni
Nampak tak perbezaannya? Ayah tak buat detox, sebab muka
ayah terbakar. Nampak lebih segar mukanya & cerah.
So, sekarang nie aku pakai product Oriderm. Product nie berasaskan bahan semulajadi, so pasni tak perlu risau lagi. Ibu aku pun pakai product yang sama. Disebabkan muka aku naik jerawat dengan jayanya, so aku pikir untuk try this product sebab banyak testimoni Oriderm nie yang positive! Oriderm nie ada dua product iaitu satu set Remaja & lagi satu set Penuaan.

Set Remaja ni membantu untuk imbangi pH kulit wajah then automatik kulit muka kita akan nampak smooth dan takde bintik-bintik merah lagi. Aku try set Remaja supaya lepas nie aku sentiasa remaja.  Kelass kan?!!! Hehee.. Satu lagi product pulak, set Penuaan sama jugak untuk imbangi pH kulit muka, buang kotoran & paling penting dalam set penuaan ini bantu mengaktifkan sel kulit untuk pudarkan parut. Ibu aku pulak try set penuaan. 

Set Remaja / Teenage Set
1. Clear Mild Wash
  • Mencuci/ membersihkan wajah sambil membantu melembapkan kulit wajah.
  • Mencerah & memberi tona kulit yang lebih sekata 

2. Clear Balancer
  • Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama mengimbangi kadar pH kulit muka untuk mengurangkan keadaan kulit muka yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
  • mengurangkan kesan cela di muka

3. Clear Repair Essence

  • Gel yang dapat melembapkan kulit muka
  • Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit muka

Langkah Pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu dengan menggunakan Clear Mild Wash. Bilas, keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka (dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu & hidung) sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear Balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit muka. Terakhir sekali, sapu clear Repair Essence dengan cara yang sama. 

Set Penuaan / Anti-ageing Set
1. Absolute Cleansing Gel 
  • Gel pencuci yang memberi keseimbangan pH pada kulit muka
  • Mengurangkan kotoran & kesan cela pada wajah
  • kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian
2. Absolute Hydro Liquid
  • Mengaktifkan sel kulit 
  • Berfungsi mengurangkan kesan parut
  • Anti-oksida
  • Anti-penuaan & memberi kesan lembap pada wajah
3. Absolute Hydro Serum
  • Membantu membaiki tekstur kulit
  • Melembut, melembap dan menyuburkan kulit
  • Memastikan kulit wajah sihat dan cerah
4. Absolute Hydro Cream
  • Melembap dan menyuburkan kulit
  • Istimewa kerana formulasinya diekstrak daripada tumbuhan marine
  • Menjadikan kulit lebih lembut & cerah
Langkah Pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu dengan Absolute Cleansing Gel. Bilas, keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian di muka (dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu & hidung) sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Sapu Absolute Hydro Serum diikuti Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.

p/s: Tunggu review dari aku sendiri pulak pakai set Remaja!!!

Kalau korang rasa nak cuba, boleh lah usha instagram.com/oriderm_malaysia

Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Thursday, August 7, 2014

Raya 2014 - Entry Bergambar

♥ Assalammualaikum 

Hai semua. Camne raya korang? Banyak tak dapat duit raya? Hehee. Aku dah besar, dah nak kawen pon. Takde laa dapat duit raya banyak cam dulu kihkihkih tapi dapat jugak laa.. Raya tahun nie, rumah opah aku penuh sebab semua anak cucu balik. Sampai ada yang tido kat balkoni rumah kahkahkah..Kesian.. 

Tahun nie, tak banyak ambil gambar, aku pon tak tahu kenapa T_T. Tahun nie, pic aku sorang pon tak sempat nak suruh adik aku ambil kan.. Sedih nya.. Takpe, janji happy & tetap de jugak gambar. Jom layan gambar. Nama pun entry bergambar ^_^

Nie je gambo family yang dapat amek raya tahun nie..
Rare tak? 

Aku dengan adik aku

Ibu, aku & adik

Ibu & menantu hantu dia.. Hahaa

Ayah takde, kat dapur

Eid 2014

Family Cu

Ibu with Mak Lang Ina

Chik, Ibu, MakLang Ina & Kakak

Chik & Mak Lang Ina

Kakak & Me ^_^

Cousin (Rina & Ain)

Cu, Ibu, Chik - beradik yg rapat dari kecik sampai dah kawen

EID 2014

Family Chik

Anak, Menantu, Cucu
Teh Rahmah & Kamaruzaman

Anak, Menantu, Cucu
Teh Rahmah & Kamaruzaman

Aku & Dia

Perut sudah kenyang, mata pon ngantok. On the way balik rumah
selepas penat beraya di rumah sedara ayah
Ini pulak, cerita raya kedua. Kitaorang jejalan sampai ke Marina Island Pangkor. 

EID 2014

EID 2014

EID 2014

Semua nak bajet hensem hahaha - EID 2014

My Parents

Fefeeling sunset sangat hahaha

EID 2014

EID 2014

EID 2014

EID 2014

Hafis & Ibu

EID 2014

EID 2014

EID 2014
Habis dah!!

p/s: Saya, Aznieza Aznan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri ini & ingin meminta ampun maaf jika ada terkasar bahasa, buat korang terkecik hati tanpa aku sedari. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. #kosongkosong 



Sekian untuk entry kali ini.
Terima kasih sudi baca my entry ^_^ xoxo

Klik Untuk Duit Poket Kita ^_^